Tuesday, January 3, 2017

#Trip4 - Melaka Family Trip (Part2)

Assalamualaikum.


Hye guys.

Lama betulkan nak upload second part pulak. Kemalasan melanda. Haha

Oklah, ini untuk 24/12/2016 ya.

We all check out dari homestay dalam pukul 9.30 pagi. Made a simple breakfast then bergerak menuju ke Upside Down House Gallery. Yes, disebabkan dah bayar tiket, masuk juga lah even pagi tu pun ramai orang juga. Parking dekat situ kena letak kupon ya.


Ada lah setengah jam kami beratur. Gigih kan. Masuk sini aku beli tiket dekat goticket. Harga sebenar RM20, beli online dapat RM13.50. Tapi untuk aku, suami, dan adik-adik aku, memang kitorang bagi satu bintang je unuk tempat ni. Dah la kena beratur, so we expected it will worth it la. Sekali tempatnya sempit. Sesak. Serabut. Dan masa aku masuk tu, aku dengan yang lain nak terus masuk la ambil-ambil gambar terus, sebab mak abah aku dah tunggu lama. Then pekerja dia sound terus je, "Tunggu dekat depan dulu. Ada taklimat". Tak mesra langsung ok. Bukan nak cakap apa pun.

"Ok, selamat datang. Dekat sini kita ada dua bilik. Ambil gambar macam biasa, lepas tu rotate gambar baru dapat effect rumah terbalik."

Eh, benda basic. Takkan la tak boleh fikir. bila masuk-masuk dah macam tu, memang aku bawa negativity tu sampai sekarang. Dan ada lagi satu is yang sensitif yang aku tak boleh cerita. Tapi tempat dia memang sempit, sampai nak ambil gambar untuk tempat dekat bilik contohnya then ada orang yang nak ambil gambar dalam toilet, kena tunggu la kalau photographer tu halang camera kita. Make sense sangat kan.sangat tak recommended. Takyah gi. Tak berbaloi korang beratur.
Apa-apa pun, aku belanja lah gamba sikit.




Nampak reflection dsri cermin? Ramai dak kecik je tempatnya.





After that, kitorang menuju ke Pirate Adventure Land. Ok, tempat ni berdekatan dengan Bangunan A'Famosa tu. Mungkin ramai yang dah tahu. Untuk parking boleh parking sama ada di Hatten Hotel, kawasan parking sebelum Muzium Samudera atau parking bersebelahan Equatorial Hotel.

Banyak muzium di kawasan ni. Kalau nak beli barang-barang made in Melaka, boleh pergi dekat bazar berdepan dengan kawasan Menara Taming Sari. Dekat je dengan kawasan banyak muzium ni.

Ok, cerita pasal Piraye Adventure Land ni, aku beli tiket online kat Malacca Alive. Harga sebenar RM20, beli online RM18.40. Boleh la kan dari takde. Masuk sini, ok la, not bad la. Macam rumah hantu sikit. Mak aku yang pakai wheelchair pun masuk. Disebabkan ada mak aku, staff-staff dia tak terkejutkan sangat kitorang. Haha. Ada sekali je dia terkejutkan, masa tu mak aku da lepas. Maka menjeritlah aku dengan adik aku. Haha.
Ada kuiz yang kitorang boleh jawab. Tak jawab pun takpe. Hadiah apa pun tak tahu. Last-last ada video show. Best. Aku suka sebab ada effect sembir-sembur ayaq. Again, aku rasa ada lanun nak terkejutlan kitorang tapi dia cuma keluar with a simple laugh, "haha. Sila ya, keluar ikut sini". Kitorang ucap thanks la untuk effort dia. Haha.

Tak banyak ambil gambar dekat sini.




Lepak sekejap dekat A'Famosa.



Then abah request nak makan mi bandung. Aku pu  bawa la ke Muar, cari-cari sini tempat yang senang nak bawa mak. Kedai dekat area Stesen Bas Tanjug Mas. Bukan yang Bentayan tau.
Then drive back to endau ikut Segamat lalu Bukit Gambir. Singgah makan and solat dekat Segamat dan Muadzam. Sampai rumah dalam pukul 9.

Alhamdulillah. Dapat juga bawa family jejalan. Next family trip to Kedah! Yeahh!!

No comments:

Post a Comment