Friday, September 23, 2016

Tempah hotel di atas talian. Mana satu memudahkan???

Assalamualaikum.....


Disebabkan kitorang tengah merancang dalam rancangan secara terancang untuk trip seterusnya, tak best la pulak biarkan blog ni sunyi balik. So aku akan review which website untuk tempahan hotel atas talian yang aku guna selama ni.

Aku bukanlah dah bertahun-tahun guna khidmat web tempahan hotel atas talian ni. So kalau dikira aku masih lagi amatur kalau nak dibandingkan dengan traveler lain yang dah pergi bermacam tempat.

Ada 3 web untuk tempahan hotel atas talian yang aku rasa femes dekat Malaysia ni. Trivago, Agoda dan booking.com. Ada lagi, namanya Traveloka tak silap. Traveloka ni aku tak pernah guna lagi.

Aku gune khidmat tempahan hotel atas talian awal tahun ni. Semua aku guna khidmat Agoda. Memang puas hati. Sangat mesra pengguna.


Aku pernah try Trivago. Trivago ni website yang compare harga hotel di beberapa website. So korang boleh pilih which one yang murah. Aku tak comfortable guna Trivago sebab aku perlu buka another website. Kadang-kadang dengan advertisement bagai. Sangat membazir masa dan tenaga aku. Dan sebagai pengguna data yang jimat cermat orangnya, sememangnya aku akan fikir mengenai penggunaan data aku.





Then booking.com. Lebih kurang macam Agoda juga. Kadang-kadang harga bilik korang boleh dapat lagi murah melalui booking.com. Tapi dekat booking.com ni tak semua tempahan korang boleh freely cancelled. Jadi, nak tempah boleh, cuma kena tengok freely cancelled ke tak. Bagi aku benda ni penting sebab kekadang kita ni ada jugak last minute tukar destination kan. Tapi kadang-kadang rezeki jugak. Macam aku ada tempah bilik hari tu dekat booking.com, sepatutnya deduct daripada akaun aku. Dijadikan cerita aku tak pergi ke sana. So redha jela dia deduct pun. Then petang tu dia call untuk tanya kitorang jadi check-in ke tak. Bila informed tak jadi check-in situ, dia cakap tak payah bayar. Alhamdulillah, selamat duit. 
But still, aku ragu-ragu sikit la dengan sistem booking.com ni sebab sepatutnya the payment must be deducted at least 3 days before. Takut kalau booking aku not properly secured.





Agoda setakat ni memang sangat memudahkan aku. Kalau guna Agoda Apps yang dimuat turun daripada Play Store lagi mudah. Memang sangat banyak pilihan dan range harga rendah sampai tinggi. Bayaran menggunakan debit card. Kalau guna Agoda Apps, korang boleh save terus debit card yang korang guna setiap kali nak buat tempahan. Mudah, tak perlu asyik kena reconfirm je masa nak buat pembayaran. Then Agoda ni jelas, dia akan state bila dia akan buat payment daripada akaun bank kita. Biasanya 5 hari sebelum check-in. Korang boleh pilih 'pay now' atau 'pay later' semasa booking. Aku prefer 'pay later', in case aku berubah fikiran. 

Agoda akan bagi invoice payment dekat emel korang. So masa nak check-in, tunjuk je terus dekat front desk invoice tu, tak perlu print. Ada hotel yang lagi mudah, dia suruh sebutkan saja refence number, atau lagi mudah sebut nama je.
Agoda ni bukan terhad dekat Malaysia je. Even aku pernah survey dekat Mekah, pun ada.




Jadi, gunakanlah kemudahan di hujung jari yang ada. Jangan lah guna Internet untuk update moment dekat wechat je. Haha.
Well, itu sahajalah perkongsian aku untuk sesiapa yang kurang tahu. Tapi aku pasti generasi sekrang cukup mahir dengan perkara ni semua. Tapi apa salahnya berkongsi pengalam, ye dokk??

Orite! Chiau!

Bulan 11 ni Encik Suami nak bawa pergi jalan jalan Pantai Timur! Hoyeahh!

Tuesday, September 20, 2016

#Trip1 (Part 3)

Assalamualaikum guyssssssss......

Heksaited pulak ber blogging sebab dah lama tak menulis. Sooooo, last post aku pasal our 1st and 2nd day, so in this post, aku akan cuba habiskan trip kitorang kali ni. Kalau banhak sangat part orang menyampah pulak kang. Haha. Tapi tengok la dulu, kalau panjang sangat aku sambung next part. Hehe.

16.9.16

9.00 am
Kitorang bergerak menuju ke Muar daripada hotel. Destinasi kitorang adalah Stesen Bas Bentayan, Muar. Kitorang sampai lebih kurang jam 10.15 am. Kitorang sarapan dekat kedai makan betul bawah jejantas berhadapan stesen bas. Maknanya seberang jalan dengan stesen bas. Dekat luar kedai ni ada orang bakar sate. This is Johor ok, pepagi dah bakar sate. Haha.
Aku makan soto ayam, suami makan mee rebus. Then order sate 20 cucuk. Suami memula nak makan nasi lemak tapi habis. Mana tak nye, datang time orang dah nak lunch. Oh btw, kedai ni kecik tapi ramai pelanggan. Kalau korang sabar, kena la tunggu sekejap untuk dapatkan meja kosong.
Total makan dekat sini RM25 termasuk air.

Dekat tempat kitorang letak kereta ni ada jeti, dapatmla snap guna camera tab yang tak seberapa ni. Bergerak-gerak sementara nak isi perut dengan makanan lain. Haha.

Kitorang lepas tu misi mencari murtabak cheese. Katanya Murtabak Tanah Melayu kat Jalan Khalidi best. Gigih la kitorang cari sekali gerai tu tak buka lagi. Pukul 5 baru buka. Gerai nya kecik je. Tapi memang femes la setahu aku.
Then kitorang teruskan jenjalan menyinggah di Wetex Parade. Niat nak cari baju tapi tak ada yang sesuai. So kitorang pun masuk kedai buku. Aku nak cari buku unuk mengajar, suami pun sama untuk plan kelas tuisyen dia. Teringat kenangan outing dengan Best3 dekat wetex ni ha. Lepastu outing dengan Ainun masa matrik. Suami pulak teringat dia outing dengan kawan baik dia. Haha.

Tak puas berjalan dekat Wetex, singgah pulak kat Giant seberang sungai tu. Besar lah hai Giant ni. Nak masuk ke store dia tu punya jauh nak jalan. Kat sini dapat beli baju pastu beli air mineral. Dan tak lupa aiskrim murah yang selalu jual dekat luar Giant tu, RM1.50 satu.

2.00 pm
Kami pergi ke kedai Murtabak Singapore, dekat Tanjung Agas, berdekatan SM Sains Muar. Ada tiga harga, RM7, RM10 dan RM15. Kami beli bungkus yang RM10, bersesuaim untuk makan berdua. Then kami bawa murtabak tu, ke kedai mi bandung. Sambil tunggu mi bandung, kami makan dulu murtabak tu. Lepas hajat suami aku nak makan murtabak. Haha.
Aku dan suami sama-sama order Mi Bandung Special dan Air Sirap Limau. Sedap gilaaassss mi bandung diaaa. Harga semangkuk RM15, ada 4 ekor udang. Kalau mi bandung biasa RM5 jek. Sedap korangggg. Try laaaa. Nama kedai ni Kedai Special Mi Bandung Udang Galah Muo Ori. Total cost makan dekat sini RM33.
Then kitorang cari CC untuk print out tiket wayang tapi tak hade pulakksss.

2.40 pm
Kami berhenti solat di Stesen Minyak Shell berhadapan SM Sains Muar. Mungkin sebab stesen minyak ni kecil je so surau campur lelaki dan perempuan. So aku dan suami kunci pintu dari dalam sekejap semasa kitorang solat.

3.15 pm
Bergerak ke Melaka semula melalui Lebuhray AMJ dan menuju ke AEON Bandaraya Melaka. Aku tempah tiket wayang online je daripada GSC Movies. Mudah. Kitorang tengok anime One Piece Gold. Dedua memang peminat One Piece. Haha

4.10 pm
Sampai di AEON. Alhamdulillah senang dapat parking. Park dekat luar jek. Tu pon dah penuh. Dalam tak tahu la camne. Sampai dekat cinema kitorang terus pergi kaunter e-paymeny untuk collect ticket. So tak payah beratur dah. Sebut je nombor reference then dapat. Mudah kan? Tinggal beli popcorn je sebelum masuk tu. Beli combo large popcorn + 2 mineral water. Then tambal meatball.

4.30
Movie One Piece startttt... Best...lagi best bila dapat spend time dengan yang terchenta. Hoho

6.30 pm
Movie pun habis dan kitorang pun jenjalan kat kedai anime dan cari baju suami dekat FOS dan Padini. Tengah sale masa ni sempena Hari Malaysia. Baju suami RM39/2 pcs dan belikan sehelai lagi dekat adik gemok aku.

7.45 pm
Kitorang mengisi perut dekat food court. Suami makan Nasi Goreng Pataya Special. Komen beliau adalah telur dadar nipis sangat dan kuah extra banjir, tak sama macam dalam gambar. Harusla tak sama abang, teknik marketing semuaaa tuuu. Haha. Aku pulak makan Fried Chicken Chop with Blackpepper Sos. Dan komen aku, bolehlah dari takde. Haha. Then ada tambahan Spagetti Bolognese yang dikongsi bersama. Oklaaaa jugak dia taruk ayam cincang dan kuah dia maybe tertumpah tomato puri. Hoho

8.50 pm
Kitorang gerak balik. Walaupun Melaka tak besar, tetap buka Google Map. Again, GPS buat hal! Aku pun bagi jela arahan dekat suami manually.

9.15 pm
Sampai hotel. Fuuhhhh. Kepenatannnnn.

Sambung jelah ek for the next day. Since last day tak banyak nak celoteh ponggg.

17.9.16

9.45 am
Menuju ke Muo. Nak jumpa Fahmi, adik suami. Suami tertinggal barang dekat rumah so suruh adik dia bawa sekali.

11.00 am
Kitorang makan dekat kedai bersebelahan Stesen Bas Bentayan. Kecik jek kedainya tapi sedap. Aku makan lontong ayam dengan tauhu sembat. Suami makan nasi lemak ayam dan Fahmi makan nasi putih lauk ayam. Lotong memang besttt. Total cost makan kat sini RM.

11.45 am
Sebelum gerak ke Kluang, kitorang cari box putih tu sebab plan nak beli kupang. Jauh masuk ke dalam kedainya. Alhamdulillah, jumpa. Beli kupang 2 kilo. Sekilo RM8. Segar suami aku kata. Aku mana lah tahu. Haha. Then beli siput sedut RM10 seplastik. Gerai hala ke Lebuhraya Utara-Selatan.

12.30 pm
Barulahhh bergerak ke Kluang melalui yol Pagoh, exit tol Ayer Hitam dan menuju ke rumah makngah.

2.38 pm
Sampai di rumah makngah. Sebelum sampai rumah makngah tu, suami ada cakap nanti nak beli petai, nak minta abah masakkan sambal petai. Dia pun dah suka sambal petai abah padahal sebelum ni mana makan petai. Haha. Sekali hidang lauk kat rumah makngah, makngah pulak buat sambal petai. Rezekiiiiii sangaaattttt uollssss. Alhamdulillah.

5.00 pm
Lepas solat jamak takhir, kami pun bergerak daripada rumah makngah menuju ke rumah atok.

7.00 pm
Barula sampai di rumah atok. Alhamdulillah. Allah permudah trip kami yang tak seberapa ni.

Banyak plan yang tak jadi. Kitorang taw yang kitorang hanya merancang, yang menentukan jadi atau tak adalah di atas sana.

So bila dihitung, minyak yang digunakan sepanjang perjalanan adalah RM120 sahajaaaa. Kesimpulannya, pakailah kereta jimat minyak. Haha. Tol Kuala Terengganu-Gambang =RM. Dan tol Pagoh-Ayer Hitam=RM.

Total cost tak termasuk shopping adalah::
Minyak kereta =
Tol =
Makanan =
KESELURUHAN =

#Trip1 (Part 2)

Assalamualaikum.

Hoyeahhh. Aku nak teruskan untuk next part of our trip. Post lepas aku dah cerita our first day.

So here is the stories for our second day.

16.9.16

8.07 am
Kami check-out daripada hotel Place2Stay, Gong Badak. Pepagi laki bini dah lapar. Melantak kek beli dekat Ziq Bakery dulu sambil bersiap. Haha. So destinasi sarapan kami adalah kedai makan Hot Hot. Hot Hot ni memang kira macam tempat lepak masa aku belajar dulu. Kat sini jugak aku dan suami aku singgah untuk sarapan masa dia temankan aku interview beberapa tahun lepas. Again, nak mengenang memori lama lah kononnye :p
Lokasinya berdekatan Lapangan Terbang kuala Terengganu, betul betul di simpang tiga traffic light.
Dekat sini standard menu untuk sarapan ada. Nasik lemak, roti canai, kuih muih. Tapi takde nasi dagang since aku pun kureng nasi dagang ni.
Aku order roti canai sardin dan suami order roti canai telur. Lepastu suami order nasi lemak telur satu pinggan. Sekali lagi, tadah mulut je suami tercinta suapkan :p
Adehhhh. Lapar pulak ingat nasi lemak sambil taip entry nihhh.
After that, kami bergerak ke Pasar Payang. Abah ada minta belikan barang dekat situ. Kalau pergi Pasar Payang ni, better korang try jugak cakap dialek sana. Kalau tak, kemungkinan harga melambung. So masa beli, aku diam aje. Suami yang tawar menawar. Hehe. Aku beli kain batik lepas 1, kain batik berjahit 2, baju kelawar cantik 1, seluar pelikat 1, kain pelikat 1. Total semua ialah RM145.
Dekat luar Pasar Payang ada banyak gerai. Aku paw durian crepe daripada suami dengan air milo. Suami jugak beli buah duku. Duku ke langsat nta. Durian crepe dengan air tu RM dan duku/langsat tu RM/kilo. Suami beli setengah kilo.

10.52 am
Kami bergerak menuju ke LPT 2 menuju ke Melaka. Mengantuk nye la weyhhh. Dekat tengah jalan suami tukar drive dengan aku. Kesian pulak tahan mengantuk. Nak tahan kononnye taknak bagi aku drive. Aku pulak yang paksa. Nak marah tak boleh pulak kan, suami. Haha. Aku drive sampai keluar tol Gambang. Sebab kalan lepastu satu lane, aku takut nak memotong lori-lori. So suami sambung drive afer that.

2.14 pm
Kami sampai di Muadzam Shah. Singgah solat di masjid yang dekat Bandar Satelit tu. Masjid ni masjid baru. Selesa temoat solatnya. Cuma aku tak berapa setuju dengan tempat wuduknya. Laluan tempat wuduk muslimat masjid ni terbuka. Tempat lalu lalang muslimin, pernah sekali satu family lepak depan tempat wuduk muslimat. Memang bilik wuduk bertutup tapi bila dah ramai dekat situ, muslimat kena lah pakai stokin daripada dalam bilik wuduk.
Lepas solat jamak, kami mengisi perut di KFC dekat dekat situ. Ada juga kedai makan. Tapi aku prefer KFC. Jumpa pula kawan suami aku dekat KFC tu.

3.20 pm
Kami bergerak ke Melaka melalui Jalan Gemas. Sesaattttt ok... GPS buat gila pulak, tak boleh detect location. Elak kena hempas je tab ni. Kalau ikut Google Map, kitorang sepatutnya lalu jalan Palong Utama tapi dah terlepas simpang, kitorang lalu lah jalan Bandar Seri Jempol. Aku dah stress dah dengan GPS  tu tak detect. Nasik ade suami yang tolong redakan kemarahan. Tapi kan, jalan kitorang lalu tu masuk felda semua. Aku pun wonder, betul ke jalan kitorang lalu ni. Bila dah nampak signboards show bandar bandar dekat Melaka, lega sangat kitorang rasa. Sebab rasa macam jaub sangat perjalanan. Mungkin banyak sangat pokok tanya khabar. Haha

6.30 pm
Check in Grand CT Hotel. Kitorang plan malam tu nak cari nearby pasar malam tapi disebabkan perjalanan yang jauh dan kepenatan, kami beli je makanan dekat kedai makan depan hotel.
Suami beli nasi goreng ayam merah, aku beli mee goreng mamak. Then add on otak-otak 10 pcs, burger 1, dan tauhu bakar. Makanannya not bad cuma tauhu bakar pelik lah rasa dia. Tak tahu nak desribe macam mana tapi aku yang peminat tauhu ni pun makan beberapa ketul jek. Total harga makanan ialah RM23.
Depan hotel ni jugak ada kedai serbaneka, G Mart dan Hola Cafe. Kata receptionist hotel, halal tapi aku tak berani nak masuk.
Keadaan hotel sangat memuaskan. Aku bagi 4.8/5 bintang. Siap ada sediakan berus gigi uolssss. Cuma tv macam nak taknak je siarannya. Haha.

Itu jelah untuk hari ini. Tak pergi mana pun malam. Lepak dekat bilik jek.

Ok, till the next part!

Monday, September 19, 2016

#Trip1 (Part 1)

Assalamualaikum.

Okayh, dah boleh lah kita masuk ke tujuan sebenar blog ni, about travelling. Tapi, kitorang ni travel takdelah bermewah. Orang kata tu, sekadar yang termampu. Kitorang tak ada spent too much pada benda yang tak perlu. Dannnnn, apa yang ditekankan dalam trip kitorang adalah makanan yang significant on that place.

So, kitorang start travel on 14.9.2016.

Pagi tu, aku dan suami pergi merewang dulu dekat rumah saudara suami aku sampai tengah hari. Best jugak rewang dekat Terengganu ni, walaupun ada bahasa yang aku tak faham. Haha. Makanan nya best, ayam percik, gulai kawah, solok lada, lepastu ada buah labu yang disira dengan gula. Rare beb.

2.07 pm
Kami bergerak keluar daripada rumah parent suami di Besut. Suami drive ikut jalan pantai. Dekat tengah jalan, suami berhenti dekat kedai Keropok Kuala Setiu. Kalau korang lalu ikut jalan pantai ke Kuala Terengganu memang akan lalu kedai ni. Lokasinya di Gong Batu. Suami beli keropok lekor goreng RM5. Tak cukup katanya kalau beli sikit. Haha. Not bad la keropok dekat sini. Aku selalu beli dekat Merang. Yang dekat Gong Batu ni lagi sedap la. Mungkin sebab suami yang suggest beli keropok dekat situ. Chia chia chia!
Then kitorang singgah dekat rumah arwah Pak Manap. Arwah ni rapat dengan aku masa aku kerja dekat Setiu dulu. Memang mak abah pun kenal Pak Manap ni. Aku nak makan apa je, mesti dia buat. I mean, dia suruh isteri dia buat. Datang rumah dia, berborak dengan Makcik (isteri arwah) lama jugak. Part dia cerita macam mana Pak Manap meninggal, berkaca mata dia, aku tak tahu nak response macam mana. Cepat-cepat aku tukar topik supaya Makcik tak terus sedih.

5.20 pm
Kitorang check in di Hotel Place2Stay, Gong Badak. Lokasi di Dataran Austin, berdekatan dengan Mydin Gong Badak. Oh ya, sebelum check in, kitorang beli kek dekat Ziq Bakery (this is our fav bakery), lokasinya depan sikit daripada Unisza, harga RM16. Sambung, pintu hotel ni cam hidden sikit. Kecik je, sebelah Hari Hari. Harga satu malam ialah RM68/night. Aku tempah thru Agoda jek. Dekat front desk tu aku tengok harga dari RM48 (single bed). Not bad la hotel ni. Lokasi strategik,banyak kedai, dobi. Mydin pun walking distance. Keadaan bilik 4.7/5, bilik new condition cuma bilik aku air air-cond nya menitik. Tapi tak kena barang or katil ke apa la.

6.10 pm
Kitorang gerak ke Pantai Teluk Ketapang untuk mencari sesuap sotong celop tepung. Haha. Harga standard sotong celop tepung dan udang celop tepung kat sini RM6 sepinggan. Aku pi bantai order 3 pinggan sotong, 2 pinggan udang. Banyak kan? Haha. Semuanya nafsuuuuuuuu. Tak habis okayhhh. Tapau bawak balik hotel. Haha. Total makan dekat situ RM37 sekali dengan air kelapa dan Air Batu Jagung.

Then kitorang gi jalan dekat Mydin. Beli kelengkapan sikit. Plan nak makan western malam tu, tapi sebab dah agak sengkak, makan dekat Mydin food court jek. Order bakso pulak tu. Haha. Tapi semangkuk jek. Kongsi dengan suami. Suami yang suap, aku tadah mulut jek. Haha. Total RM8 campur air.

After that, kitorang pergi laundry and basuh baju. Sambil tunggu baju siap, pergi menghabiskan duit dekat Muaz Textiles. Ada ok Muaz Textiles dekat Terengganu. Habis la duit laki aku lepas nih. Haha. Belikan 2 tudung dekat adik and grab satu jubah untuk aku. Total harga RM54.

Lepas baju dah siap, maka kami pun naiklah bilik dengan baju yang masih panas. Aku pon jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.... iaitu melipat baju.

Panjang kan Day 1? Haha.

baca next post untuk next day ya!

Pengembaraan bermula!

Assalamualaikum guys!

Pengembaraan kami sebagai suami isteri sudah bermula.

Alhamdulillah, selamat diijabkabul pada 9.9.16 dengan sekali lafaz. Hebat Encik Suami walaupun nervous. Sampai homestay petang tu sebelum nikah, adik-adik kata, masam je muka. Haha. But, you make it, abang.

Sekarang, dia lah pelindung aku, pengganti abah dan adik lelaki aku. Semoga tabah melayan kerenah sayangmu yang macam-macam ni. Hehe.

Dan Alhamdulillah juga Allah melancarkan dan mencukupkan majlis di kedua belah pihak. Terima kasih Ya Allah. Sekarang ni dah ada dua keluarga yang perlu aku jaga hati mereka. Semoga aku bisa menyayangi mereka semua seperti keluargaku sendiri. :)

Semoga cinta kita sampai syurga. Amiin.