Wednesday, November 14, 2018

Cara duit gaji bertahan sehingga akhir bulan

Sementara berehat dari kerja ofis ni, kite nak share sikit cara kami laki bini mempertahakan (tudiaa) duit sampai gaji seterusnya.

Well, kitorang pun macam pasangan lain juga, ada juga masa susah. Ada juga masa keriiinngggggg yamat masa akhir bulan. Sampai kena pinjam duit adik beradik tapi Alhamdulillah fow these past few months kitorang dapat manage duit dengan jayanya.

Perkara paling penting untuk menjayakannya adalah menahan hawa nafsu. Lol

Ok, begini. Kamu semua perlu membahagikan perbelanjaan kepada 4 minggu. Kiranya perbelanjaan untuk 4 minggu sebelum tunggu gaji seterusnya.

Setiap minggu, bahagikan kepada kategori. Kategori yang korang boleh bahagikan adalah :
- Lauk (wajib)
- Minyak kereta (wajib)
- Makan luar (agak wajib kalau2 boring makan masakan sendiri)
- Duit belanja anak sekolah
- Kotigensi (WAJIB! Guna waktu kecemasan seperti keluarga sakit, gas habis etc)

Kategori ni depends taw. Macam kitorang laki bini, dah beli barang dapur kering untuk sebulan terus. So tak masuk dalam ni. Macam toiletris, perfumes ke apa pun tak masuk dalam ni.

KATEGORI INI HANYA UNTUK DUIT YANG KORANG KELUARKAN HARI-HARI ATAU SELALU SAHAJA.

SO TOLAK AWAL-AWAL LOAN KERETA KE, SEWA RUMAH KE, ETC. OK. 

Selepas itu, dah bahagikan ketegori, fikir pula berapa korang nak bajet untuk minggu tu. Contoh, kalau minggu pertama nak balik kampung, haaa letak la lebih sikit dekat Minyak & Kontigensi (in case nak beli lauk untuk family dekat kampung)

Di bawah contoh perbelanjaan kami bulan Aug-Sep.

🌹Minggu 1 - Destinasi -> Balil Endau (Raya Haji & Family Day) 🌹
🌸21hb Aug - 1hb Sep 🌸
Minyak kereta - RM100
Lauk - RM50
Kontigensi & Makan2 - RM150

🌹Minggu 2 - Destinasi -> Balik Besut 🌹
🌸2hb Sep - 8hb Sep 🌸
Minyak kereta - RM200
Tol - RM50
Lauk - RM50
Kontigensi & Makan2 - RM100

🌹Minggu 3 - Destinasi -> Tiada 🌹
🌸9hb Sep - 15hb Sep🌸
Minyak kereta - RM30
Lauk - RM30
Kontigensi & Makan2 - RM30
(bajet kecik sebab lama dekat Besut)

🌹Minggu 4 - Destinasi - Tiada 🌹
🌸16hb Sep - 21hb Sep🌸
Minyak kereta - RM40
Lauk - RM50
Kontigensi & Makan2 - RM30


So, for me, dengan cara ini perbelanjaan boleh konsisten. Kalau duit untuk minggu 1 dah habis, JANGAN ambil duit minggu 2. Duduk je kat rumah diam2. Takyah berjalan 😅

Seriously, cuba try test. Tapi duit atas ni duit gaji termasuk yuran tuisyen. Yuran tuisyen tu banyak guna belanja balik kampung.

Korang sebelum gaji dah kena kira perbelanjaan mingguan ni. Duduk bincang dengan husband sebab banyak duit husband kan. Isteri pun boleh kalau nak tambah2. Tapi jangan ungkit, hilang habis pahala kang. Hehe

Asing siap2 duit perbelanjaan mingguan ni. Letak dalam envelope. Itu yang kite buat. Jangaaannnn sesekali guna untuk cucuk bintang 😂

Tapi kitorang ada juga terguna. Tapi atas sebab keluarga. Keluarga sakit. Atau balik kampung untuk menggembirakan parents. Takde masalah. Janji pandai cover balik duit. Kalau kitorang, dah terguna, untuk minggu berikutnya, bersederhana jelah lauknya😅.



No comments:

Post a Comment