Assamualaikum you alllllss.
Sampai ke final part untuk trip kami kali ni. Hari Ahad, 6.11.2016. Kami bergerak balik ke Johor. Konon nak bergerak awal, pukul 6.30 konoonnnn. Tapi dekat pukul 8 baru gerak.
Pagi dekat rumah in laws tu macam kelam kabut sikit. Haha. Sebab family in laws pun akan bergerak ke Pahang untuk majlis pertunangan adik kepada suami. Tak dapat nak pergi sebab tuntutan kerja. Lepas family in-laws bergerak, kitorang baru gerak. Lambat dah sebenarnya kitorang gerak since suami pun kena balik ke Kota Tinggi pada hari tu juga.
Situasi dalam kereta.
Aku : Boleh tak nak singgah Bukit Keluang sekejap. Ambil gambar je.
Suami : (gelak) Ala, jangan lah spoil kan suprise abang.
Aku : (kepelikan)
Suami : Ni memang jalan nak pergi Bukit Keluang.
Aku : Boleh tak nak singgah Bukit Keluang sekejap. Ambil gambar je.
Suami : (gelak) Ala, jangan lah spoil kan suprise abang.
Aku : (kepelikan)
Suami : Ni memang jalan nak pergi Bukit Keluang.
Lalu aku pon menjerit kegirangan. Haha. Plan nya nak pergi hiking sebenarnya pada hari Sabtu tapi hujan, jalan licin. So we do not want to take a risk. Ingat tak jadi dah pergi. Aku memang dah lama nak pergi Bukit Keluang. Lagi-lagi satu tempat ni, yang tak ramai orang datang sangat which is aku boleh kata hidden place.
So, here is the hidden beautiful view located. Kalau korang pergi ke arah pantai Bukit Keluang, korang akan pusing kiri. Nak menuju ke tempat ni, korang kena belok kanan sampai hujung. Tak jauh mana pun. Seriously, memang cun gila view dia. Tak tahu apa nama tempat ni, tapi suami beri nama Dataran Paus. Sebab bukit kat belakang tu bentuk macam paus katanyaaa.
Then kitorang pergi pulak ke bahagian depan Bukit Keluang. Kat sini aku sertakan gambar untuk 2 laluan naik ke Bukit Keluang.
Yang pertama laluan jungle trekking. Memang best untuk yang suka hiking. Laluan tanah merah yang dah diberi petunjuk laluannya. Tapi risiko bila hujan, tanah akan licin. Sebelum ni pun banyak dah kes jatuh gaung. So kalau hujan memang tak disarankan lalu ikut sini.
Yang kedua, laluan tangga. Kurang sikit risikonya. Tapi tangga ni agak curam sebab betul-betul ikut bentuk bukit. Laluan tangga ni kawasan ramai orang. So kalau parking kereta pun insyaallah selamat.
Ini pula tangga yang dah rosak. Berhadapan dengan pantai. Kalau ok lagi memang cun.
Masa ni sebenarnya ombak tiba-tiba datang tengah posing. Haha. Tapi macam jadi capture yang menarik pulak. |
Masa ambil gambar ni air tengah pasang. Kalau air surut, korang boleh pergi ke sebelah batu-batu tu, view belah sana pun cantik. Macam ada gua suami cakap. Aku tak pernah ke sana. So takdelah gambar nak share.
Belanja satu gambar suami tersayang. Hehe.
Oh, ya! Ada juga banana boat ye kawan-kawan. Harga tak survey. Maap.
Berdekatan Bukit Keluang ni ada satu resort kalau korang nak stay dekat citu namanya Bukit Keluang Beach Resort. Not bad la, aku pernah masuk survey. Macam harmoni je suasananya. Rate dari berapa tu tak pasti. Beberapa tahun lepas aku pergi standard room RM130+ gitu. Latest tak pasti berapa.
Kitorang jalan balik melalui Pengkalan Gelap. Pengkalan Gelap ni kawasan penanaman pokok bakau. Cantik jugak nature view dekat sini. Kitorang suami isteri memang lagi suka nature compared to hustle and bustle town.
Kerana kelaparan, kitorang singgah di kedai keropok dekat Merang. Keropok Lekor Bayu, bersebelahan dengan petronas Merang. Dibandingkan dengan Keropok Kuala Setiu, aku lagi suka Keropok Kuala Setiu.
Selepas lebih kurang sejam setengah, kitorang sampai di Tanjung Gelam, pantai berdekatan UMT. Dannnn kami makan lagiiii di gerai Pok Wan. Bukan Pok Wan sebenarnya nama kedai ni. Nama dia Warung Damia. Tapi pengusahanya, arwah Pok Wan, suami aku dengan kawan-kawan dia tukar lah nama. Haha. Lokasi warung ni dekat Tanjung Gelam, bersebelahan Chalet Anees, di persisir pantai.
Suami aku makan nasi kerabu, aku makan nasi air. Ayam bakar nasi kerabu dia sangat sedaaapppp ok. Ada lagi makanan lain macam mi goreng, nasik goreng, mi sup. Kuih-kuih pun ada. Memang sedap lah. Patut lah suami dengan geng-geng beliau tak pernah miss makan kat situ.
Nasi air dia memang terbaik. Siap ada sambal kicap. Haha. Lama dah tak makan nasi air Terengganu. Alhamdulillah, dapat juga makan. Lama juga cakap dekat suami nak nasi air Terengganu.
Nasi air ni, nasi lembik tapi tak lembik sangat yang diletakkan sup campur. Makna kata, campuran ayam, perut lembu dan daging lembu. Mabeleesssssss. Terliurrrrr. Cas dekat sini RM8.50 sahaja. Air, kakak kedai tu belanja sebab dia kenal suami aku. Alhamdulillah, terima kasih Kak Su.
Nasi air ni, nasi lembik tapi tak lembik sangat yang diletakkan sup campur. Makna kata, campuran ayam, perut lembu dan daging lembu. Mabeleesssssss. Terliurrrrr. Cas dekat sini RM8.50 sahaja. Air, kakak kedai tu belanja sebab dia kenal suami aku. Alhamdulillah, terima kasih Kak Su.
Lepas makan, kitorang ada misi. Carikkan keropok losong untuk atok. Atok tak selalu kirim apa-apa. Tu yang pergi juga Kampung Losong even jauh nak patah balik masuk highway.
Kitorang pergi 3 kedai dekat Kampung Losong Haji Su.
Pertama Kedai Keropok Lekor Kakyah tak silap. Tak sempat ambil gambar sebab tak beli pun dekat situ.
Pertama Kedai Keropok Lekor Kakyah tak silap. Tak sempat ambil gambar sebab tak beli pun dekat situ.
Kedai kedua, Keropok Losong Adik Beradik. Kitorang beli 50 batang keropok losong saiz kecil = Rm10. Yang kecil RM1 = 5 batang, yang besar RM1 = 2 batang. Aku beli juga keropok keping yang harganya RM10 dan sagung.
Kedai ketiga, Pak su Keropok Losong. Dekat sini ada jual keropok yang ada cheese, blackpepper. Boleh la datang kalau nak try. Aku tak turun pun masa ni sebab aku kekenyangan dengan nasi air. So nafsu shopping aku takde. Haha. Suami beli keropok lekor 50 batang =Rm10, keropok keping RM5, sos pencicah = RM3.
Dekat area situ memang banyak kedai keropok. Korang point je GPS ke Kampung Losong Haji Su. Berderet kedai.
Lepas tuuu, terus lah kitorang bergerak ke Segamat.
Dalam 5 jam juga dari masuk tol Kuala Terengganu ke Segamat. Tapi singgah dalam setengah jam dekat Masjid Bandar Satelit.
Sebelum suami gerak balik ke Kota Tinggi, kitorang singgah makan dekat Ngeteh Port.
Dalam 5 jam juga dari masuk tol Kuala Terengganu ke Segamat. Tapi singgah dalam setengah jam dekat Masjid Bandar Satelit.
Sebelum suami gerak balik ke Kota Tinggi, kitorang singgah makan dekat Ngeteh Port.
Makanan dekat sini memang mabeles. Kitorang dah tiga kali makan dekat sini, memang puas hati. Pada hari tu, aku makan Laksa Penang dan suami makan Cha Keaw Tiau. Sedaappp sangat Laksa Penang diaaaaaa..... Sangat pekat dan sedap sangaaaaattttt. Lepastu kitorang tambah chicken chop, yang ni kongsi. Tapi laksa tu aku bungkus, makan chicken chop je kat kedai tu. Sebab macam kenyang. Haha. Sedap sangat tauuu. Try laaa kalau gi Segamat, dekat kawasan Taman Yayasan. RM28 semuanya.
Oh, sebelum tu, ada singgah beli aiskrim dekat gerai kecil dekat Muadzam, Makmur Dairy. Dia memang jual produk tenusu such as susu lembu berperisa, susu kambing, dadih dan aiskrim. Sedap aiskrim dia. Tak dapat nak cakap macam mana tapi memang lain dari yang lain. Tak amek gambar aiskrim sebab eksaited nak makan. Haha.
So total spent kami untuk kali ini :
1) Makan - RM75+-
2) Penginapan - RM0 (takkan duduk rumah mertua kena bayar kan)
3) Minyak kereta - RM 155 (mahal sebab minyak baru naik)
4) Shopping, especially keropok - RM 50+-
JUMLAH = RM280+-
So total spent kami untuk kali ini :
1) Makan - RM75+-
2) Penginapan - RM0 (takkan duduk rumah mertua kena bayar kan)
3) Minyak kereta - RM 155 (mahal sebab minyak baru naik)
4) Shopping, especially keropok - RM 50+-
JUMLAH = RM280+-
Ok lah, tu je untuk trip kami kali ni. Terima kasih sebab sudi follow ya.
Insyaallah kalau umur panjang bulan 12 ni akan cover trip ke Melaka.
Semoga Allah merahmati hidup kamu semua dengan kasih sayangNya!
Insyaallah kalau umur panjang bulan 12 ni akan cover trip ke Melaka.
Semoga Allah merahmati hidup kamu semua dengan kasih sayangNya!
No comments:
Post a Comment