Monday, September 19, 2016

#Trip1 (Part 1)

Assalamualaikum.

Okayh, dah boleh lah kita masuk ke tujuan sebenar blog ni, about travelling. Tapi, kitorang ni travel takdelah bermewah. Orang kata tu, sekadar yang termampu. Kitorang tak ada spent too much pada benda yang tak perlu. Dannnnn, apa yang ditekankan dalam trip kitorang adalah makanan yang significant on that place.

So, kitorang start travel on 14.9.2016.

Pagi tu, aku dan suami pergi merewang dulu dekat rumah saudara suami aku sampai tengah hari. Best jugak rewang dekat Terengganu ni, walaupun ada bahasa yang aku tak faham. Haha. Makanan nya best, ayam percik, gulai kawah, solok lada, lepastu ada buah labu yang disira dengan gula. Rare beb.

2.07 pm
Kami bergerak keluar daripada rumah parent suami di Besut. Suami drive ikut jalan pantai. Dekat tengah jalan, suami berhenti dekat kedai Keropok Kuala Setiu. Kalau korang lalu ikut jalan pantai ke Kuala Terengganu memang akan lalu kedai ni. Lokasinya di Gong Batu. Suami beli keropok lekor goreng RM5. Tak cukup katanya kalau beli sikit. Haha. Not bad la keropok dekat sini. Aku selalu beli dekat Merang. Yang dekat Gong Batu ni lagi sedap la. Mungkin sebab suami yang suggest beli keropok dekat situ. Chia chia chia!
Then kitorang singgah dekat rumah arwah Pak Manap. Arwah ni rapat dengan aku masa aku kerja dekat Setiu dulu. Memang mak abah pun kenal Pak Manap ni. Aku nak makan apa je, mesti dia buat. I mean, dia suruh isteri dia buat. Datang rumah dia, berborak dengan Makcik (isteri arwah) lama jugak. Part dia cerita macam mana Pak Manap meninggal, berkaca mata dia, aku tak tahu nak response macam mana. Cepat-cepat aku tukar topik supaya Makcik tak terus sedih.

5.20 pm
Kitorang check in di Hotel Place2Stay, Gong Badak. Lokasi di Dataran Austin, berdekatan dengan Mydin Gong Badak. Oh ya, sebelum check in, kitorang beli kek dekat Ziq Bakery (this is our fav bakery), lokasinya depan sikit daripada Unisza, harga RM16. Sambung, pintu hotel ni cam hidden sikit. Kecik je, sebelah Hari Hari. Harga satu malam ialah RM68/night. Aku tempah thru Agoda jek. Dekat front desk tu aku tengok harga dari RM48 (single bed). Not bad la hotel ni. Lokasi strategik,banyak kedai, dobi. Mydin pun walking distance. Keadaan bilik 4.7/5, bilik new condition cuma bilik aku air air-cond nya menitik. Tapi tak kena barang or katil ke apa la.

6.10 pm
Kitorang gerak ke Pantai Teluk Ketapang untuk mencari sesuap sotong celop tepung. Haha. Harga standard sotong celop tepung dan udang celop tepung kat sini RM6 sepinggan. Aku pi bantai order 3 pinggan sotong, 2 pinggan udang. Banyak kan? Haha. Semuanya nafsuuuuuuuu. Tak habis okayhhh. Tapau bawak balik hotel. Haha. Total makan dekat situ RM37 sekali dengan air kelapa dan Air Batu Jagung.

Then kitorang gi jalan dekat Mydin. Beli kelengkapan sikit. Plan nak makan western malam tu, tapi sebab dah agak sengkak, makan dekat Mydin food court jek. Order bakso pulak tu. Haha. Tapi semangkuk jek. Kongsi dengan suami. Suami yang suap, aku tadah mulut jek. Haha. Total RM8 campur air.

After that, kitorang pergi laundry and basuh baju. Sambil tunggu baju siap, pergi menghabiskan duit dekat Muaz Textiles. Ada ok Muaz Textiles dekat Terengganu. Habis la duit laki aku lepas nih. Haha. Belikan 2 tudung dekat adik and grab satu jubah untuk aku. Total harga RM54.

Lepas baju dah siap, maka kami pun naiklah bilik dengan baju yang masih panas. Aku pon jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.... iaitu melipat baju.

Panjang kan Day 1? Haha.

baca next post untuk next day ya!

No comments:

Post a Comment