Assalamualaikum guyysssssss...
Hari Khamis lepas terbuat lawatan ke Muar lagi pula. Pergi melawat adik ipar dekat Hospital Pakar sultanah Fatimah (if not mistaken the hospital name). So tak pergi jalan mana sangat. Tak sopan la kan orang sakit kau pergi jalan merata.
Kami check in dekat Elite Hotel, sewa bilik yang katilnya double + single since parents in law akan turun Muar juga. Harganya RM115. Not bad la. Bilik sangat luas. Kalau double room Rm90. Bilik kitorang luas dan banyak plug dan bilik air cantik dan simple but nice dan comfortable dan aku sangat sukaaaaa. Hotel ni dekat dengan Wetex, tapi exit sebelum exit wetex kalau korang pusing roundabout crown tu.
Nothing so much on Thursday. But wanna share makanan yang kitorang makan malamnya tu. Bertempat bersebelahan Stesen Bas Bentayan, dia ada buat macam medan selera ala-ala kat JB tu. Banyak gerai macam-macam makanan. Malam tu kitorang makan soto since badan pun rasa macam tak sihat sangat. Satu mangkuk sekali bergedil RM4.50. Lepas tu makan jugak otak-otak, my favourite ever. Harga satu 70 puluh sen. Sedapppp. Dalam tekak sakit pun habis lah semua. Hohoo.
Then nak cerita for Friday, kami bermalam di Segamat, Koptown Hotel, dekat dengan One Segamat Mall. Our expectation was veryyyyy high okkkkk. But the reality was far cry from expectation. Ok, we are do not mind kalau bilik sempit, dekat Terengganu last few weeks lagi sempit but well manage. Bilik air kotor, dinding bilik air tak bersih, dalam bilik air tiada tong sampah. Aku sangat pentingkan bilik air sebenarnya kalau stay dekat mana-mana. Bilik iron pun jauh.
Tak tahu lah perasaan ke apa tapi environment dalam bilik tu pun rasa tak best. Mungkin aku stay dekat Elite Hotel yang sangat selesa tu mempengaruhi pandangan aku mengenai Koptown Hotel. Tapi memang walking distance la dengan One Segamat Mall. Tapi kalau tanya aku memang tak recommended la, sorry to say. Eh, lupa. Tapi breakfast dia ok lah. Nasi lemak dengan mi goreng, roti bakar dengan coco crunch pun ada.
Haaaaa. Tu jelahh. Tak best sangat kan. Bahahaaa.
Oklah, till the next time! Chiau!!