Hidup kita ini sebagai seorang manusia memang tidak pernah
lekang daripada ujian. Antara kita sedar dengan tidak sahaja. Ada yang miskin,
memang sudah kita Nampak terang-terang itu ujian buat mereka. Tetapi yang kaya
juga sedang diuji dengan harta.
Kenapa sis rasa nak tulis mengenai ujian hari ini? Sebab sis
rasa banyak sangat ujian yang kamis uami isteri lalui sepanjang sudah 3 tahun
perkahwinan kami. Memang, memang 3 tahun itu bukanlah panjang. Kami juga akui,
banyak lagi yang perlu kami belajar dan kami akan lalui untuk membuktikan kami
ini hamba yang bersabar.
Tipu kalau sis cakap sis tak rasa apa apabila tengok gambar
kawan-kawan pergi travel sana sini denggan husband. Ambil gambar cantic-cantik.
Cuba makanan macam-macam. Belajar culture orang. Pakai baju coat tebal masa
winter. Tapi tak lama lepas rasa cemburu itu sis sedar, Allah sebenarnya bagi
rezeki lain untuk kami suami isteri. Allah tak rezekikan kami untuk travel
merata-rata. Tapi Allah sentiasa bagi kami rezeki untuk jenguk parents kami di kampung.
Tapi sebenarnya sis sendiri rasa serba salah kalua nak plan bercuti dengan
suami ke mana-mana. Sebab takut parents tersinggung. Mak Abah sis tak boleh
berjalan ke sana sini sebab Mak sis sakit. Mek Ayah (in laws) pula tak banyak
berjalan sebab tiada transport. Dan dua-dua keluarga tiada sumber pendapatan
yang banyak. Jadi, takkanlah sis sanggup nak berjalan merata tapi parents dekat
rumah memerlukan duit. Jadi kalua kami bercuti pun, kami plan senyap-senyap je.
Itu pun tak jauh. Pernah paling jauh pun pergi Cherating masa tinggal di Pekan.
Jujurnya, bajet bulanan kami TIADA untuk bercuti berdua. Sebab kami habiskan
untuk balik dua kampung setiap bulan. Ya, setiap bulan balik ke Mersing &
Besut (semasa tinggal di Pekan). Alhamdulillah, tak pernah miss. Kering macam
mana pun bulan tu, kami tetap akan balik. And yeah, kami bersyukur. Walaupun sepanjang
3 tahun berkahwin kami tidak pernah bulan madu jauh, paling jauh pun Melaka,
kami bersyukur dapat balik jumpa family setiap bulan.
Kedua, tipu kalau sis cakap sis tak cemburu bila tengok anak
orang. Menua dengan anak. Tapi sis dah nak masuk 30 tahun still lagi berdua
dengan suami. Tengok diorang main dengan anak, jalan-jalan dengan anak, kongsi
gambar anak tidur, kongsi gambar anak comot-comot makan, kongsi gambar anak
boleh berjalan. Tipu. Tipu kalau sis cakap sis tak rasa apa-apa. Walaupun banyak
kali sis cakap pada diri, Allah bagi apabila masanya, Allah bagi apabila
masanya. Tapi tipu cakap kalau dengan kata0kata itu sahaja dapat ubat hati ini.
Tengok pulak anak-anak buah yang semakin membesar. Tengok pulak sepupu yang
macam berlumba nak tambah umat. Ada pula seorang dua makcik bawang terlepas
cakap. Sebenarnya sis redha tapi kadang-kadang syaitan itu berbisik juga. Mujur
ada suami yang sangat faham macam mana nak handle sis. Suami, kalau tengok sis
tengah pandang budak-budak, mungkin dia Nampak mula-mula sis senyum lepastu sis
muram. Terus dia pegang tangan sis sambal cakap, ”Abang tahu saying fikir apa.
Sabar ya”. Itulah suami sis. Sangat sangat sangat penyabar. Tapi sis sedar,
sekarang sebenarnya kami tengah diuji, yang kami rasa keadaan tidak sesuai jika
kami punya anak. Memang lah, anaka-anak ada rezeki sendiri tapi Allah lebih
tahu bila zuriat ini sesuai untuk kami besarkan sebagai umat yang hebat.
Ketiga dan yang paling kritikal sis rasa untuk masa sekarang
ini adalah rezeki kerja. Kitorang baru sahaja berpindah ke Perak awal bulan September
kerana bertukar kerja. Dengan harapan dapat mengubah hidup, dapat bina career
ladder, dapat beri lebih kepada keluarga. Tapi Allah takdirkan sebaliknya. Tak perlu
sis cerita in details tapi sampai satu tahap sis cakap denkat suami sis, sis ni
macam bawa malang dalam hidup dia. Sebab semenjak kahwin, rezeki kerja dia
macam terumbang-ambing. Terus suami cakap, ini ujian, ini ujian. Allah nak uji
kesetiaan kita kepadaNYA dan sesame kita. Terus sis diam. Tapi bila difikirkan
balik, Allah hantar kami kemana-mana pun, kami dapat belajar sesuatu,
Alhamdulillah. Kami percaya yang Allah akan berikan pelangi selepas hujan yang
kami lalui.
Kami percaya. Sentiasa percaya. Apabila ujian berat kami
lalui, mesti Allah nak hadiahkan sesuatu yang besar. Mungkin ada yang kami
tidak Nampak di dunia ini, tapi mungkin kami akan dapat di sana nanti
Insyaallah.