Assalamualaikum.
Kehadapan blog yang telah berhabuk. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menjenguk awak. Sesungguhnya dengan adanya media sosial yang baru, saya seperti sudah melupakan awak.
Ya, salah saya. Dengan itu, saya berazam untuk sedikit sebanyak menulis bingkisan hidup saya kembali di blog ini memandangkan saya ingin berehat sebentar daripada dunia media sosial which FB & IG dek kerana anasir-anasir negatif yang membawa kepada ketidakstabilan emosi saya.
Saya berharap awak sudi menerima saya kembali.
Di samping meng update mengenai bingkisan hidup saya, saya juga akan berkongsi cerpen-cerpen yang telah saya tulis sebelum ini. Juga novel yang sedang saya & suami usahakan.
Harap En Blog dapat menerima saya kembali.
Semoga jodoh kita kembali bertaut. Gitewwwww..
Yang merinduimu,
Leia Zalyanna
No comments:
Post a Comment