Monday, November 7, 2016

#Trip3 - Kelantan Terengganu Trip (Part 1)

Assalamualaikum!


Lama tak update. Maklumlah, update bila ada berjalan-jalan somewhere je. So this post aku akan cerita pasal a simple trip kitorang pergi Terengganu dan Kelantan.

Tapi ini simple trip je. Tak banyak tempat yang kitorang cover sebab limited time.

Ok, kitorang bergerak ke Besut, Terengganu pada hari Jumaat, 4.11.2016. Nothing so much on Friday. Bergerak daripada Endau pukul 7 pagi, dan sampai di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1 petang. Sepatutnya lagi awal tapi kitorang singgah rumah Maklong dekat Kuantan. Dalam 45 minit jugak dekat situ.

Disebab kitorang nak beli barang dekat Mydin Gong Badak (Mydin baru), Suami susur keluar Tol Kuala Terengganu which is akan tembus dekat bulatan Batu Enam.

Mydin dan semua kedai dekat Terengganu ni akan tutup semasa Solat Jumaat. So memang takdelah orang nak berjalan-jalan kan masa ni. Memang sunyi je kedai-kedai. Yang busy, jalan dekat masjid-masjid. Suami pun solat jumaat dekat kem tentera apa entah, yang dekat dengan airport.

After that, pukul 2.30 baru Mydin Mall tu buka. Lepas beli barang, singgah makan dekat food court. Suami makan nasi ayam, aku makan sizzling keaw tiau.

Nasi ayam Suami aku not bad laaa. Sizzling aku tu yang rasa macaammmmmmm....macam aku rasa aku dah fobia dan trauma nak makan sizzling ni. Tak sedap macam aku makan sebelum ni. Choices pun tak banyak. So, sizzling mee at Mydin Gong Badak really not recommended. Ini bagi aku la, tekak orang lain tak tahu macam mana.

Harga :: Nasi Ayam - RM 5.80
            Sizzling Keaw Tiau with Mushroom Sauce - RM 6.60
Oh, tak lupa juga, sempat lagi singgah Muaz. Dapat la grab shawl untuk adik dan diri sendiri. Murahhh sangatttt.

Disebabkan tak kenyang makan sizzling tadi, aku minta Suami beli keropok dekat favourite place kitorang. Sebelum ni aku ada post pasal kedai ni. Serious, memang sedap. Dia rapuh dekat luar dan lembut dekat dalam. Dah tinggal lama pun still rasa sama. Highly recommended! Keropok Kuala Setiu.




Macam tu jelah untuk part 1. Sampai Besut dekat Maghrib sebab dalam perjalanan tu singgah rumah saudara suami.
Oh ya! Dekat Besut ni ada pasar malam, dia jual apam balik pisang. Sedap gile. Harga sekeping RM 1.50.

Ok, till the next part!

No comments:

Post a Comment