Assalamualaikum guyssssssss......
Heksaited pulak ber blogging sebab dah lama tak menulis. Sooooo, last post aku pasal our 1st and 2nd day, so in this post, aku akan cuba habiskan trip kitorang kali ni. Kalau banhak sangat part orang menyampah pulak kang. Haha. Tapi tengok la dulu, kalau panjang sangat aku sambung next part. Hehe.
16.9.16
9.00 am
Kitorang bergerak menuju ke Muar daripada hotel. Destinasi kitorang adalah Stesen Bas Bentayan, Muar. Kitorang sampai lebih kurang jam 10.15 am. Kitorang sarapan dekat kedai makan betul bawah jejantas berhadapan stesen bas. Maknanya seberang jalan dengan stesen bas. Dekat luar kedai ni ada orang bakar sate. This is Johor ok, pepagi dah bakar sate. Haha.
Aku makan soto ayam, suami makan mee rebus. Then order sate 20 cucuk. Suami memula nak makan nasi lemak tapi habis. Mana tak nye, datang time orang dah nak lunch. Oh btw, kedai ni kecik tapi ramai pelanggan. Kalau korang sabar, kena la tunggu sekejap untuk dapatkan meja kosong.
Total makan dekat sini RM25 termasuk air.
Dekat tempat kitorang letak kereta ni ada jeti, dapatmla snap guna camera tab yang tak seberapa ni. Bergerak-gerak sementara nak isi perut dengan makanan lain. Haha.
Kitorang lepas tu misi mencari murtabak cheese. Katanya Murtabak Tanah Melayu kat Jalan Khalidi best. Gigih la kitorang cari sekali gerai tu tak buka lagi. Pukul 5 baru buka. Gerai nya kecik je. Tapi memang femes la setahu aku.
Then kitorang teruskan jenjalan menyinggah di Wetex Parade. Niat nak cari baju tapi tak ada yang sesuai. So kitorang pun masuk kedai buku. Aku nak cari buku unuk mengajar, suami pun sama untuk plan kelas tuisyen dia. Teringat kenangan outing dengan Best3 dekat wetex ni ha. Lepastu outing dengan Ainun masa matrik. Suami pulak teringat dia outing dengan kawan baik dia. Haha.
Tak puas berjalan dekat Wetex, singgah pulak kat Giant seberang sungai tu. Besar lah hai Giant ni. Nak masuk ke store dia tu punya jauh nak jalan. Kat sini dapat beli baju pastu beli air mineral. Dan tak lupa aiskrim murah yang selalu jual dekat luar Giant tu, RM1.50 satu.
2.00 pm
Kami pergi ke kedai Murtabak Singapore, dekat Tanjung Agas, berdekatan SM Sains Muar. Ada tiga harga, RM7, RM10 dan RM15. Kami beli bungkus yang RM10, bersesuaim untuk makan berdua. Then kami bawa murtabak tu, ke kedai mi bandung. Sambil tunggu mi bandung, kami makan dulu murtabak tu. Lepas hajat suami aku nak makan murtabak. Haha.
Aku dan suami sama-sama order Mi Bandung Special dan Air Sirap Limau. Sedap gilaaassss mi bandung diaaa. Harga semangkuk RM15, ada 4 ekor udang. Kalau mi bandung biasa RM5 jek. Sedap korangggg. Try laaaa. Nama kedai ni Kedai Special Mi Bandung Udang Galah Muo Ori. Total cost makan dekat sini RM33.
Then kitorang cari CC untuk print out tiket wayang tapi tak hade pulakksss.
2.40 pm
Kami berhenti solat di Stesen Minyak Shell berhadapan SM Sains Muar. Mungkin sebab stesen minyak ni kecil je so surau campur lelaki dan perempuan. So aku dan suami kunci pintu dari dalam sekejap semasa kitorang solat.
3.15 pm
Bergerak ke Melaka semula melalui Lebuhray AMJ dan menuju ke AEON Bandaraya Melaka. Aku tempah tiket wayang online je daripada GSC Movies. Mudah. Kitorang tengok anime One Piece Gold. Dedua memang peminat One Piece. Haha
4.10 pm
Sampai di AEON. Alhamdulillah senang dapat parking. Park dekat luar jek. Tu pon dah penuh. Dalam tak tahu la camne. Sampai dekat cinema kitorang terus pergi kaunter e-paymeny untuk collect ticket. So tak payah beratur dah. Sebut je nombor reference then dapat. Mudah kan? Tinggal beli popcorn je sebelum masuk tu. Beli combo large popcorn + 2 mineral water. Then tambal meatball.
4.30
Movie One Piece startttt... Best...lagi best bila dapat spend time dengan yang terchenta. Hoho
6.30 pm
Movie pun habis dan kitorang pun jenjalan kat kedai anime dan cari baju suami dekat FOS dan Padini. Tengah sale masa ni sempena Hari Malaysia. Baju suami RM39/2 pcs dan belikan sehelai lagi dekat adik gemok aku.
7.45 pm
Kitorang mengisi perut dekat food court. Suami makan Nasi Goreng Pataya Special. Komen beliau adalah telur dadar nipis sangat dan kuah extra banjir, tak sama macam dalam gambar. Harusla tak sama abang, teknik marketing semuaaa tuuu. Haha. Aku pulak makan Fried Chicken Chop with Blackpepper Sos. Dan komen aku, bolehlah dari takde. Haha. Then ada tambahan Spagetti Bolognese yang dikongsi bersama. Oklaaaa jugak dia taruk ayam cincang dan kuah dia maybe tertumpah tomato puri. Hoho
8.50 pm
Kitorang gerak balik. Walaupun Melaka tak besar, tetap buka Google Map. Again, GPS buat hal! Aku pun bagi jela arahan dekat suami manually.
9.15 pm
Sampai hotel. Fuuhhhh. Kepenatannnnn.
Sambung jelah ek for the next day. Since last day tak banyak nak celoteh ponggg.
17.9.16
9.45 am
Menuju ke Muo. Nak jumpa Fahmi, adik suami. Suami tertinggal barang dekat rumah so suruh adik dia bawa sekali.
11.00 am
Kitorang makan dekat kedai bersebelahan Stesen Bas Bentayan. Kecik jek kedainya tapi sedap. Aku makan lontong ayam dengan tauhu sembat. Suami makan nasi lemak ayam dan Fahmi makan nasi putih lauk ayam. Lotong memang besttt. Total cost makan kat sini RM.
11.45 am
Sebelum gerak ke Kluang, kitorang cari box putih tu sebab plan nak beli kupang. Jauh masuk ke dalam kedainya. Alhamdulillah, jumpa. Beli kupang 2 kilo. Sekilo RM8. Segar suami aku kata. Aku mana lah tahu. Haha. Then beli siput sedut RM10 seplastik. Gerai hala ke Lebuhraya Utara-Selatan.
12.30 pm
Barulahhh bergerak ke Kluang melalui yol Pagoh, exit tol Ayer Hitam dan menuju ke rumah makngah.
2.38 pm
Sampai di rumah makngah. Sebelum sampai rumah makngah tu, suami ada cakap nanti nak beli petai, nak minta abah masakkan sambal petai. Dia pun dah suka sambal petai abah padahal sebelum ni mana makan petai. Haha. Sekali hidang lauk kat rumah makngah, makngah pulak buat sambal petai. Rezekiiiiii sangaaattttt uollssss. Alhamdulillah.
5.00 pm
Lepas solat jamak takhir, kami pun bergerak daripada rumah makngah menuju ke rumah atok.
7.00 pm
Barula sampai di rumah atok. Alhamdulillah. Allah permudah trip kami yang tak seberapa ni.
Banyak plan yang tak jadi. Kitorang taw yang kitorang hanya merancang, yang menentukan jadi atau tak adalah di atas sana.
So bila dihitung, minyak yang digunakan sepanjang perjalanan adalah RM120 sahajaaaa. Kesimpulannya, pakailah kereta jimat minyak. Haha. Tol Kuala Terengganu-Gambang =RM. Dan tol Pagoh-Ayer Hitam=RM.
Total cost tak termasuk shopping adalah::
Minyak kereta =
Tol =
Makanan =
KESELURUHAN =
No comments:
Post a Comment