Saturday, August 17, 2019

Perbualan Petang Bersama Suami

Aku pernah berfikir. Aku selalu tak dapat apa yang aku paliingggg nak dalam hidup aku.

Aku dulu pernah nak dapat  keputusan cemerlang dalam SPM and then boleh jadi doktor macam mak dengan abah nak - Aku tak dapat. Aku cuma dapat 6A sahaja dalam SPM.

Aku dulu pernah nak ada kerja yang stable, supaya aku boleh bantu keluarga aku - Aku tak pernah ada kerja stable (read as : gaji besar)

Dan sekarang, aku nak sangaaat anak - Aku tak ada anak lagi selepas 3 tahun berkahwin.


Aku muhasabah diri. Aku tanya diri. Kenapa aku selalu tak dapat perkara yang aku betul-betul mahu. Sampaikan aku takut untuk terlalu berharap.

Aku kemudian fikir, kenapa aku perlu persoal perkara yang aku belum ada? Punya banyak dah yang Allah bagi dekat aku yang aku patut syukuri.


Aku cerita perkara ni dekat suami aku.


Suami bersuara - Rezeki ni bukan pada yang kita nampak sahaja. Rezeki paling besar adalah iman. Cuba Allah tarik iman kita, then macam mana kalau kita mati tanpa iman?

Aku tersentak.

Suami menambah lagi - Ada rezeki yang kita nampak macam baik tetapi musibah untuk seseorang. Contoh : Duit. Duit kita lihat sebagai sesuatu yang baik. Tapi kalau tak digunakan dengan betul, ke jalan yang betul, adakah duit itu masih lagi dikategori sebagai rezeki?
Ada pula musibah yang kita nampak menyusahkan, tetapi rezeki untuk kita. Contoh : Kereta rosak. And then perlu dibaiki & kita lihat seperti perjalanan kita menjadi lambat. Padahal Allah nak selamatkan kita daripada kemalangan di hadapan. It's depend, macam mana seseorang melihat musibah atau rezeki itu.

Aku hanya angguk.

Suami menyambung - Kita lihat pula rezeki anak. Anak ini memang kita nampak seronok punya anak. Tetapi, anak yang lahir itu, adalah amanah untuk kita. Amanah untuk kita mencorak ke jalan Islam. Macam kita apabila sudah menjadi suami isteri, isteri adalah amanah buat suami. Suami perlu pastikan solat isteri terjaga, aurat isteri terjaga. Tidak guna suami warak tetapi isteri tidak mengikut perintah Allah. Isteri tetap akan tarik bersama suami ke lembah kebinasaan.

Aku jadi takut. Aku tidak mahu suamiku ke lembah kebinasaan. Begitu juga abah yang menanggung perlakuanku sebelum aku bernikah.

Suami menyambung - Abang bukan orang baik-baik. Tapi kita perlu usaha supaya ibadah kita improve dari hari ke hari. Kalau kita tak dapat anak, kita muhasabah semula. Mungkin doa kita tak cukup, mungkin niat kita salah. Betulkan niat untuk memiliki zuriat untuk ajarkan perkara Islam.

Ya, aku memang berangan untuk memiliki zuriat yang begitu berpegang kepada ajaran Islam dan boleh memberi manfaat kepada agama.

Jujur, aku percaya aturan Allah untuk kami. Kerna aku sudah lihat banyak hikmah di sebalik tertariknya satu-satu 'nikmatku' sebelum ini.

Allah Maha Tahu

Allah Maha Baik.

Allah sebaik-baik perancang.

Hasbunallah wani'mal wakil, Wani'mal maula, Wani'mal nasir.

Alhamdulillah, aku gembira hidup seperti ini.
Bersama seorang suami yang sangat menyempurnakan hidupku.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Pinjamkan dia kepadaku dengan sedikit lama. Agar aku dapat terus berkhidmat sebagai isteri buatnya dan menjadi bidadari pujaannya di syurgaMu nanti, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment