Friday, September 23, 2016

Tempah hotel di atas talian. Mana satu memudahkan???

Assalamualaikum.....


Disebabkan kitorang tengah merancang dalam rancangan secara terancang untuk trip seterusnya, tak best la pulak biarkan blog ni sunyi balik. So aku akan review which website untuk tempahan hotel atas talian yang aku guna selama ni.

Aku bukanlah dah bertahun-tahun guna khidmat web tempahan hotel atas talian ni. So kalau dikira aku masih lagi amatur kalau nak dibandingkan dengan traveler lain yang dah pergi bermacam tempat.

Ada 3 web untuk tempahan hotel atas talian yang aku rasa femes dekat Malaysia ni. Trivago, Agoda dan booking.com. Ada lagi, namanya Traveloka tak silap. Traveloka ni aku tak pernah guna lagi.

Aku gune khidmat tempahan hotel atas talian awal tahun ni. Semua aku guna khidmat Agoda. Memang puas hati. Sangat mesra pengguna.


Aku pernah try Trivago. Trivago ni website yang compare harga hotel di beberapa website. So korang boleh pilih which one yang murah. Aku tak comfortable guna Trivago sebab aku perlu buka another website. Kadang-kadang dengan advertisement bagai. Sangat membazir masa dan tenaga aku. Dan sebagai pengguna data yang jimat cermat orangnya, sememangnya aku akan fikir mengenai penggunaan data aku.





Then booking.com. Lebih kurang macam Agoda juga. Kadang-kadang harga bilik korang boleh dapat lagi murah melalui booking.com. Tapi dekat booking.com ni tak semua tempahan korang boleh freely cancelled. Jadi, nak tempah boleh, cuma kena tengok freely cancelled ke tak. Bagi aku benda ni penting sebab kekadang kita ni ada jugak last minute tukar destination kan. Tapi kadang-kadang rezeki jugak. Macam aku ada tempah bilik hari tu dekat booking.com, sepatutnya deduct daripada akaun aku. Dijadikan cerita aku tak pergi ke sana. So redha jela dia deduct pun. Then petang tu dia call untuk tanya kitorang jadi check-in ke tak. Bila informed tak jadi check-in situ, dia cakap tak payah bayar. Alhamdulillah, selamat duit. 
But still, aku ragu-ragu sikit la dengan sistem booking.com ni sebab sepatutnya the payment must be deducted at least 3 days before. Takut kalau booking aku not properly secured.





Agoda setakat ni memang sangat memudahkan aku. Kalau guna Agoda Apps yang dimuat turun daripada Play Store lagi mudah. Memang sangat banyak pilihan dan range harga rendah sampai tinggi. Bayaran menggunakan debit card. Kalau guna Agoda Apps, korang boleh save terus debit card yang korang guna setiap kali nak buat tempahan. Mudah, tak perlu asyik kena reconfirm je masa nak buat pembayaran. Then Agoda ni jelas, dia akan state bila dia akan buat payment daripada akaun bank kita. Biasanya 5 hari sebelum check-in. Korang boleh pilih 'pay now' atau 'pay later' semasa booking. Aku prefer 'pay later', in case aku berubah fikiran. 

Agoda akan bagi invoice payment dekat emel korang. So masa nak check-in, tunjuk je terus dekat front desk invoice tu, tak perlu print. Ada hotel yang lagi mudah, dia suruh sebutkan saja refence number, atau lagi mudah sebut nama je.
Agoda ni bukan terhad dekat Malaysia je. Even aku pernah survey dekat Mekah, pun ada.




Jadi, gunakanlah kemudahan di hujung jari yang ada. Jangan lah guna Internet untuk update moment dekat wechat je. Haha.
Well, itu sahajalah perkongsian aku untuk sesiapa yang kurang tahu. Tapi aku pasti generasi sekrang cukup mahir dengan perkara ni semua. Tapi apa salahnya berkongsi pengalam, ye dokk??

Orite! Chiau!

Bulan 11 ni Encik Suami nak bawa pergi jalan jalan Pantai Timur! Hoyeahh!

No comments:

Post a Comment