Wednesday, November 9, 2016

#Trip3 - Kelantan Terengganu Trip (Part 3)

Assamualaikum you alllllss.

Sampai ke final part untuk trip kami kali ni. Hari Ahad, 6.11.2016. Kami bergerak balik ke Johor. Konon nak bergerak awal, pukul 6.30 konoonnnn. Tapi dekat pukul 8 baru gerak.
Pagi dekat rumah in laws tu macam kelam kabut sikit. Haha. Sebab family in laws pun akan bergerak ke Pahang untuk majlis pertunangan adik kepada suami. Tak dapat nak pergi sebab tuntutan kerja. Lepas family in-laws bergerak, kitorang baru gerak. Lambat dah sebenarnya kitorang gerak since suami pun kena balik ke Kota Tinggi pada hari tu juga.

Situasi dalam kereta.
Aku : Boleh tak nak singgah Bukit Keluang sekejap. Ambil gambar je.
Suami : (gelak) Ala, jangan lah spoil kan suprise abang.
Aku : (kepelikan)
Suami : Ni memang jalan nak pergi Bukit Keluang.

Lalu aku pon menjerit kegirangan. Haha. Plan nya nak pergi hiking sebenarnya pada hari Sabtu tapi hujan, jalan licin. So we do not want to take a risk. Ingat tak jadi dah pergi. Aku memang dah lama nak pergi Bukit Keluang. Lagi-lagi satu tempat ni, yang tak ramai orang datang sangat which is aku boleh kata hidden place.

So, here is the hidden beautiful view located. Kalau korang pergi ke arah pantai Bukit Keluang, korang akan pusing kiri. Nak menuju ke tempat ni, korang kena belok kanan sampai hujung. Tak jauh mana pun. Seriously, memang cun gila view dia. Tak tahu apa nama tempat ni, tapi suami beri nama Dataran Paus. Sebab bukit kat belakang tu bentuk macam paus katanyaaa.









Then kitorang pergi pulak ke bahagian depan Bukit Keluang. Kat sini aku sertakan gambar untuk 2 laluan naik ke Bukit Keluang.
Yang pertama laluan jungle trekking. Memang best untuk yang suka hiking. Laluan tanah merah yang dah diberi petunjuk laluannya. Tapi risiko bila hujan, tanah akan licin. Sebelum ni pun banyak dah kes jatuh gaung. So kalau hujan memang tak disarankan lalu ikut sini.







Yang kedua, laluan tangga. Kurang sikit risikonya. Tapi tangga ni agak curam sebab betul-betul ikut bentuk bukit. Laluan tangga ni kawasan ramai orang. So kalau parking kereta pun insyaallah selamat.





Ini pula tangga yang dah rosak. Berhadapan dengan pantai. Kalau ok lagi memang cun.


Masa ni sebenarnya ombak tiba-tiba datang tengah posing. Haha. Tapi macam jadi capture yang menarik pulak.


Masa ambil gambar ni air tengah pasang. Kalau air surut, korang boleh pergi ke sebelah batu-batu tu, view belah sana pun cantik. Macam ada gua suami cakap. Aku tak pernah ke sana. So takdelah gambar nak share.


Belanja satu gambar suami tersayang. Hehe.




Oh, ya! Ada juga banana boat ye kawan-kawan. Harga tak survey. Maap.






Berdekatan Bukit Keluang ni ada satu resort kalau korang nak stay dekat citu namanya Bukit Keluang Beach Resort. Not bad la, aku pernah masuk survey. Macam harmoni je suasananya. Rate dari berapa tu tak pasti. Beberapa tahun lepas aku pergi standard room RM130+ gitu. Latest tak pasti berapa.






Kitorang jalan balik melalui Pengkalan Gelap. Pengkalan Gelap ni kawasan penanaman pokok bakau. Cantik jugak nature view dekat sini. Kitorang suami isteri memang lagi suka nature compared to hustle and bustle town.














Kerana kelaparan, kitorang singgah di kedai keropok dekat Merang. Keropok Lekor Bayu, bersebelahan dengan petronas Merang. Dibandingkan dengan Keropok Kuala Setiu, aku lagi suka Keropok Kuala Setiu.










Selepas lebih kurang sejam setengah, kitorang sampai di Tanjung Gelam, pantai berdekatan UMT. Dannnn kami makan lagiiii di gerai Pok Wan. Bukan Pok Wan sebenarnya nama kedai ni. Nama dia Warung Damia. Tapi pengusahanya, arwah Pok Wan, suami aku dengan kawan-kawan dia tukar lah nama. Haha. Lokasi warung ni dekat Tanjung Gelam, bersebelahan Chalet Anees, di persisir pantai.






Suami aku makan nasi kerabu, aku makan nasi air. Ayam bakar nasi kerabu dia sangat sedaaapppp ok. Ada lagi makanan lain macam mi goreng, nasik goreng, mi sup. Kuih-kuih pun ada. Memang sedap lah. Patut lah suami dengan geng-geng beliau tak pernah miss makan kat situ.




Nasi air dia memang terbaik. Siap ada sambal kicap. Haha. Lama dah tak makan nasi air Terengganu. Alhamdulillah, dapat juga makan. Lama juga cakap dekat suami nak nasi air Terengganu.
Nasi air ni, nasi lembik tapi tak lembik sangat yang diletakkan sup campur. Makna kata, campuran ayam, perut lembu dan daging lembu. Mabeleesssssss. Terliurrrrr. Cas dekat sini RM8.50 sahaja. Air, kakak kedai tu belanja sebab dia kenal suami aku. Alhamdulillah, terima kasih Kak Su.


Lepas makan, kitorang ada misi. Carikkan keropok losong untuk atok. Atok tak selalu kirim apa-apa. Tu yang pergi juga Kampung Losong even jauh nak patah balik masuk highway.
Kitorang pergi 3 kedai dekat Kampung Losong Haji Su.

Pertama Kedai Keropok Lekor Kakyah tak silap. Tak sempat ambil gambar sebab tak beli pun dekat situ. 

Kedai kedua, Keropok Losong Adik Beradik. Kitorang beli 50 batang keropok losong saiz kecil = Rm10. Yang kecil RM1 = 5 batang, yang besar RM1 = 2 batang. Aku beli juga keropok keping yang harganya RM10 dan sagung.


Kedai ketiga, Pak su Keropok Losong. Dekat sini ada jual keropok yang ada cheese, blackpepper. Boleh la datang kalau nak try. Aku tak turun pun masa ni sebab aku kekenyangan dengan nasi air. So nafsu shopping aku takde. Haha. Suami beli keropok lekor 50 batang =Rm10, keropok keping RM5, sos pencicah = RM3.





Dekat area situ memang banyak kedai keropok. Korang point je GPS ke Kampung Losong Haji Su. Berderet kedai.
Lepas tuuu, terus lah kitorang bergerak ke Segamat.

Dalam 5 jam juga dari masuk tol Kuala Terengganu ke Segamat. Tapi singgah dalam setengah jam dekat Masjid Bandar Satelit.

Sebelum suami gerak balik ke Kota Tinggi, kitorang singgah makan dekat Ngeteh Port.




Makanan dekat sini memang mabeles. Kitorang dah tiga kali makan dekat sini, memang puas hati. Pada hari tu, aku makan Laksa Penang dan suami makan Cha Keaw Tiau. Sedaappp sangat Laksa Penang diaaaaaa..... Sangat pekat dan sedap sangaaaaattttt. Lepastu kitorang tambah chicken chop, yang ni kongsi. Tapi laksa tu aku bungkus, makan chicken chop je kat kedai tu. Sebab macam kenyang. Haha. Sedap sangat tauuu. Try laaa kalau gi Segamat, dekat kawasan Taman Yayasan. RM28 semuanya.







Oh, sebelum tu, ada singgah beli aiskrim dekat gerai kecil dekat Muadzam, Makmur Dairy. Dia memang jual produk tenusu such as susu lembu berperisa, susu kambing, dadih dan aiskrim. Sedap aiskrim dia. Tak dapat nak cakap macam mana tapi memang lain dari yang lain. Tak amek gambar aiskrim sebab eksaited nak makan. Haha.

So total spent kami untuk kali ini :
1) Makan - RM75+-
2) Penginapan - RM0 (takkan duduk rumah mertua kena bayar kan)
3) Minyak kereta - RM 155 (mahal sebab minyak baru naik)
4) Shopping, especially keropok - RM 50+-
JUMLAH = RM280+-

Ok lah, tu je untuk trip kami kali ni. Terima kasih sebab sudi follow ya.

Insyaallah kalau umur panjang bulan 12 ni akan cover trip ke Melaka.

Semoga Allah merahmati hidup kamu semua dengan kasih sayangNya!

Tuesday, November 8, 2016

#Trip3 - Kelantan Terengganu Trip (Part 2)

Asaalamualaikum!


Our next day dekat Besut, Sabtu 5.11.2016.

Pagi tu kitorang tak pergi mana. Sebab aku kekonon nak belajar buat nasi kerabu dengan Mek (ibu mertuaaakuuuu). Tapi ada la keluar pergi Pasar Borong Besut. Sayurnyaaaaaa sangat banyakkk dan segar. Memang satu pasar tu jual sayur je.







Sebelah pasar tu, ada macam kedai tau. Salah satu kedai tu, ada jual satar popia. Suami belikan aku RM2, dia kata suruh try. Try dalam kereta, rasa macam sedap bebenoo. Then suami turun belikan lagi. Haha. Dia ada juga belikan yang frozen punya. Nanti kalau rajin boleh goreng. Kalau rajinnn.



Sampai tengah hari masak nasi kerabu. Warna biru original daripada bunga biru tu. Apa ntah nama dia. Sempat snap gambar bunga je. Masa proses buat tu tak sempat ambil gambar pun. Macam tak sopan la pulak kan kau busy dekat dapur sambil pegang fon nak ambil gambar. Dah la dengan mak mertua. Haha.




Senang je sebenarnya buat nasi kerabu ni. Cuma aku ingat-ingat lupa bahannya. Caranya inshaallah ingat. Tapi Mek punya solok lada memang terbaekk baq hangg. Nanti aku buat sendiri, aku share resipi keyhhh.

Kitorang keluar lebih kurang pukul 2 setengah petang. Singgah 3 rumah sedare Suami aku. Ade satu tempat rumah sedare Suami ni, dekat Bukit Puteri. Cantik betul view bukitnya.

  

Kitorang bergerak keluar dari rumah mak sepupu suami yang kitorang panggil Cek Do lebih kurang pukul 5.30 petang. Rumah dia dekat Sungai Petai, Pasir Puteh. Plan sebenarnya nak pergi jalan-jalan area Kelantan macam Pasar Siti Khadijah apa semua tapi dah lewat kan. So kitorang decide pergi pantai dekat Kelantan je. Mek cadangkan dekat Pantai Senok, Bachok. Kalau dari Sungai Petai, lebih kurang 1 jam 15 min.

Pantai Senok ni acah-acah obesi sikit. Pokok rhu ditanam sebaris. Kalau korang ambil gambar dekat tengah-tengah tu cun lah. Tapi aku sarankan pergi time panas. Sebab kitorang sampai dah agak dah nak gelap so effect gambar pun tak cantik.








But unfortunately, pantai memang cun dah. Tapi sampah makanan, plastik bertaburan sana sini. Jangan macam ni kawan-kawan. Jagalah kecantikan pantai. Pihak berwajib pun patut sediakan banyak tong sampah. Aku macam tak nampak sangat tong sampah. Macam dekat Pantai Hiburan, Kuala Rompin, selang 5 meter akan ada tong sampah. Nak ambil gambar pun spoilt tau uolss dengan sampah-sampah semua.




Lepas jejalan pantai, kitorang singgah makan dekat kedai dekat selekoh area pantai tu. Apa nama nta, lupa capture.




Aku dengan suami makan mi sup udang. Sedap ok, udang 6 ekor (udang putih saiz sederhana) harga RM6 semangkuk. Berbaloi-baloi! Menu tambahan, sotong celop tepung. Tapi sotong dia ni biasa je. Macam guna tepung goreng pisang dan agak liat. Tapi habis je semua. Maklumlah, membazir itu amalan syaitaann. Total spent dekat sini RM22. Murah kan!



Sampai rumah dalam pukul 8 lebih. Penatt sangattt walaupun tak pergi mana sangat.

Ok, sudah untuk Part 2!
Jangan lupa baca final part ya!

Monday, November 7, 2016

#Trip3 - Kelantan Terengganu Trip (Part 1)

Assalamualaikum!


Lama tak update. Maklumlah, update bila ada berjalan-jalan somewhere je. So this post aku akan cerita pasal a simple trip kitorang pergi Terengganu dan Kelantan.

Tapi ini simple trip je. Tak banyak tempat yang kitorang cover sebab limited time.

Ok, kitorang bergerak ke Besut, Terengganu pada hari Jumaat, 4.11.2016. Nothing so much on Friday. Bergerak daripada Endau pukul 7 pagi, dan sampai di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1 petang. Sepatutnya lagi awal tapi kitorang singgah rumah Maklong dekat Kuantan. Dalam 45 minit jugak dekat situ.

Disebab kitorang nak beli barang dekat Mydin Gong Badak (Mydin baru), Suami susur keluar Tol Kuala Terengganu which is akan tembus dekat bulatan Batu Enam.

Mydin dan semua kedai dekat Terengganu ni akan tutup semasa Solat Jumaat. So memang takdelah orang nak berjalan-jalan kan masa ni. Memang sunyi je kedai-kedai. Yang busy, jalan dekat masjid-masjid. Suami pun solat jumaat dekat kem tentera apa entah, yang dekat dengan airport.

After that, pukul 2.30 baru Mydin Mall tu buka. Lepas beli barang, singgah makan dekat food court. Suami makan nasi ayam, aku makan sizzling keaw tiau.

Nasi ayam Suami aku not bad laaa. Sizzling aku tu yang rasa macaammmmmmm....macam aku rasa aku dah fobia dan trauma nak makan sizzling ni. Tak sedap macam aku makan sebelum ni. Choices pun tak banyak. So, sizzling mee at Mydin Gong Badak really not recommended. Ini bagi aku la, tekak orang lain tak tahu macam mana.

Harga :: Nasi Ayam - RM 5.80
            Sizzling Keaw Tiau with Mushroom Sauce - RM 6.60
Oh, tak lupa juga, sempat lagi singgah Muaz. Dapat la grab shawl untuk adik dan diri sendiri. Murahhh sangatttt.

Disebabkan tak kenyang makan sizzling tadi, aku minta Suami beli keropok dekat favourite place kitorang. Sebelum ni aku ada post pasal kedai ni. Serious, memang sedap. Dia rapuh dekat luar dan lembut dekat dalam. Dah tinggal lama pun still rasa sama. Highly recommended! Keropok Kuala Setiu.




Macam tu jelah untuk part 1. Sampai Besut dekat Maghrib sebab dalam perjalanan tu singgah rumah saudara suami.
Oh ya! Dekat Besut ni ada pasar malam, dia jual apam balik pisang. Sedap gile. Harga sekeping RM 1.50.

Ok, till the next part!