Sementara berehat dari kerja ofis ni, kite nak share sikit cara kami laki bini mempertahakan (tudiaa) duit sampai gaji seterusnya.
Well, kitorang pun macam pasangan lain juga, ada juga masa susah. Ada juga masa keriiinngggggg yamat masa akhir bulan. Sampai kena pinjam duit adik beradik tapi Alhamdulillah fow these past few months kitorang dapat manage duit dengan jayanya.
Perkara paling penting untuk menjayakannya adalah menahan hawa nafsu. Lol
Ok, begini. Kamu semua perlu membahagikan perbelanjaan kepada 4 minggu. Kiranya perbelanjaan untuk 4 minggu sebelum tunggu gaji seterusnya.
Setiap minggu, bahagikan kepada kategori. Kategori yang korang boleh bahagikan adalah :
- Lauk (wajib)
- Minyak kereta (wajib)
- Makan luar (agak wajib kalau2 boring makan masakan sendiri)
- Duit belanja anak sekolah
- Kotigensi (WAJIB! Guna waktu kecemasan seperti keluarga sakit, gas habis etc)
Kategori ni depends taw. Macam kitorang laki bini, dah beli barang dapur kering untuk sebulan terus. So tak masuk dalam ni. Macam toiletris, perfumes ke apa pun tak masuk dalam ni.
KATEGORI INI HANYA UNTUK DUIT YANG KORANG KELUARKAN HARI-HARI ATAU SELALU SAHAJA.
SO TOLAK AWAL-AWAL LOAN KERETA KE, SEWA RUMAH KE, ETC. OK.
Selepas itu, dah bahagikan ketegori, fikir pula berapa korang nak bajet untuk minggu tu. Contoh, kalau minggu pertama nak balik kampung, haaa letak la lebih sikit dekat Minyak & Kontigensi (in case nak beli lauk untuk family dekat kampung)
Di bawah contoh perbelanjaan kami bulan Aug-Sep.
๐นMinggu 1 - Destinasi -> Balil Endau (Raya Haji & Family Day) ๐น
๐ธ21hb Aug - 1hb Sep ๐ธ
Minyak kereta - RM100
Lauk - RM50
Kontigensi & Makan2 - RM150
๐นMinggu 2 - Destinasi -> Balik Besut ๐น
๐ธ2hb Sep - 8hb Sep ๐ธ
Minyak kereta - RM200
Tol - RM50
Lauk - RM50
Kontigensi & Makan2 - RM100
๐นMinggu 3 - Destinasi -> Tiada ๐น
๐ธ9hb Sep - 15hb Sep๐ธ
Minyak kereta - RM30
Lauk - RM30
Kontigensi & Makan2 - RM30
(bajet kecik sebab lama dekat Besut)
๐นMinggu 4 - Destinasi - Tiada ๐น
๐ธ16hb Sep - 21hb Sep๐ธ
Minyak kereta - RM40
Lauk - RM50
Kontigensi & Makan2 - RM30
So, for me, dengan cara ini perbelanjaan boleh konsisten. Kalau duit untuk minggu 1 dah habis, JANGAN ambil duit minggu 2. Duduk je kat rumah diam2. Takyah berjalan ๐
Seriously, cuba try test. Tapi duit atas ni duit gaji termasuk yuran tuisyen. Yuran tuisyen tu banyak guna belanja balik kampung.
Korang sebelum gaji dah kena kira perbelanjaan mingguan ni. Duduk bincang dengan husband sebab banyak duit husband kan. Isteri pun boleh kalau nak tambah2. Tapi jangan ungkit, hilang habis pahala kang. Hehe
Asing siap2 duit perbelanjaan mingguan ni. Letak dalam envelope. Itu yang kite buat. Jangaaannnn sesekali guna untuk cucuk bintang ๐
Tapi kitorang ada juga terguna. Tapi atas sebab keluarga. Keluarga sakit. Atau balik kampung untuk menggembirakan parents. Takde masalah. Janji pandai cover balik duit. Kalau kitorang, dah terguna, untuk minggu berikutnya, bersederhana jelah lauknya๐
.
Wednesday, November 14, 2018
Thursday, November 8, 2018
Malam tadi supper Puteri Mandi
Malam semalam buat Puteri Mandi. Lepas solat Isyak, laki kite cakap teringin sangat. Dia pun call Mek dia tanya resepi. Kite pun tanya apa yang patut lepastu try buat.
Alhamdulillah jadi kejadiannya ๐
Tak berani lagi nak share resepi sebab semalam main letak je tepung semua. Texture dia agak2 macam kuih ondeh-ondeh jekk. Kite redha je masa sukat tepung tu. Nasib baik laki pun menolong. Kuah kelapa tu dia yang buat. Hehe
Okla, my first time buat kuih ni. Rasa macam first time jugak makan. Sebab sebelum ni takde rasa nak makan kalau nampak kat kedai ๐
Kite ada nak share resepi bubut lambuk campak2. Nanti free kite share. Tapi banyak nak hutang benda nak share ni. Sebelum ni pasal hospital ๐๐
Bertabah ya. Lol
Tuesday, November 6, 2018
Working on Public Holidayyyy
Yes, I am working todayyyyy. And struggling siapkan monthly financial report. Aiyo, ingat ada mood sangat ke walaupun memang semua orang dekat office ni kerja ๐
Kite buat2 redha jelah. Walaupun tengah fikir seronok family dapat berehat bercuti berseronok.
Laki kite Alhamdulillah getting better. Tak perlukan operation Insyaallah. Alhamdulillah Ya Allah.
Nanti kite share pengalaman kitorang pergi 3 jenis hospital. Private hospital, Semi-government Hospital & Government Hospital.
Semoga dapat membantu anda2 buat keputusan.
Oklah, nak sambung buat report ๐
Friday, November 2, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)