Saturday, November 2, 2019

Resepi Potato Fritters @ Jejemput Kentang


Nama nak gempak kan. Fritters. Sekali cekodok je pon.
Beberapa hari lepas sis rasa mood swing sangat. Rasa malas makan. Suami cadangkan itu taknak, cadangkan ini taknak. Makan luar taknak. Sebenarnya mula-mula nak buat chicken chop tapi ayam tu keras ketung la pulak masa balik kerja. Jadi, suami cadangkan potato fritters ni sebab sis pernah tunjuk dekat dia resepinya tapi tak terbuat lagi. Benda ni dah lama viral Cuma tulahhh. Malas..rasa pernah buat sekali tapi tak jadi sangat rasanya. Sudahnya malas nak repeat tapi Allah dah maktubkan. Jadi, terjadilah hari ini.
Resepi asal tak letak ayam. Tapi sis gigih jugak blender ayam guna blender kering tu sebab suami suka apa-apa sahaja masakan ayam. Kiranya jadi macam ayam kisar lah. Tapi tak letak banyak pun. Itu sahaja ayam yang mampu dikeluarkan. Yang lain beku.
Tapi kan, sebenarnya bila letak ayam, rasa fritters ni macam begedil pun ada. Nice lah. Kalau letak daging kisar Ramly tu pun macam enak jugak.


Ok, let’s check it out resepinya. Amatlahhhh mudah kawan-kawan sekalian.


Bahan-bahan :

1. Kentang – 4 biji
2. Tepung jagung – 5 sudu makan
3. Tepung gandum – 4 sudu makan
4. Telur – 3 biji
5. Ayam kisar – seketul bahagian dada
6. Sedikit lada sulah
7. Sedikit garam


Cara-cara :

1. Sagat kentang sampai panjang-panjang. Jangan lupa basuh dulu sebelum sagat. Kalau tak jadi berayaq tak sangga.

2. Campurkan je semua bahan macam korang buat jejemput.



3. Lepastu goreenggggg…. Masa letak dekat kuali tu tekan sikit bagi leper sikit, untuk masak sekata.




4. Dan, siap! Enak dimakan bersama sos cili & mayo!





Jadi, pada malam itu, kami tak makan nasi. Sedap lah hai! 

Friday, November 1, 2019

Resepi Dalca Daging Tetel Mek






Ok, sis balik Besut haritu, taklah haritu sangat. 3 minggu lepas juga. Sebenarnya, biasanya kami suami isteri sebelum balik kampung akan request dengan Mek untuk apa-apa makanan yang kitorang nak Mek masakkan. Haha. Jangan risau, sis tak biarkan mak mertua sis buat sorang-sorang dekat dapur. Biasanya sis yang sebenarnya nak makan itu ini Mek masak tapi sis menggunakan suami sis untuk buat-buat macam dia yang mengidam makanan tu. LOL.

Macam sebelum ni, balik masa raya tak silap, sis teringin nak makan nasi lemak. Sis suruh suami yang cakap. Jadi Mek pun buatkan lah. Pehh sambal nasi lemak Mek, rare lah daripada kedau-kedai Terengganu punya sambal. Biasanya manis. Tapi mek punya pedas dan sedap. Bukan nak jet mak mertua ya. Haha.

Kalau balik ke Endau kami suami isteri akan plan nak masak apa. Sebab mak sis dah tak sihat. Jadi kalau kami balik sis yang akan manage dapur instead of Abah. So abah dapat lah rehat dari masak sehari dua. Tapi kalau masakan Abah yang sis nak makan, sis cakap je kat Abah minta tolong buat tapi sis tolong sediakan bahan lah. Macam kalau sis, abah punye sambal petai, memang lain dari yang sis buat. Sedap macam mana nak cakap entah. Kalau suami pula suka Abah punya lemak cili api siput sedut. Peluh-peluh menyedut Abah dengan suami sis. Sis tak makan. Biasanya Abah, suami dengan adik lelaki sis je yang gigih menyedut. Malas sis nak sedut. Buang masa (Read : Tak reti).

Oh, berbalik kepada Besut tadi,balik haritu kami request dengan Mek masak percik denga dalca daging. Percik Kelantan sis dah tahu buat Cuma tak selalu praktis jadi tak umppp macam Mek buat. Jadi nak sedap, request jelah senang. LOL. Dalca pula dah lama sebenarnya sis nak belajar buat. Pernah Mek buat sebelum ni tapi sis tak sempat belajar sebab tak sampai lagi kampung masa tu.
Jadi kali ni dah alang-alang, kita belajar lah sekali. Mudah je rupanya.



Bahan – bahan :

1. Daging tetel – 2 kg (Orang Kelantan panggil daging kisar. Daging tetel ni campur daging sekali urat, sekali lemak. Dia kena kombinasi benda ni baru sedap bak kata Ayah)




2. Lada kering – lebih kurang 20




3.  Bawang merah – 7 ulas
4. Bawang putih  - 4 ulas
5. Halia – dalam 2 inci




6.  Rempah kari daging – 2 paket. Mek guna yang timbang punya dia beli dekat Kelantan. Dia cakap guna rempah kari daging biasa pun ok.





7.  Rempah kasar 3 sekawan

8.  Asam keping – 2 keping

9.  Garam kasar – garam halus pun boleh cuma Mek memang biasa masak guna garam kasar.

10.   Gula Melaka / nisan – setengah ketul (ni setengah ketul yang dia potong slice tu tau, yang bulat-bulat tu. Bukan seketul besar macam jongkong tu)

11.   Santan – RM2 (besar macam dalam gambar)



12.   Kacang panjang – 10 urat (apa penjodoh bilangan dia tah)

13.   Baby jagung – 3 biji



14.   Terung – 3 biji



15.   Lada besar – 3 biji (potong memanjang)
1
16. Bendi - dalam 7 biji





Cara – caranya :

1.       Kisar lada kering.


2.       Tumiskan rempah kasar 3 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga bau nya wangiiii angaaattttt…




3.       Masukkan lada kering yang dah dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.





4.       Masukkan rempah kari. Jangan lupa campurkan rempah kari dengan air, jangan cair sangat dan jangan pekat sangat. Masa letak rempah kari ni, sebelum pergi ke step seterusnya, pastikan rempah kari ni masak betul-betul. Perlu godeh kerap sikit bagi dia jangan hangit dekat bawah. Di samping pecah minyak, korang kena tengok warna tumisan kari tu, kena pekat sikit daripada mula-mula korang masukkan tadi. Kalau warna dia tak berubah, keep tumis lagi. Kalau Yatie Kitchen, dah pecah minyak dia tambah air sikit lepas tu bagi lagi pecah minyak. Dia buat 3 kali. Bagi warna betul-betul cantik. Dekat sambal tumsi pun boleh buat.




5.       Masukkan daging tetel. Gaul-gaul.  Masukkan sedikit air dalam 1 cawan.




6.       Masukkan nisan & asam keping.




7.       Masukkan garam kasar.



8.       Boleh tinggal sehingga daging masak. Tutup periuk lah cepat sikit masak. Macam mana nak tahu masak ke tidak, korang rasalah sendiri daging tu. Sis tak tahu lagi cara macam mana nak detect daging tu masak ke tidak guna penglihatan. LOL. Oh, jangan lupa masukkan sudu supaya daging tu cepat lembut. Kalau rasa air makin kurang tambah sikit-sikit.




9.        Apabila daging sudah masak, boleh lah masukkan santan. Ok, macam ni cara dia. Santan yang macam dalam gambar tu, masukkan semua. Lepastu, isi air sampai penuh plastik, letak air tu dalam periuk tu. Gituuuu.



10.   Lepastu, korang dah boleh masukkan sayour-sayour keras macam kacang & baby jagung tu. Tunggu separuh masak, boleh masukkan terung dan lada besar. Tunggu sampai sayur-mayur tu masak!




11.   Dan, siap!! Taraaaaaa…….



Sebenarnya kongsi resepi ni bukan apa, takut diri ini lupa cara masaknya. Melayu kan. Lol. Jadi, letak sini, nanti nak buat lagi boleh refer. Selamat mencoba!



Thursday, October 31, 2019

Pelangi selepas Hujan.


Hidup kita ini sebagai seorang manusia memang tidak pernah lekang daripada ujian. Antara kita sedar dengan tidak sahaja. Ada yang miskin, memang sudah kita Nampak terang-terang itu ujian buat mereka. Tetapi yang kaya juga sedang diuji dengan harta.

Kenapa sis rasa nak tulis mengenai ujian hari ini? Sebab sis rasa banyak sangat ujian yang kamis uami isteri lalui sepanjang sudah 3 tahun perkahwinan kami. Memang, memang 3 tahun itu bukanlah panjang. Kami juga akui, banyak lagi yang perlu kami belajar dan kami akan lalui untuk membuktikan kami ini hamba yang bersabar.



Tipu kalau sis cakap sis tak rasa apa apabila tengok gambar kawan-kawan pergi travel sana sini denggan husband. Ambil gambar cantic-cantik. Cuba makanan macam-macam. Belajar culture orang. Pakai baju coat tebal masa winter. Tapi tak lama lepas rasa cemburu itu sis sedar, Allah sebenarnya bagi rezeki lain untuk kami suami isteri. Allah tak rezekikan kami untuk travel merata-rata. Tapi Allah sentiasa bagi kami rezeki untuk jenguk parents kami di kampung. Tapi sebenarnya sis sendiri rasa serba salah kalua nak plan bercuti dengan suami ke mana-mana. Sebab takut parents tersinggung. Mak Abah sis tak boleh berjalan ke sana sini sebab Mak sis sakit. Mek Ayah (in laws) pula tak banyak berjalan sebab tiada transport. Dan dua-dua keluarga tiada sumber pendapatan yang banyak. Jadi, takkanlah sis sanggup nak berjalan merata tapi parents dekat rumah memerlukan duit. Jadi kalua kami bercuti pun, kami plan senyap-senyap je. Itu pun tak jauh. Pernah paling jauh pun pergi Cherating masa tinggal di Pekan. Jujurnya, bajet bulanan kami TIADA untuk bercuti berdua. Sebab kami habiskan untuk balik dua kampung setiap bulan. Ya, setiap bulan balik ke Mersing & Besut (semasa tinggal di Pekan). Alhamdulillah, tak pernah miss. Kering macam mana pun bulan tu, kami tetap akan balik. And yeah, kami bersyukur. Walaupun sepanjang 3 tahun berkahwin kami tidak pernah bulan madu jauh, paling jauh pun Melaka, kami bersyukur dapat balik jumpa family setiap bulan.




Kedua, tipu kalau sis cakap sis tak cemburu bila tengok anak orang. Menua dengan anak. Tapi sis dah nak masuk 30 tahun still lagi berdua dengan suami. Tengok diorang main dengan anak, jalan-jalan dengan anak, kongsi gambar anak tidur, kongsi gambar anak comot-comot makan, kongsi gambar anak boleh berjalan. Tipu. Tipu kalau sis cakap sis tak rasa apa-apa. Walaupun banyak kali sis cakap pada diri, Allah bagi apabila masanya, Allah bagi apabila masanya. Tapi tipu cakap kalau dengan kata0kata itu sahaja dapat ubat hati ini. Tengok pulak anak-anak buah yang semakin membesar. Tengok pulak sepupu yang macam berlumba nak tambah umat. Ada pula seorang dua makcik bawang terlepas cakap. Sebenarnya sis redha tapi kadang-kadang syaitan itu berbisik juga. Mujur ada suami yang sangat faham macam mana nak handle sis. Suami, kalau tengok sis tengah pandang budak-budak, mungkin dia Nampak mula-mula sis senyum lepastu sis muram. Terus dia pegang tangan sis sambal cakap, ”Abang tahu saying fikir apa. Sabar ya”. Itulah suami sis. Sangat sangat sangat penyabar. Tapi sis sedar, sekarang sebenarnya kami tengah diuji, yang kami rasa keadaan tidak sesuai jika kami punya anak. Memang lah, anaka-anak ada rezeki sendiri tapi Allah lebih tahu bila zuriat ini sesuai untuk kami besarkan sebagai umat yang hebat.




Ketiga dan yang paling kritikal sis rasa untuk masa sekarang ini adalah rezeki kerja. Kitorang baru sahaja berpindah ke Perak awal bulan September kerana bertukar kerja. Dengan harapan dapat mengubah hidup, dapat bina career ladder, dapat beri lebih kepada keluarga. Tapi Allah takdirkan sebaliknya. Tak perlu sis cerita in details tapi sampai satu tahap sis cakap denkat suami sis, sis ni macam bawa malang dalam hidup dia. Sebab semenjak kahwin, rezeki kerja dia macam terumbang-ambing. Terus suami cakap, ini ujian, ini ujian. Allah nak uji kesetiaan kita kepadaNYA dan sesame kita. Terus sis diam. Tapi bila difikirkan balik, Allah hantar kami kemana-mana pun, kami dapat belajar sesuatu, Alhamdulillah. Kami percaya yang Allah akan berikan pelangi selepas hujan yang kami lalui.




Kami percaya. Sentiasa percaya. Apabila ujian berat kami lalui, mesti Allah nak hadiahkan sesuatu yang besar. Mungkin ada yang kami tidak Nampak di dunia ini, tapi mungkin kami akan dapat di sana nanti Insyaallah.



Thursday, October 17, 2019

Memori Laksa Penang Mek

Minggu ini kami suami isteri berkesempatan pulang ke kampung halaman. Fuhhhhh. Sangat lah seronok balik kampung. Tak kira lah kampung suami atau kampung sis, memang kami akan rasa legaaaa sangat kalauvl dapat balik. Rasa macam dapat serap positive charge.

Apabila kita lerja kan, tak semestinya semuanya berjalan lancar. Percayalah, apabila kamu pulang ke kampung, negative charge daripada masalah di tempat kerja, terus hilang. Memang hebat lah kan Allah ciptakan parents yang dapat jadi penyembuh galau seorang anak ni.

Moreover, kami suami isteri sangatlah attach dengan parents. Suami tu, kalau 2 hari sekali tak call parents dia, tak sah. Sis ni pulak kememe yamattt. Teringat sikit je, menangis laluuhhh. Expect apabila kahwin ni, berubah lah. Non hadooooo. Sis tetap kememe seperti dulu.

Ingat lagi dulu, masa sis kerja dekat Segamat. Masa tu, tak jadi suami lagi, masih lagi tunang. Tunang dengan parents hantar sis pergi Segamat. Itu pun sis nangis tawwww. Umur 26 tahun okkkkk. En Tunang call, dia cakap abah kata, 'Akak tu tak tahu lah macam mana. Biasanya menangis'. Lalu sis pun menangis lagi apabila En Tunang berkata sedemikian. LOL.

Oh by the way, dekat rumah mertua, sis macam dapat makan macam-macam. Haha. Selasa lepas mak mertua (Mek) buat laksa penang & laksa lemak.



Sis sebenarnya ada kisah dengan laksa penang Mek ni. Sis teringat hari jadi sis yang ke 24. Masa ni hubungan sis dengan En Suami (belum lagi suami & belum lagi tunang) dilanda ujian.

Allah je tahu macam mana Suami ni sabar melayan kerenah sis walaupun sis macam tak layan dia. Tahun tu Suami hadiahkan novel. Lepastu dia minta Mek buatkan kuah laksa penang & dia belikan laksa Eka. Laksa Eka ni memang sis feberet sbb dia gemok.

Dia bawa daripada Besut ke Setiu dalam perjalanan dia ke Kuala Terengganu naik motor.

Bila sis ingat balik... Ya Allah. Sabarnya lelaki ni. Dia beli barang untuk buat kuah laksa & minta Mek buatkan. Banyak pula tu.

Tapi masa tu, hati sis tak 100% untuk dia pun. Sampai dia cakap, "kalau awak tak bagi saya ruang, macam mana saya nak tawan semula hati awak". Tapi masa tu, sis tak rasa kesian pun dekat dia. Kejam kan.

Tapi, Allah tu Sebaik-baik Perancang la. Allah tarik nikmat yang sis ada masa tu, dan Allah tautkan kembali hati kami.

Alhamdulillah Ya Allah.

Dia lah suami paling baik. Dialah anak & menantu yang baik. Dialah abang & adik yang baik. Dialah cucu yang baik. Dia baiiikkk sangattt. Tak pernah abaikan sis. Tak pernah tinggi suara. Selalu ajak untuk jalan yang diredhai.

Alhamdulillah. Kurniakanlah yang baik2 untuk Nurazri Razab. Amiin.

Tuesday, October 8, 2019

Port Makanan Menarik Kuantan / Pekan






Ok kawan-kawan.

Harini sis nak kongsi mengenai port makanan yang sis dengan suami dah terai. Senarai ni berdasarkan taste sis dengan suami tau. Tak tahu la taste orang lain macam mana. Sis dekat 2 tahun lebih duduk Pekan - lepasti Insyaallah berhijrah ke Perak.
Sis dengan suami jenis yang kalau tempat tu dah sedap, memang tempat tu jelah yang kami makan. Setia orang kata. Tapi kitorang terai juga lah signature makanan Kuantan. Buat syarat, sebab tak lama lagi jauh dah nak jumpa. Hehe

Let's check it out!

1) Kula Cakes

Kula Cakes adalah sangat significant untuk Kuantan. Boleh dikatakan, kalau sesiapa yang datang Kuantan, Kula Cakes ni jadi must try list. Kula Cakes ada dua cawangan, satu di Jalan Besar - ambient nya sangat sesuai untuk kaki-kaki ambil gambar. Yang dekat Jalan Besar ni kedai nya kecil je tapi disediakan tempat untuk makan di lorong sebelah kedai. Kiranya outdoor tapi tak panas sebab ada pokok-pokok. Kami mula-mula ingat nak tapau sebab lepas singgah Kula Cakes nak beli barang dapur. Tapi bila tengok background macam cantik je unutk ambil gambar, so singgah jela. Laki pun layankan je bini nak ambil gambar. Hehe

Satu lagi cawangan korang boleh type dekat google maps, Kula Cakes by Lila Wadi. Lila Wadi ni ada menyediakan makanan macam steamboat gitu kalau tak silap. Sis tak pernah pergi tapi tahu lah konsepnya begitu.

Apa yang menarik dekat Kula Cakes ni?

Ok, kek yang korang must try adalah Mango Cheese Cake. Memang rasa sesiapa yang singgah sini memang menjadi kegilaan lah Mango Cheese Cake ni. Ada juga dijual Pavlova, Creampuff, Brownies. Harga Mango Cheese Cake RM8 tak silap tak termasuk service charge. Nanti cashier akan tanya kalau korang nak tapau, untuk perjalanan jauh ke area Kuantan sahaja. Kalau perjalanan jauh, dia akan bagi ice pack tak silap.

My comment : Mango Cheese Cake is not really my favourite. I prefer blueberry cheese cake. So for me, tak begitu umpp dengan tekak. Ni pendapat sis jelah ya. Cheese nya tak cukup lemak. Tak boleh lawan SR punya cheese cake. But yeah, pendapat masing-masing. Sebab ada kawan sis cakap, Kula Cakes punya kek memang dah sedap bagi dia. So, why not give a try! Untuk kawasan makan, memang A. Suka lah. Cantik sangat untuk bergambar. hehe


Mango Cheese Cake & Cream Puff

Tempat wajib ambil gambar kalau ke sini




2) Gelora Point

Gelora Point ni kalau guna Google Maps, memang type Gelora Point je. Terus sampai ke tempat yang dituju. Kedai makan ni acah-acah terapung, tepi tasik. view nye cantik. Dan korang boleh tengok biawak jugak kalau bernasib baik. LOL. Tapi jangan takut, Insyaallah tak naik ke kedai biawak tu. Mereka seronok berenang-renang jekk..

Dekat Gelora Point ni, for me, yang sangat sangat sangaaaaaaat sedap adalah mi rebus. Mi rebus dia Johor style. Sedaaaaaaap baq ang. MUST TRY OK! Tapi kuantiti agak sedikit, kalau rasa tak cukup, order lah mi lebih.Haha

Dan yang sedap juga adalah ABJ -Ais Batu Jagung. Sangat recommended dekat sini. Ada juga menu lain. Patin masak tempoyak, chicken chop, sup utara, keropok. Tapi agak limited la. Masakan panas tak banyak sangat.

Rasanya diorang memang nak fokus dengan beberapa menu je tapi berkualiti. Gitchuuuu... Oh ya, Gelora Point ni adalah jalan menghala ke Teluk Cempedak. Jadi, boleh lah berjimba di Teluk Cempedak sesudah atau sebelum menjamu selera di kedai ini.

My Comment : VERY RECOMMENDED!!!  Nothing else to say.


Model hensem



3) Satay Zul

Kuantan memangs angat sinonim dengan Satay Zul. Satay Zul ni ada beberapa cawangan kalau tak silap. Siap ada drive thru lagi. Kami suami isteri pernah makan di Malay Town. Bukan sate sahaja yag dijual. Ada juga masakan panas. Sis order cha keaw tiau tanpa tauge. Allergic habis dengan tauge. Fikirkan tauge sahaja pun rasa pening. LOL. Suami pula order mi kari.

Mantaaaappppp uolsssss. Sedap habisssss.... Orang sekarang kata sedap namateyyyy. LOL.

Mi kari style nyonya. Cha Keaw Tiau banyak kerang, memang style Penang punyaaaa. Jadi for us, untuk masakan panas, sangat berpuas hati. Ambient kedai pula not bad, cuma cuba cari tempat duduk di luar sedikit. Sebab kalau ke dalam sangat macam panas. Agak sempit kawasan tempat duduk di dalam kedai tapi ada disediakan tempat makan outdoor juga so tak ada masalah.

Untuk sate, kami order sikit je. 5 ayam, 5 daging. Mula-mula sis fikir, cukup ke sate, sikit sangat. Sis memang hantu sate. Boleh makan sate sahaja tanpa makan benda lain. Nasib baik cukup. Haha. Suami sis dah pesan, order sikit je sebab ada makanan lain. Dan nasib baik tak order banyak sebab cha keaw tiau tu pun suami tolong habiskan.LOL

My Comment : Masakan panas yang kitorang makan tu memang tiptop. Untuk sate, pada kami, kami beri 7.5/10. Kuah kacang bagi kami tak cukup umphh macam sate Muar. Ini bukan suruh you guys tak singgah ya. Ini hanya pendapat kami. Sebab kami ada bench mark. Dah pernha makan sate dekat tempat yang lagi sedap, tu yang selalu akan compare. hehe. Tapi tak rugi untuk cuba.







4) Roti John Pekan Cheese Lelehh

Tak perlu nak terangkan panjang lebar, Tengok sahajalah gambar ini. Tak pernah lagi jumpa roti john cheese yang selambak ini cheese nya. Lokasi di Pekan ya.

Ini lokasi kedai, sis sertakan gamabr yang sis ambil daripada FB stall ni.

My Comment : Seller yang sangaaaaat peramah. Worth sangat dengan kesedapan roti john ni. Tak kedekut cheese. Sis bagi 10/10 !!!






Gambar ehsan google. tak sempat nak ambil. terus habis.haha


Selamat menjamu mencari!!!


Tuesday, August 20, 2019

Another 10 days left

Sis dan suami Insyaallah akan pindah ke Perak pada hujung bulan ni. Mengutip pengalaman baru, mengorak langkah bersesuaian dengan tuntutan menimba ilmu dan memberi peluang pada hati agar tidak disakiti. Gituuuuu...LOL.

Sis 2 tahun 1 bulan bekerja di sini. Suami pula 2 tahun 4 bulan. Pengalaman memang banyak. Peluang kerja dekat sini pun seperti satu rezeki yang Allah turunkan betul-betul semasa kami memerlukan. Sebelum bekerja di sini, kami tinggal di Kota Tinggi dan suami hampir setiap masa di tempat kerja. bukan kerja shift ya. Memang kerjanya begitu sebab kerja dengan benda hidup. Malam-malam duduk sorang dekat rumah. Tapi Alhamdulillah seminggu ada adik-adik datang teman. Kalau tak nangis lah sis sorang-sorang.

Ingat lagi masa tu, abah dengan semua nak balik kampung dah. Lepas abah balik, nangis sis. Lepas solat Zohor, suami call. Dia cakap dia dapat kerja dekat Pahang. Masa tu, sis terus call abah dan terus buat sujud syukur.

Tak sanggup sis nak duduk rumah sorang-sorang. Bukan mengada-ngada ya. Alah, mengada dengan suami sendiri takde masalah kan.


And then kami ke Perak, sebulan duduk dekat rumah taman tapi tak tahan sangat panasnya, Sis pindah ke rumah location di kampung-kampung. Alahamdulillah, sejuk je dan banyak binatang angkat sis seperti ayam, angsa, lembu, kambing, kucing, ayam api-api, beruk.

Sis masuk kerja sekali dengan suami apabila sorang kak senior ni rekemen sis dengan bos. Sebab sis bersembang dengan dia masa jamuan berbuka puasa. Katanya sis boleh buat kerja. LOL.

Sis pun terima sahaja. Alhamdulillah.


Banyak sangat dugaan bekerja di sini yang biarlah kami sahaja tahu. Sehingga membuat keputusan untuk bertukar kerja pun kerana kami ingin menjadi kuat mengharungi ujian Allah ini. Sesiapa sahaja diuji. Kami juga diuji di tempat kerja ini. Tapi kami yakin Allah Maha Tahu.

Setelah mendapat restu ibu bapa, suami menghantar notis. Dan tiada sebarang kata tolakan dari pihak atasan. Ini membuatkan hati kami semakin kuat untuk pergi.

Kami bukan tidak suka bekerja di sini. Kerja di sini sangat menyenangkan malah raka-rakan jugak menyenangkan.

Tetapi kami sangat berharap agar pihak pengurusan lebih appreciate setiap pekerja dan tidak memilih pekerja untuk dihargai.

Appreciation itu juga seperti 'gaji' untuk para pekerja.

Jadi, bagi mengelakkan gaji menjadi kurang berkat, kami membuat keputusan untuk berundur diri.

Ada juga pihak atasan yang mempersoalkan, bagaimana jika kami menyesal keluar daripada syarikat ini? Bagaimana jika syarikat yang akan kami kerja nanti tidak kukuh.

Jawapan saya : Bukan kamu yang pegang rezeki saya. Bukan sayarikat ini yang pegang rezeki saya.


Sungguh, bukan tidak takut. Mlah sangat takut jika tidak dapat adapt dengan suasana baru tapi kami  sangat memohon agar Allah lancarkan semuanya.

Allah sahaja yang berhak kami percaya.

Monday, August 19, 2019

Baru tengok On Your Wedding Day




Ok, sis baru tengok movie korea tajuk On Your Wedding Day.

Download dekat youtube je. Ada subs Indonesia. Download pun kenal Park Bo Young. Yang main actor tak kenal.
Tapi alahai. Kuat betul chemistry Park Bo Young dengan Kim Young Kwang. Young Kwang macam jadi sangat watak nakal-nakal masa sekolah. Comelll jek.

Kisah cinta dua orang ni memang comel. Young Kwang memang setiaaaaa & suka dengan Bo Young sampai akhir. Sweetttt gilaaaaaaa.......

Banyak scene sweet yang dia sanggup buat untuk perempuan ni. Menandakan dia memang tak boleh lupa dengan first sight love dia.

Lahaaiii. Sweet betulll.

Tapi sampai dah nak akhir, lelaki ni cakap perkara yang mengguris hati perempuan ni. Lepastu breakup.

Perempuan ni pergi kerja dekat Belgium. Sis ingat balik-balik couple semula lah kan, sekali tak ponnnn. That women nak kahwin dengan orang laaaiinnn. Lelaki ni tak dapat cakap apa. Sebab dia nk perempuan ni happy.

On her wedding day, lelaki ni jumpa for the last time. Dia cakap yang disebabkan this women, dia buat sehabis baik untuk masuk universiti padahal tak pernah terfikir akal pun budak nakal macam dia akan masuk uni yang femes dekat Korea. Dan dia dapat jumpa kawan-kawan for life. Disebabkan perempuan ni, dia ada hala tuju.

Dan perempuan ni pun say thanks dekat lelaki ni sebab masa dia susah, masa dia menangis etc.

Dan sis expect this women berubah hati lah kannn.. Sekali wedding dia go on je. Lelaki ni pun left the hall smbil tersenyum untuk kegembiraan perempuan ni.

Sis tak boleh haadaaaaammmmmmm. Why cant they be togetheeeeerrrrrr. Lelaki ni dah buat macam-macam untuk proof cinta dia kotttttt................

Halah halaahhhhh.....

Sis stress kejaappp...

Then sis fikir, inilah realiti kehidupan.

Happy ending for both sebenarnya.

But still.....

Pity that Young Kwang.

Saturday, August 17, 2019

Perbualan Petang Bersama Suami

Aku pernah berfikir. Aku selalu tak dapat apa yang aku paliingggg nak dalam hidup aku.

Aku dulu pernah nak dapat  keputusan cemerlang dalam SPM and then boleh jadi doktor macam mak dengan abah nak - Aku tak dapat. Aku cuma dapat 6A sahaja dalam SPM.

Aku dulu pernah nak ada kerja yang stable, supaya aku boleh bantu keluarga aku - Aku tak pernah ada kerja stable (read as : gaji besar)

Dan sekarang, aku nak sangaaat anak - Aku tak ada anak lagi selepas 3 tahun berkahwin.


Aku muhasabah diri. Aku tanya diri. Kenapa aku selalu tak dapat perkara yang aku betul-betul mahu. Sampaikan aku takut untuk terlalu berharap.

Aku kemudian fikir, kenapa aku perlu persoal perkara yang aku belum ada? Punya banyak dah yang Allah bagi dekat aku yang aku patut syukuri.


Aku cerita perkara ni dekat suami aku.


Suami bersuara - Rezeki ni bukan pada yang kita nampak sahaja. Rezeki paling besar adalah iman. Cuba Allah tarik iman kita, then macam mana kalau kita mati tanpa iman?

Aku tersentak.

Suami menambah lagi - Ada rezeki yang kita nampak macam baik tetapi musibah untuk seseorang. Contoh : Duit. Duit kita lihat sebagai sesuatu yang baik. Tapi kalau tak digunakan dengan betul, ke jalan yang betul, adakah duit itu masih lagi dikategori sebagai rezeki?
Ada pula musibah yang kita nampak menyusahkan, tetapi rezeki untuk kita. Contoh : Kereta rosak. And then perlu dibaiki & kita lihat seperti perjalanan kita menjadi lambat. Padahal Allah nak selamatkan kita daripada kemalangan di hadapan. It's depend, macam mana seseorang melihat musibah atau rezeki itu.

Aku hanya angguk.

Suami menyambung - Kita lihat pula rezeki anak. Anak ini memang kita nampak seronok punya anak. Tetapi, anak yang lahir itu, adalah amanah untuk kita. Amanah untuk kita mencorak ke jalan Islam. Macam kita apabila sudah menjadi suami isteri, isteri adalah amanah buat suami. Suami perlu pastikan solat isteri terjaga, aurat isteri terjaga. Tidak guna suami warak tetapi isteri tidak mengikut perintah Allah. Isteri tetap akan tarik bersama suami ke lembah kebinasaan.

Aku jadi takut. Aku tidak mahu suamiku ke lembah kebinasaan. Begitu juga abah yang menanggung perlakuanku sebelum aku bernikah.

Suami menyambung - Abang bukan orang baik-baik. Tapi kita perlu usaha supaya ibadah kita improve dari hari ke hari. Kalau kita tak dapat anak, kita muhasabah semula. Mungkin doa kita tak cukup, mungkin niat kita salah. Betulkan niat untuk memiliki zuriat untuk ajarkan perkara Islam.

Ya, aku memang berangan untuk memiliki zuriat yang begitu berpegang kepada ajaran Islam dan boleh memberi manfaat kepada agama.

Jujur, aku percaya aturan Allah untuk kami. Kerna aku sudah lihat banyak hikmah di sebalik tertariknya satu-satu 'nikmatku' sebelum ini.

Allah Maha Tahu

Allah Maha Baik.

Allah sebaik-baik perancang.

Hasbunallah wani'mal wakil, Wani'mal maula, Wani'mal nasir.

Alhamdulillah, aku gembira hidup seperti ini.
Bersama seorang suami yang sangat menyempurnakan hidupku.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Pinjamkan dia kepadaku dengan sedikit lama. Agar aku dapat terus berkhidmat sebagai isteri buatnya dan menjadi bidadari pujaannya di syurgaMu nanti, Insyaallah.

Tuesday, July 23, 2019

Our TTC Journey 5

Our appoinment dengan pakar sepatutnya bulan 5 tapi bulan 5 lepas, appoinment tu jatuh pada tarikh kemangkatan Former Sultan Pahang. Jadi pihak hospital  call, temu janji akan di anjak ke bulan 8. Dan sekarang bulan Julai.

Clomid yang kite consume beberapa bulan lepas tak berkesan. Allah tak izin. Mungkin Allah taknak kite fikir yang clomid tu hebat. Padahal kuasa Allah lagi hebat.

Sakit tau rasa. Bila dah menaruh harapan tapi harapan berkecai. Setiap bulan menangis. Tapi bangkit semula. Mujur ada suami yang sangat bertindak sebagai seorang suami. Sangat menyokong diri ini jauh lagi nak menyalahkan kekurangan diri ini.

2 bulan consumed clomid tapi tak mendatangkan hasil. Bulan yang pertama kite broken gile. Kunci bilik, menangis. Suami sampai nak pecahkan pintu kalau kite tak buka. Bila kite buka, kite duduk dekat bucu bilik, sambung menangis. Suami sampai menangis sekali untuk tenangkan kite. Perasaan masa tu memang macam takde harapan langsung dah. Malas nak berusaha dah. Lastly, suami usap kepala dan belakang badan sambil selawat. Baru kite rasa tenang. Seharian dekat tempat kerja rasa malas nak bercakap dengan orang.

Yang baca tapi tak merasai memang tak akan faham. Sorry to say. Ada yang maksud TTC pun tak tahu. Kadang-kadang kami tak perlukan advice pun. something like posisi nak bersama ke, makan apa yang boleh, makan apa yang tak boleh. Kdang-kadang kami tak perlu pun UNLESS kami tanya.
Sebab kami dah cukup jadi professor dah sepanjang kami berikhtiar mahu punya anak.

Jangan cakap kamu faham. Kamu tak akan faham. Sebab kamu bukan di tempat kami.


Dan....

From May until now, we not expecting. Kite sangat sangat sangat cuba untuk positif. Bulan lepas start balik try guna OPK dengan cara dan kaedah yang betul.
Tapi again, Allah mahu uji lagi. Padahal kite rasa macam positif because of certain symptom that I havent experience before.
Positif.
Allah mahu uji lagi. Kami perlu kuat.
Bulan ni, suami belikan thermometer untuk start buat BBT. Suami juga beli susu kambing untuk makan bersama kurma.

Ya Allah,
Berikanlah yang baik-baik untuk suamiku Ya Allah.
Kerana dia adalah hamba yang baik, suami yang baik, anak yang baik, anak menantu yang baik, abang yang baik, adik yang baik, cucu yang baik dan semuanya baik di mata ini.

Kite doakan diluar sana tabah menghadapi ujian Allah yang satu ini.

Kite time nasihat orang memang handal. Time kena dekat diri sendiri memang rasa broken habis.

Nak menangis, menangislah.
Tapi jangan lupa bangkit semula.

Perlu ingat setiap bulan (I remind myself also) :
Allah tak izin lagi. Allah tak izin lagi. Allah tak izin lagi.
Mesti Allah nak kurniakan yang LEBIH baik.
Mesti Allah nak kurniakan yang LAGI baik.
Sebab Allah Maha Baik. Maha Menyayangi hambaNYA yang bersabar.

-TTC for 2 years 10 months and 23 days-

Our TTC Journey 4

Disclaimer : This post written on March 2019.


28hb Februari 2019.

Kami laki bini pergi terus ke Hospital Pekan. Masa ni result darah & sperm semua kitorang dah ambil. Pergi ke Klinik Pakar. Masa pendaftaran tak ada bayaran pun. Next appoinment baru dia charge RM5. Kitorang takdelah datang awal sangat. Sebab salah department. Sepatutnya pergi Klinik Pakar tapi pergi Dewan Bersalin.LOL.

Masa hari ni, ada ujian saringan untuk isteri sahaja. Nurse timbang berat dan tinggi untuk check BMI. Berat kite naik 2kg masa niii.. 😩😩😩

Then tunggu lagi. Ada ramai juga yang menunggu untuk buat test kesuburan.Alhamdulillah kami dah setel di Klinik Kesihatan.Jadi tak perlu la nak start daripada mula. Just terus jumpa doktor.

Masuk dalam bilik doktor tu macam nervous sikit. Nak kencing pun ada. Haha. Dalam satu bilik tu ada dua doktor. Kiranya dua pesakit sekali masuk. Bilik yang kitorang masuk tu memang bilik Pakar Gynae so memang yang menghadapi masalah pregnancy je yang masuk.

So, borak-borak dengan doktor. Baik sangat doktor tu. Tak ingat nama dia apa. On that day, my blood test result ada yang tak dapat lagi. Dia call Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tahu result. Ujian darah dihantar ke sana sebab facilities cukup dekat sana.

So conclusion nya adalah :

- My progesterone level agak rendah. Tengok bawah ni. Sepatutnya pada hari ke 21, progesterone tinggi kan. Progesterone ni fungsinya untuk memudahkan lagi penempelan dekat dinding rahim. Tapi masa hari ke 21 ni, my estrogen masih lagi tinggi. So progesterone tak boleh increase.
Basically sebab pemakanan doktor cakap dan juga lifestyle.

Perempuan ni hormonal doktor cakap. Stress sikit terus efek hormon. So jangan stress sangat. Just happykan diri supaya hormon stabil.
Actually takdelah stress sangat sebenarnya tapi kadang-kadang tu adalah, yang melibatkan tempat kerja.


                                    Image result for hormone level.


- Then our kolestrol level pun agak tidak normal. jadi kena stabilkan balik lah. Sebab ini pun mempengaruhi level hormon.


- Dari segi my husband pulak, sperm test ok. FYI, sperm test ni, lelaki sepatutnya undergo this test untuk tahu pergerakan sperma, aktif ke tidak, jumlah banyak ke tidak, normal characteristics ke tidak, warnanya normal ke tidak.
And Alhamdulillah overall is okay. Cuma perlu lebih bersenam dan amalkan healthy lifestyle. Suami bukan masalah sangat since dia bukan caffein lover nor smoker.


Yang lain-lain Alhamdulillah okay. Hormon FSH & LH pun ok. Lepastu doktor scan, pun tak nampak sebarang benda asing dekat rahim. Doktor kata memang kami kena ubah lifestyle. Sebab my period pun teratur dan tak nampak bermasalah.

Jadi doktor bagi ubat clomid. Ubat ni makan semasa hari ke 4 period selama 5 hari untuk memecahkan telur. Sebab doktor syak telur kite tak pecah dengan sempurna. Dan setkan appoitment pada bulan 5 nanti in case tak pregnant lagi.

Jadi doktor bagi untuk dua cycle dulu. Kalau pregnant, boleh la cancel kan appoitment. Semoga pregnant. Amiin.

Itu jelah ceritanya. Doktor ada juga bagi tips. Seminggu masa hari ke 14 tu, banyakkan je bersama.

Baik sangat doktor tu tawwww...


Our TTC Journey 3

Disclaimer : This post wrtitten on March 2019.

Takde apa nak update. Just nak update 11/03/2019 lepas kite pergi ambil darah untuk check hormon FSH & LH. Pergi sekejap je pagi, ambil darah je.

Actually kena ambil on my 2nd day of period tapi 2nd day jatuh hari Sabtu. So datang la pada hari ke 4,which is Isnin. Mula2 tanya jugak, takpe ke kalau ambil on my 4th day sebab takut effect result kan. Tapi lab department cakap ok je. So ambil la masa tu.

Masa nak ambil darah tu, suami request untuk nurse perempuan yang ambil darah. Bukan apa, selagi boleh elak daripada dirawat dengan doc lelaki, elakkan lah. Sebab kita masih ada pilihan. Hehe

Our TTC Journey 2

Disclaimer : This post written on March 2019.

Ok, untuk post kali ni, kite nk cerita pasal pemeriksaan kesuburan untuk lawatan kedua.

Kami pergi pada 21/01/2019. Doktor decide untuk pilih date ni sebab this day is my 21st day of my menstrual day.

Kami suami isteri kali ni datang awal. Pukul 7.40 pagi dah sampai. Dapat giliran kedua. Alhamdulillah. Still kena daftar ya. Masih lagi di Klinik Peramu Pekan.

Tunggu untuk pengambilan sampel darah.

Laki kite gi dulu. Kite nebes betul lah ambil darah ni. Takut sakit. Haha.

Untuk suami, dia ambil darah 1 tabung je. Untuk cek kolestrol antaranya yang saya tahu. Tak delah tabung besar, kecil je. Untuk isteri, 3 tabung. Untuk cek kolestrol & 2 lagi apa benda entah. Berkenaan dengan hormon tak silap. Kite memang nebes. Cakap dekat nurse tu kite takut. Nasib nurse tu baik. Dia suruh rileks je. Ada jugak nurse tu tanya, berapa lama dah kawin & bila kite bagitau 2 tahun lebih, dia cakap, awal lagi. Hoho.awal ke?

Sekejap je proses. Lepas ambil darah, hantar dekat makmal. Lepas sebulan, datang semula untuk ambil result darah.

Kitorang ambil time slip. Membuktikan datang klinik untuk tujuan rawatan & boleh bagi HR untuk rekod. Minta je time slip. Memudahkan urusan.

Lepas tu, kitorang pergi Hospital Pekan. Lawatan sebelum ni, doktor dah bagi surat kepada suami saya untuk hantar sampel air mani kepada Hospital Pekan. So alang-alang, kami terus je pergi.

Perkara ni penting ya untuk suami isteri tahu masalah sebenar. Jangan mendongak dengan ego masing-masing. Kalau kita tahu masalah kita, kita dapat cari rawatan.

So laki kite ok je untuk buat pemeriksaan air mani. Basically, minggu lepas yang kitorang buat lawatan pertama tu, doktor kan dah bagi surat awal-awal. Doktor dah terang kan yang kami perlu 'berpuasa' untuk bersama selama 5-7 hari bagi membolehkan pemeriksaan ni dijalankan.

Laki kite duduk sorang-sorang dalam bilik tu, lepastu kena buat apa yang patut lah untuk dapatkan sampel air mani tu.faham sendiri jelah kan kena buat apa.

But Alhamdulillah everything going smoothly. Datang awal, dapat giliran awal. Dekat Hospital Pekan pun tak ramai orang.

Dan Alhamdulillah  doktor dekat Klinik Peramu dah set our appointment dengan Pakar O&G dekaf Hospital Pekan next month. Alhamdulillah. Agak cepat sebenarnya proses. Sebab my friend, dia tungguk dok tunggu, tak call2 pon doktor untuk set appointment. So dia nak pergi semula.

So, you guys pun boleh terai ya. Jangan lupa doakan kami!

Our TTC Journey 1

Disclaimer : This post written on March 2019.

Ok, kali ni nak kongsi kami suami isteri pergi ke klinik untuk rawatan kesuburan. Well, we all dah 2 tahun 6 bulan kahwin. Belum ada rezeki zuriat. We are okay tapi mestilah nak ada anak kan. Siapa tak nak zuriat. Kebetulan, officemate, bercerita, dia pernah jalani ujian kesuburan di klinik terdekat. Kite pun teruk ajak laki kite pergi. Sebab macam motivated.

Sebelum ni bukan taknak pergi tapi tak tahu cara & takut kalau charges mahal. Bukan taknak melabur untuk conceive, tapi ada lagi perkara lain yang kami perlu dahulukan. FYI, my laki ada call Klinik Sejahtera Kuantan. Klinik ni adalah klinik untuk kesuburan, perancangan keluarga etc. Tapi orang yang jawab panggilan my laki ni cakap, sample tak akan di diagnose di situ. Jadi, baik kami pergi klinik kerajaan since masa menunggu sama je.

Ok, kami pergi pada 23/01/2019. Kami pergi Klinik Kesihatan Peramu, Pekan. Pergi awal pagi untuk dapat giliran awal sebab kami keluar waktu bekerja aka tak cuti. Pukul 7.45 pagi dah sampai. Pergi kaunter pendaftaran, letak IC then tunggu.

Atendan akan panggil nama & bagi nombor giliran untuk kite & laki kite. Bayaran RM1 seorang. Kami perlu buat saringan dulu sebelum berjumlah doktor. Ada nurse yang akan check blood pressure.

Selepas itu, baru lah menunggu untuk dipanggil masuk ke bilik doktor. Masa ni tunggu lama sikit.

Masa dah dipanggil masuk, kami masuk berdua. Doktor mula-mula interview suami kite. Ada penyakit keturunan tak, kerja berisiko tak, cek pakai stetescope(entah betul ke tak eja). Oh, tak lupa jugak timbang berat & tinggi untuk kira BMI.

Lepastu baru interview kite pulak. Untuk isteri, biasanya dia akan tanya pasal mestrual cycle. Then, dia scan untuk tengok kalau-kalau ada cyst ke fibroid ke.

Alhamdulillah, kite takde benda2 tu semua.

Masa kite datang klinik ni, adalah hari ke 15 mestrual cycle kite.

So doktor cakap, salah satu cara untuk conceive yang we both boleh buat naturally adalah turunkan berat badan. Wakakakaka.

Doktor aturkan untuk mengambil sampel darah pada hari ke 21 my mestrual cycle. Jadinya 29/01/2019. Suami pun kena ambil sample darah jugak.

Basically, takdelah renyah sangat. Kami habis dalam pukul 10.30 pagi tak silap. Tapi kena datang awal la untuk giliran awal.

Soooo. Sesiapa yang masih takut-takut nak pergi sebab procedure ke charges ke, boleh la pergi ya.

Tak lah susah mana pun. Pergi klinik kesihatan terdekat je. Jangan pergi klinik desa. Klinik desa takde untuk ambil sample darah semua.

Goodluck gais! And doakan kami juga!

Saturday, January 12, 2019

Mengapa aku masih tidak bersyukur?

2 tahun 4 bulan berkahwin. Belum dikurniakan zuriat.

Tipu cakap tak sedih.

Tipu cakap takde perasaan tengok anak org lain.

Tipu tak kecil hati orang dok tanya seolah kami yang mengelak dari punya anak.


Tapi apa kami boleh buat?

Takkan hari2 kami nak mengeluh. Takkan hari2 nak merintih sedangkan cukup banyak nikmat yang kami sudah punya??

Di kala ada rakan yang suami panas baran, aku punyai suami yang sangat bertoleransi.

Di kala ada kenalan yang suaminya tidak peduli hal rumah tangga, aku punyai suami yang tidak malu mengambil alih tugasku membasuh baju, menyidai baju, menyapu rumah, mengemop lantai malah memasak untukku sesekali.

Di kala ada pasangan berkahwin hanyut dengan dunia, aku punyai suami yang sentiasa mengimami solatku, yang mengejut Subuh ku & suami yang memimpin aku ke jalan Syurga.


Cuma aku yang kadang tidak menitipkan syukur punya suami sesempurna ini. Akulah yang selalu menangisi mengapa kami masih belum punya zuriat.

Sedangkan rezeki ku sudah melimpah ruah Allah beri.

Suami yang sempurna.

Ibu bapa yang penyayang.

Ibu bapa mentua yang menyokong.

Adik beradik kandung & ipar yang rapat.

Kawan-kawan yang saling mendukung.

Keluarga yang prihatin.

Rumah untuk berlindung.

Kereta untuk bergerak.

Duit untuk dimanfaatkan.

Dan banyak lagi yang tidak terhitung.......



Dan mengapa aku masih meratapi nasib & menbandingkan rezeki? 😔

Friday, January 11, 2019

Catatan Pengalaman Sebagai Seorang Cikgu

Tergerak nak cerita pengalaman menjadi seorang guru.

(I used 'saya' lah ya since macam luahan perasaan 😅)

Ok, saya pernah menjadi guru di 7 buah tempat, yang suasananya lain-lain, juga latar belakangnya lain-lain.


💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞

Pengalaman pertama saya mengajar di pusat tuisyen di Kepong. Saya letak nama AATC. Saya tak cari pun part time masa ni tapi semasa saya nak bayar makanan yang saya beli di sebuah kedai, pengurus tuition centre ni offer in case saya nak income tepi. Lepas terima pendapat sesetengah pihak, saya pun accept. Ok, challenge nya bekerja di tuition centre, kena ikut peraturan yang dah ditetapkan lah of course. Kelakar bila ingat balik, kalau duduk floor bawah berdekatan pintu, cikgu tak boleh duduk selama sejam. Macam sekolah government pulak. Then budak2 tidak boleh dimarah sangat. Manje beno lah gitu wehhh. Dekat sinilah yang saya rasa pelajarnya paling tidak menghormati guru. Dan memilih untuk menghormati guru mana. Saya ingat lagi, saya quit after 3 month kerja dekat situ. Sebab perlu tukar kerja ke Hulu Langat. Jauh taw Hulu Langat - Kepong. Nak dijadikan cerita, saya perlu datang sendiri ke Kepong untuk ambil gaji saya tu, apa lah salahnya tolong bank in kan. Kawan saya yang quit balik Perlis pun burn gitu je gaji. Ok, sambung. Saya masuk2 tu, saya buka pintu grill. Ada pelajar yang pandang tapi sorang pun tak tolong buka pintu. Then pengurus ni cakap, cikgu korang datang ni, salam lah. Baru sorang2 salam. Rasa macam terhina pun ada. Then kami ke bilik pengurus. Dia bagi gaji then dia beritahu penilaian pelajar mengenai saya. Katanya saya tak passionate, tak well prepared, dan macam2. Dan keputusan mereka katanya jatuh sebab saya. Oh well, aku yang ajar Add Math bab Function yang mudah tu sepatah-sepatah kot, siap buat short note. Aku yang salah ke kau yang MALAS? Eh geram pulak ingat balik. Then pengurus tu kata ada satu kelas drjh 4, cikgu baru gang handle, pelajarnya semua meningkat subjek Math. Sekali lagi, aku yang ajar diorang macam mana nak kira hasil tolak pakai jari. Saya masa tu panas gile rasa. Pengurus tu jugak cakap,

 "saya sengaja tengok, ada tak pelajar datang sambut awak. Sebab sebelum ni, cikgu lama datang melawat, diorang sambut, peluk-peluk."

~Aku heran ke pelajar macam tu peluk aku?? ~

Masa nak balik tu, saya terus keluar. Budak2 tu nak salam, I said its okay & terus blah. Ok kesimpulannya, saya pernah berhadapan dengan pelajar tak beradab & pengurus yang juga tak beradab. Konon motto tuition centre, bukan A dalam akademik sahaja yang dikejar, malah A dalam sahsiah. Like, puih! Ops, sorry.


💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞


Pengalaman kedua mengajar di sebuah tahfiz di Hulu Langat. I can say it MTRASS. Saya duduk asrama semasa mengajar di sini. Mula2 memang canggung dan saya rasa boleh ke nak survive. Diri tak baik sangat. Tapi yeah, Allah tolong. Tapi lama jugak dapat adapt dekat sini. Maklumlah, manja. Lol. Dekat sini kenal kawan2 yang hebat. Dekat sini juga saya khatam Al-Quran dengan 100% berguru. Disini saya mengajar subjek Sains & BI untuk drjh 5, Tingkatan 1 & Tingkatan 2. Seronok mengajar disini. Pelajarnya hormat guru. Bergurau tu memang lah ada tapi tetap menghormati guru. Saya dikenali dengan cikgu hanger. Sebab sesiapa yang tak siapkan kerja akan kena hanger. Jadi, budak takdelah lemau nau. Oh, sebelum tu, saya dah minta kebenaran dr pengetua ya nak rotan2 ni. Masa ni lah, saya dapat hadiah untuk hari guru. For the first time in myy liifeeeee. Happy macam apa. Lol. Tapi ada juga terkecik hati dengan student tapi dorang datang minta maaf. Pernah sekali, saya handle pt3 sejarah. Diorang sepatutnya datang untuk kelas tambahan. Sekali yang lelaki semua tiduurrrrr. Lepas berbuka puasa, diorang minta maaf dr luar dapur. Berulang kali sampai start solat terawikh. A bit touched jugak la kan. Tak berhenti diorang ulang, mintak maaf cikgu, mintak maaf cikgu. Dengan student muslimah pun saya rapat. Masa kahwin pun ada yang kirim hadiah melalui ustazah yang hadir pada majlis saya. Cabaran memang lah ada kan. Biasalah. Bercanggah pendapat sikit dengan cikgu2, haha. Tapi sekarang Alhamdulillah dah ok. Silaturrahim pun masih lagi diteruskan. Jadi, sy memang suka berada di tempat kedua saya mengajar ni.




💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞



Tempat ketiga saya mengajar di sebuah tahfiz di Segamat, Johor. Namanya PTSDI. Saya mula2 apply kerja dekat SMI Johor tapi nama saya masuk KIV list. Kebetulan PTSDI mencari seorang guru BI, so seorang Ustaz ni beri nama saya pd tahfiz ini. Beberapa hari sebelum majlis tunang saya dia call & jika saya setuju, pihak tahfiz akan call sy pula dalam masa terdekat. And yes, of course setuju. Sebab saya aim nak dekat sikit kerja dari kampung. KL perjalanan 4-5 jam. Segamat 2 jam je. Semasa hari pertunangan, beberapa minit sebelum pihak lelaki sampai, pihak tahfiz call & aturkan interview. Its not really called interview sebenarnya. Dia macam 'jumpa kenal2' sebab dia memang aim nak hired me. Perasan plak. Lol. So awal january 2016 saya kerja. Seriously, tak dapat adapt. Saya ada masalah nak adapt dengan persekitaran baru sebenarnya. Dekat tahfiz sebelum ni, peraturan untuk saya (cikgu) tak ketat. Tapi dekat Segamat ni, saya 'dipaksa' untuk berubah. Tapi baguslah kan. Takkan nak tunjuk contoh tak baik kpda students. But time flies, memang seronok sangat. Ada pula kawan yang sama ting tong. Lol. Selalu belikan makanan sesedap. Haha. Rasa best tau bila students kita nampak ada perubahan. Kalau saya marah studens, ada lah nanti nota2 terselit dekat bawah pintu tanda minta maaf. Sweet sangaaddddd. Kalau hujung minggu saya akan atur kerja kepada pelajar muslimat. Selalunya lepas Subuh saya ajak diorang beriadah. Kadang2 main netball. Kadang2 main musang & ayam. Dan saya jadi musangnya. Mrngah cikgu ni haa. Kadang2 jogging keliling court netball. Court netball tu pun saya cat sendiri dengan pelajar. Haha. Senget benget la hai. Takpe. Janji boleh main. Haha. Then lepastu kitorang akan solat dhuha & sarapan. Lepastu berkebun. Banyak la bunga, pokok yang kitorang tanam dengan taman astakona tu (i gave this name. Haha). Alahai, rindunya you guys. Disini ada majlis hari guru bersama guru2 ABIM. Masa nyanyi lagu Kami Guru Malaysia tu, saya sebak gileeeee. Rasa macam sedihhh dengan lagu tu. Too many to write about PTSDI here. I just love to be there. Saya di sana selama setahun dan selepas itu, berpindah kerana mengikut suami. Hubungan kami masih kekal sehingga sekarang malah dah macam adik beradik (I mean dengan kawan yang saya cakap selalu belikan saya makanan tu. Haha). Kadang-kadang saya akan ke Segamat. Kalau ke sana, pelajar yang kenal, diorang akan peluk saya macam saya rasa tak pijak tanah. Subhanallah thank you Allah kerana berikan saya rasa indah ini. Saya dengan pelajar memang rapat. Pelajar muslimin siap tunggu luar office nak jumpa saya. Sebelum beredar saya akan beri sedikit tazkirah (read : bebelan). Soooo. Akarnya ialah ADAB. Kau pergi mana pun, guru mesti kau HORMAT. Tak kiralah kau budak BANDAR ke LUAR BANDAR ke. Dannnn. Kalau kau tak dapat flying colours, jangan mudah2 salahkan cikgu kau. Check, solat jaga tak. Ibu bapa, hormat tak. Cikgu, beradab ke tak. Simple.




💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞



Then saya pindah ke Kota Tinggi, kami suami isteri buka home tuition. Pelajar tak ramai pun. Ada 2 orang pelajar PT3, 1 orang pelajar darjah 5,1 orang pelajar darjah 4,1 orang pelajar tadika & 1 orang pelajar SPM. Tapi Alhamdulillah, dapat topap perbelanjaan since suami ada masalah gaji dengan syarikat dia masa tu. Mula2 tak plan pun nak buka tuition centre sendiri tapi seorang ibu pelajar ni, I called her Kak Nor, saya kenal semasa berjemaah di surau. Dia datang rumah kalau2 saya nak buat kelas untuk anak dia. Dari situ lah pelajar2 yang lain juga join. Mereka saya anggap sbg adik sahaja. Alhamdulillah  semua menghormati kami suami isteri walaupun kami bahasakan Abg & Kakak je, bukan cikgu. Ingat lagi, kami sempat ajar sebulan je & suami dapat tawaran kerja di Pekan, Pahang. Ada ibu pelajar yang datang rumah beri buah tangan sebelum kami berpindah. Touched sangaaattt. Sampai sekarang, ada lagi ibu pelajar yang contact dengan saya, cerita pasal perkembangan anak dia. Seronok kan, silaturrahim tak terputus.



💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞


Sebelum saya pindah ke Pekan, saya dapat offer kerja part time di tahfiz di Pekan. I called MATAF. Gaji dibayar mengikut jam. Konsepnya yang bayar gaji saya adalah sebuah agensi yang mencari guru tuisyen. Agak renyah tau sebab kene hantar bukti saya dtg. Tapi yelah, saya pun faham. Pelajar di MATAF agak exciting sebenarnya. Saya ajar BI. Pembelajaran bukan exam oriented. Jadi saya banyak buat game & activities yang membolehkan diorang kuasai English even sikit demi sikit. Kerjasama memang memberangsangkan walaupun ada seorang dua yang malas. Diorang pun selalu cerita masalah diorang. Jadi macam rapat walaupun tak lama saya mengajar. Ustaz2 nya pun senang berurusan. Dan sekali lagi, saya jumpa je pelajar yang BERADAB walaupun mengajar hanya seketika dan juga mereka ini tak belajar akademik pun. betul lah, orang yang menjaga Al-Quran dalam dirinya akan mencerminkan akhlaknya.



💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞




Apabila saya dah masuk kerja sebagai kerani, saya juga buat part time di tuition centre pada waktu malam, DUAF. Dekat sini lagi sempoi, bayaran RM14 sejam, kalau saya dah datang tapi pelajar tak boleh dtg, dia bagi separuh. Bila kerja dekat sini, baru saya perasan, masa dekat AATC, gaji RM5 sejam, sikit betul. Pengurus dekat DUAF ni pun terkejut. Dan saya baru tahu rate tu murah sebenarnya. Ok, dekat sini, pelajarnya kena pandai attract. Sebab background nya bukanlah keluarga yang mengutamakan pelajaran walaupun duduk di kawasan bandar. Kena buat pertandingan bercerita, games, english talent night tapi berorientasikan peperiksaan. Ada sekali tu, budak naik atas (bangunan kedai tempat ni), dia cakap, lambat sikit e cikgu nak makan mekdi.

~Eh kau, suka hati je. Dengan datang lambat, ada hati nak naik lambat lagi sebab nak makan mekdi. ~
Then diorang naik tu, saya buat tak tahu je. Diorang tanya, saya buat tak tahu smp habis kelas. Saya buat diorang macam tak wujud. Tapi diorangvtak keluar kelas pun. Duduk diam je. Then, next week nya, awal lagi dr saya diorang datang. Well, budak sekarang memang kena guna reverse psychology kan. Kalau asyik marah je, salahkan cikgu pulak. Manja naauuuuu. Akhir tahun 2017, saya quit sebab plan dengan husband nak buka tuition centre sendiri.



💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞



Dannnn. Terakhir sekali.... Currently, kami suami isteri buka tuition centre sendiri. Tak besar pun. Buat pun dekat rumah je. Start akhir tahun 2017. Daripada pelajar 3 orang, jadi dua orang, jadi seorang, lepastu 3 org, lepastu 4 orang, lepastu 3 orang, lepastu 4 orang, lepastu 6 orang sampailah yang 6 orang ni habis UPSR. Alhamdulillah. Salah seorang dapat masuk MRSM (I just received WhatsApp from her mother today). Yang lain pun keputusan memberangsangkan cuma ramai yang kecewa tak boleh masuk asrama. Its ok anak2 sekalian. Cikgu 4A pun tak dapat mana2 asrama penuh. Hehe. Ok, pelajar 2018 berganti orang tapi kami tetap mengajar. Mula2 tertekan juga sebab sorang je, rasa tak berbaloi. Lepastu ibu pelajar ni merayu untuk kami ajar anak dia. Pelajar ni pun terus murung bila kami decide nak stop kelas. Tapi setelah difikir semula, kesian nak hancurkan pengharapan seorang ayah & ibu, kami pun terus buat sampailah dpt 6 org students tu. Sebelum UPSR, kami ada anjurkan solat hajat & jamuan di rumah kami. Terharu sangat masa ni. Ada ibu bapa yang buat agar2, ada yang bagi kek. Kitorang buat nasi ayam & beli kek je. Lepastu jadi banyak makanan dengan pelajar bawa. Alhamdulillah. Pelajar yang saya cerita tadi, yang murung bila kami nak stop kelas, dia bawa kek & tulis nota. Terima kasih cikgu, sayang cikgu. Ya Allah. Sebab tulah saya suka jadi cikgu. Masa salam pun dia nak nangis & peluk saya. Cikgu2 sentiasa doakan yang terbaik untuk semua students cikgu.



💞    💞    💞   ðŸ’ž   ðŸ’ž   ðŸ’ž    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞    💞



Itulah serba sebanyak pengalaman mengajar saya. Saya tahu tak sebanyak guru yang memang kerja hakiki doa seorang guru. Tapi suka saya simlulkan bahawa betapa pentingnya menghormati seorang guru. Pernah dulu, masa saya darjah 5,saya kenal dengan seorang senior darjah 6. Kakak ni cantik, pandai, macam cukup pakej tapi selalu nganjing, perli cikgu sains. Tapi result dia masa percubaan mmg top. Saya pernah dengar kawan dia dari kelas lain beritahu markah sains dia, 80 markah. Dia cakap,

"alah sikitnya. "

~Me like whaattttt. Aku nak dapat 70 pun struggle. ~

Lepastu saya dapat tahu masa UPSR dia dapat C untuk sains. Ramai cikgu yang cakap termasuk mak dia sendiri (cikgu dekat sekolah tu) dia tu tak minta maaf betul dekat cikgu dia. Jadi, nampak tak betapa pentingnya restu ilmu seorang guru??


Okay, cukup banyak dah kot kan. Haha. Till next time bila rajin. Haha. Bai.