Wednesday, October 31, 2018
2019 is approaching!
Pagi ni dapat calendar 2019 dari purchasing department, Edy. Saje tulis nama dia. Takut nanti2 lupa. Lol.
Cantik kalender 2019. But its only 2 month left before 2019. Apa yang sudah dicapai pada 2018???
Kadang-kadang kita tak plan pun apa yang terjadi pada 2018 ni. Not kadang-kadang, but most of them. Sebab, ye lah kan, kita hanya merancang, Allah lah pemilik segala kekuasaan.
For me, not expect pun pada akhir tahun 2018 ini, we still did not have child. Padahal masa sebelum kahwin lagi, itulah impian yang paling besar dan yang paling kite mahu. But again, Allah yang memiliki segala kekuasaan.
Even though tiada lagi rezeki zuriat, Alhamdulillah banyaaaakkkk sangat nikmat-nikmat yang Allah sudah kurnia kepada keluarga kecil kami. Untuk diri kite yang kerdil ini, bersyukur sangat punya suami yang sangaaaaat awesome. Yang mengejutkan setiap Subuh kite, yang mengimamkan setiap solat kite, yang mengajak menuju ke majlis ilmu, yang sentiasa memberi semangat dan yang segalanya terbaik buat dia. Dialah suami terbaik. Alhamdulillah.
Juga punya mak abah yang sentiasa menanti kepulangan kite. Dan juga ayah & mek (mentua) yang menjadikan kite sebagai anak sendiri. Alhamdulillah Ya Allah. Tak semua punya nikmat sebegini.
Memang, rezeki kita berbeza. Selalu kite ingatkan pada diri supaya mensyukuri rezeki yang Allah bagi. Jangan bandingkan rezeki orang yang dapat lebih tapi bandinglah dengan orang yang kekurangan rezeki dari kita. Insyaallah syukur akan menyusuri.
Nikmat paling besar yang Alhamdulillah kite sangat syukuri adalah Allah detikkan hati ini untuk memperlihatkan aurat hanya untuk suami. Kite sentiasa berdoa agar orang yang kite sayang, orang yang kite kenali dikurniakan hidayah yang sama. Amiin.
Juga, nikmat kesihatan yang tak dapat disangkal lagi. Alhamdulillah, mampu menjalani ibadah dengan sempurna fizikal.
Ok, untuk memori, what I'd achieve sepanjang 2018 (berbaki 2 bulan) :
1) Membaiki silaturrahim
2) Bercuti ke utara dengan family (impian abah & mak)
3) Buat surprise untuk husband's birthday
4) Berkongsi ilmu dengan tuition students
5) Anjurkan Family Day The Othman's
6) ........ Apa entah lagi. Macam sikit je yang dicapaiπ π π
Dan what I want to achieve for 2019 (bergantung kepada keadaan semasa. Mungkin berubah-ubah. Hoho)
1) Berikhtiar untuk zuriat (sentiasa)
2) Usha tempat untuk sambung belajar
3) Simpan duit untuk umrah (yes, not yet menyimpan π )
4) Bawa family mertua bercuti
5) Menjadi isteri yang lebih solehah
6) Deco rumah tema pink putih!
7) Buat mini garden
Dannnnnn kite harap sangat dapat happykan lagi banyakkk hati.
Tuesday, October 30, 2018
Sarapan Roti Titap
Harini request dengan husband nak roti titap. Mesti ramai yang tak tahu kewujudan roti ni. Tapi memanggg besttttt. Laki kite cakap roti titap ni femes dekat Kelantan.
Sesiapa yang suka telur separuh masak, atau telur kuning cair tu memang in dengan rasa dia.
Ni je bahan dia.
Semua laki kite yang sediakan. Roti dia bakar dengan butter. Telur tu, dia didihkan air pastu tutup api then masukkan telur & tutup periuk. Biar dalam 5 min. Memang purfeectttttt telurnya nanti.
Simple jeee. Tapi memang jadi my favourite lagi2 laki yang buat. Hehe.

Letak atas penutup tupperware je uolsss. Makan dekat office laki bini π |
Simple jeee. Tapi memang jadi my favourite lagi2 laki yang buat. Hehe.
Monday, October 29, 2018
D'Laman Western Cuisine, Pekan, Pahang.
Last week kitorang laki bini terai makain dekat D'Laman ni. 2 tahun lebih dah duduk Pekan. Baru inilah first time nak try kebetulan tekak nak makan westernπ
Sebab laki bini jenis kalau dah suka makan dekat satu tempat tu, takde nak cari tempat lain dah. Lagipun tak selalu makan dekat luar. Kalau beli dekat luar pun, kedai biasa2 & pasar malam je.
Kedai ni buka pukul 6 petang. Kedai ni agak femes la dekat Pekan ni. Dia buat dekat laman rumah dia je. Sebab tu panggil D'Laman je. Nak masuk ke kedai ni agak mengelirukan.
Decoration restaurant ni agak menarik. Macam hipster sikit.
D'Laman Western Cuisine boleh pergi link ni in case nak tengok location.
So this is our order.
Kitorang order Chicken Chop & Garlic Bread with Mushrooms Soup.
Review jujur : Ini tekak kami ya. Plating memang cun as you can see. Nampak menyelerakan. The ayam was good. Blackpepper sauce was awesome. Kentang tu ok la kan, dah memang kentang tu sedap. Ayamnya for me was average. Tapi mungkin worth dengan harga RM8.50. Ayamnya macam banyak tepung dari isi. Tapi it was ok, masak dalam & crispy cuma for me isinya kecil. Coslow tu ok tapi tak berapa kena dengan tekak. Roti tu kite tak makan pu sebab rasa tak kena dengan coslow tu.
Garlic bread was awesomeee. Mushroom soup as well. Sedapppp. Nasib laki I tak suka. Boleh makan banyak sikit π
Total kitorang makan RM26. Oh lupa, ada kek jugak ya kat sini. Selain Chicken Chop ada juga western food yang lain. Ada jugak Nasi Lemah Chicken Chop.
Sebenarnya we all ada restaurant yang jadi our favourite kalau untuk western cuisine ni, ddkat Segamat. So selama makan western dekat Pekan ni, memang tak ada lagi yang capai tahap dekat Segamat tu.
Next time kalau kitorang gi sana, kitorang share ok.
Kesimpulan : Worth to try sebab boleh share sini. Hehe.

View dari parking kereta |
View dr parking kereta ke jalan utama |
View dari dalam restaurant |
Belah kiri tu jalan masuk ke restaurant ni. Kecik je jalannya. |
Decoration restaurant ni agak menarik. Macam hipster sikit.
Guna khemah je. Simple but brilliant. |
D'Laman Western Cuisine boleh pergi link ni in case nak tengok location.
So this is our order.
Kitorang order Chicken Chop & Garlic Bread with Mushrooms Soup.
Review jujur : Ini tekak kami ya. Plating memang cun as you can see. Nampak menyelerakan. The ayam was good. Blackpepper sauce was awesome. Kentang tu ok la kan, dah memang kentang tu sedap. Ayamnya for me was average. Tapi mungkin worth dengan harga RM8.50. Ayamnya macam banyak tepung dari isi. Tapi it was ok, masak dalam & crispy cuma for me isinya kecil. Coslow tu ok tapi tak berapa kena dengan tekak. Roti tu kite tak makan pu sebab rasa tak kena dengan coslow tu.
Garlic bread was awesomeee. Mushroom soup as well. Sedapppp. Nasib laki I tak suka. Boleh makan banyak sikit π
Total kitorang makan RM26. Oh lupa, ada kek jugak ya kat sini. Selain Chicken Chop ada juga western food yang lain. Ada jugak Nasi Lemah Chicken Chop.
Sebenarnya we all ada restaurant yang jadi our favourite kalau untuk western cuisine ni, ddkat Segamat. So selama makan western dekat Pekan ni, memang tak ada lagi yang capai tahap dekat Segamat tu.
Next time kalau kitorang gi sana, kitorang share ok.
Kesimpulan : Worth to try sebab boleh share sini. Hehe.
Sunday, October 28, 2018
Resepi Cookies Choc Chip Step By Step Sukatan Cawan
Dah mula malas dah nak update blog. Lol. Padahal banyak je benda yang nak cerita. Ok, kali ni kite nak kongsi buat cookies. Kite ambil resepi dari youtube Anna Olson. Memang best resepi ni. Dia tak crispy macam Chipsmore tapi dia crispy outside and soft inside. Yummehhh.
Kite memang dah lama nak buat cookies ni sebab kekonon nak sediakan kudapan sendiri. Ok, lets check out the recepi.
Resepi Cookies Chocolate Chip Step By Step
Bahan:
1) 1/2 cawan Butter
2) 3/4 cawan brown sugar
3) 1/4 cawan gula pasir
4) 1 biji telur
5) 1 sudu esen vanilla
4) 1 1/4 cawan tepung gandum (ayak)
5) 2 sudu besar tepung jagung (ayak)
6) 1 sudu besar baking powder (ayak)
7) 1 cawan chocolate chip
8) 1 cawan badam hiris (bakar dulu 5min/180°C)
9) 1/2 cawan rolled oat (bakar dulu 5min/180°C)
Methodology :
1) Campur butter, gula pasir & brown sugar/gula perang. Gaul pakai spatula/senduk jekkk.
Sampai rupa mereka begini |
2) Masukkan telur dan esen vanilla.
4) Boleh la masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder. Ayak dulu tepung tu. Bagi texture nya smooth.
5) Kemudian, boleh la tambahkan choc chip, badam & aot. Oat tu optional, ikut la nak tambah ke tak. Tapi acah2 nak sihat tu, letak la π . Lagi satu, boleh je kalau korang nak tambah sikit amount choc chip, badam & oat ni. Tapi dinasihatkan jangan banyak sangat choc chip, takut terlebih manis, tak best plak.
6) Kemudian, bentukkan bulat2. Ikut resepi Anna Olson, dia masukkan dulu dalam peti so masa bakar tu, bentuknya konsisten. So, itu yang kite buat.
7) Masuk dalam peti tu lebih kurang 1/2 jam. Then keluarkan cookies yang nak dibakar. Lebihannya masuk semula dalam peti. Jangan letak banyak sangat cookies dalam satu tray. Sebab dia akan macam cair dari bentuk bulat tu. You know what I mean kan π . Ok, bakar dalam oven untuk 165°C selama 20 min. Depends pada oven masing2 ya dan jugak saiz cookies. Buat dulu untuk 15 min. Kalau tak masak lagi, baru tambah ke 20 minit. Okeyhhhh.
Kite buat 6 cookies je satu tray. Ni 5 cookies sbb last batch. |
Taraaaaaa!! Jadilahhhh cookies ineeyhhhhhh...
Make sire sejukkan dulu cookies ni, baru masuk dalam bekas kedap udara.
Selamat mecuba tawan2!
Tuesday, October 23, 2018
Cerpen - Sweet ke Annoying? - Bahagian 6 (Akhir)
Seawal tujuh pagi Norman telah pergi ke rumah Pak Manap. Terkejut suami isteri itu menerima kunjungan awal daripada Norman. Norman menyatakan hasratnya untuk mengajak Taha ke Lata Cangkah, kawasan sungai yang tidak jauh dari situ kerana dia sudah tidak ingat jalan ke sana. Mereka mahu melakukan pengambaran di sana.
"Taha kadang gi gok sane ngang saing die. Kang, bang?"
"Ye doh tu. Nok gi maso bile? Tido lagi tu." Pak Manap tersenyum. Norman lega dengan persetujuan mereka suami isteri.
"Pukul sembilang sabboh doh."
"Bawok makanang mende gi sane?" Tanya Mak Mah.
"Kite racang singgah beli ja mokcik."
Setelah berbincang, Mak Mah bersetuju untuk menyediakan makanan untuk mereka. Dia akan menyediakan nasi lemak dan ayam yang diperap untuk dibakar.
Begitulah Pak Manap dan Mak Mah. Tidak pernah lokek berkongsi rezeki mereka.
Lata Cangkah terletak kira-kira 45 minit perjalanan daripada Chalet Pandan Laut. Tempatnya tidak sesak seperti Lata Tembakah. Ianya jauh dari kota dan amat menenangkan. Mereka semua meyusuri trek untuk menuju ke sudut yang agak privasi. Sesudah sampai, mereka meyusun atur makanan dan menghidupkan api untuk membakar ayam.
Selepas menjamah kuih yang dibeli, mereka semua terjun ke sungai kecuali Bob dan Azhar . Mereka tidak melepaskan peluang untuk merakam kegembiraan mereka bermain air sambil membakar ayam. Bermula dari mereka sampai tadi, rakaman telah dimulakan. Mereka juga telah merakam Azza yang memeberi penerangan ringkas mengenai Lata Cangkah tadi.
"Hoi, aku nak mandi pula! Ganti la bakar ayam ni!" Semua memandang ke arah Bob seperti tidak mahu melepaskan kegembiraan mereka bermain air.
"Biar aku jaga lah." Azza menawarkan diri. Nanie hendak menemani Azza tetapi bahunya dicuit oleh Taha yang mengisyaratkan dia yang akan menemani Azza. Nanie mengangguk setuju sambil tersenyum.
Azza mendekati ke arah ayam di atas pemannggang.
"Jaga ayam elok-elok. Jangan buat benda lain pula." Kata Azhar sebelum masuk ke gigi air. Azza malas ambil pusing.
"Tahu ke nok wak?" Azza terkejut mendengar suara itu.
"Buat apa dekat sini?" tanya Azza spontan.
"Sajo mari nulong."
Azza terdiam. Cuba menghadam apa yang dituturkan oleh Taha.
"Baik doh demang?" Azza hanya mengangguk.
Lidahnya mahu mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan tetapi bibirnya terkunci rapat. Taha tersenyum. Dia tahu Azza masih marah.
"Kito mitok maah pasa mareng. Memang saloh kite. Maah deh." Azza melihat muka Taha sekilas. Ada kejujuran dimata itu. Lama Azza berdiam.
"Baiklah. Kemaafan diterima." Azza tersenyum. Alahai, manisnya.
"Time kasih, Cik Azza. Bulih kito jadi saing Cik Azza leni?"
"Saing?" Azza tidak mengerti.
"Saing. Saing tu kawang."
"Oh, boleh! Jangan panggil Cik lah. Azza cukup."
"Kite kena kang diri kito dulu gitu. Name kite Azzad Talhah bin Abdullah. Kite pernoh blajo kat Penang. Leni kije ronde patta kutip telo penyu. Awok?"
"Nama saya Azza Aisyah binti Muhammad Sekarang tahun akhir di IIUM jurusan komusikasi." Mereka berdua senyum.
"Jauhnya nama Talhah jadi Taha." Azza tergelak.
"Nama sebenar Pak Manap, Abdullah ya? Pun jauh beza." Taha juga tersenyum.
"Orang sini manggil name ikut suke jah. Pok Manap tu bukang ayoh kandung kite. Kite dok kena mok pok kandung kite. Kite anok akat. Senang citte anok pungut. Ayoh nga mok pungut pahtu jage lagu anok diri." Jelas Taha. Riaknya tidak berubah. Terus mati tawa Azza.
"Bakpe diam? Takmboh kawang nga kite ke pah tau kite anak pungut? Kite sedo..."
"Bukan! Bukan. Saya cuma rasa bersalah sebab tanya soalan tak patut. Maaf. Saya tak kisah siapa kawan saya."
Taha tersenyum senang.
"Belajar dekat Penang, dekat mana?"
"USM. Ingak nok teruh sambung Master. Nok jadi cite, mok kene minor strok. Kita tingga blake, jage mok. Mok pong sihak doh. Carik doh kije, tapi takdok rezeki lagi. Tu yang tulong ayoh kutip telo.
'Baiknya dia'
"Time kasih Taha. Malang ni ado telo royak deyh." Norman menyalami Taha.
"Bereh, boh". Taha memberi salam dan berlalu pergi menaiki motosikalnya. Sempat dia senyum ke arah azza. Berbunga hatinya apabila melihat Azza membalas senyumannya.
Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi.
Semua krew menuju ke arah Pak Manap. Taha yang memandu arah mereka daripada chalet ke pantai itu.
"Penyu ada lagi ke Pak Manap?" Tanya Azza.
"Lari doh. Mari kite kutip telo,"
'Penyu boleh lari?' Azza keliru.
Pak Manap mengajar mereka mengorek lubang yang telah ditimbus oleh ibu penyu dan cara yang betul mengeluarkan telur penyu. Ia harus dikeluarkan dengan berhati-hati. Azza dan Taha telah mengeluarkan telur-telur itu daripada lubang, Fiya pula mengira bilangan telur dan Melissa dan Nanie meletakkan telur-telur itu di dalam baldi kecil yang telah berisi pasir. 109 biji telur kesemuanya. Telur-telur itu kemudiannya dihantar oleh Pak Manap ke hatcheri.
Mereka semua berjalan menuju ke kenderaan yang diparkir jauh daripada kawasan pantai. Azza berjalan beriringan dengan Taha.
"Esok balik doh la?"
"Tak balik terus. Buat rakaman di Kuala Terengganu."
"Dok mari sini doh la?" Azza menggeleng. Ada hati yang sedang bersedih kerana pertemuan singkat ini yang bakal berakhir dengan perpisahan.
Pak Manap sekeluarga berada di Chalet Pandan Laut.
"Time kasih banyok Pok Manap, mokcik, Taha. Banyok duk tulong kami sini. Dok tahu la gane kalu takdok sape tulong. Time kasih bagi kami makang sedak-sedak. Jaso deme kami kenang sapa bile-bile."
"Same-same. Takdop mende pong. Mari sini lagi deh." Norman dan Pak Manap berpelukan. Mak Mah mendapatkan Azza lalu dipeluknya.
"Mari sini lagi deh. Nati mokcik wak lagi Puteri Ayu hok Azza suke," Azza sudah mula sebak. Dia hanya mampu mengangguk.
Setelah bersalaman dengan semua krew lelaki, Taha mendapatkan Azza.
"Nok mintok tulong sikek bulih?"
"Apa?" Taha menghulurkan telefonnya.
"Masukkan nombor ayoh awok."
"Untuk?" Azza kaget.
"Kito nok mitok kebenarang nok kawang ngang anok dio," Azza tesenyum. Terserlah keikhlasan Taha.
Azza menghulurkan kembali telefon milik Taha setelah memasukkan nombor ayahnya. Taha menyeluk poketnya lalu menghulurkan kotak kecil kepada Azza.
"Bukok kekgi deh. Semoga Allah temukang kite lagi." Taha terus berlalu.
Satu jam perjalanan ke Kuala Terengganu sudah berlalu. Azza mengambil kotak pemberian Taha daripada begnya. Dibuka kotak bewarna merah jambu itu. Azza terpegun. Isinya adalah seutas gelang tangan daripada kulit siput yang cantik.
~Saya buat sendiri tau. Hehe. Selamat jalan. Semoga Allah pertemukan kita kembali.
Azzad Talhah@Taha
013-2996419~
Azza tidak dapat sembunyikan lagi senyumannya.
'InshaAllah'
-TAMAT-
BEWARE OF DAJJAL AL MASIH
☢️ *BEWARE OF DAJJAL* ☢️
π₯Macam mana kalau Allah sempatkan kita dengan kemunculan Dajjal?π₯
π₯Boleh confirm kita tidak akan terpengaruh dengan pujukan Dajjal?π₯
π₯Pernah rasa panas terik sangat sampai nak migrain? Macam mana kalau Dajjal dapat turunkan hujan untuk sejukkan Bumi?π₯
π₯Pernah rasa hujan berterusan sampai banjir & tenaman semua hanyut? Macam mana kalau Dajjal dapat hentikan hujan & beri sinaran Matahari?π₯
π₯Pernah rasa kematian orang yang rapat sampai susah nak move on? Macam mana kalau Dajjal boleh hidupkan kembali?π₯
πConfirm kita tidak akan ikut Dajjal Al-Masih?π
πDajjal ni Allah bagi izin untuk dia berkuasa. Sampai ramai yang mengaku dia TUHAN sebab dia mampu buat kerja tuhan.π
πMampu kita hidup tanpa makanan & air bersih semasa pemerintahan Dajjal?π
πApa persiapan kita?π
π»Adakah kita mahu menjadi pengikut Dajjal? (Yang confirm join Dajjal ke neraka)π»
π΅️ATAUπ΅️
π»Persiapkan diri dengan benteng iman?π»
πΊIman kita sekarang pun naik turun. Apatah lagi ada Tuhan Palsu nanti. Lagi bermacam ujian sehingga iman kita boleh jatuh berkecai, Nauzubiillahimizalik.πΊ
πΊSatu cara untuk membina benteng seawal sebelum kemunculannya, *AL-KAHFI*.πΊ
πΊBaca & Percayalah akan kehebatan surah ini.
Ramai perawi hadith yang merawikan betapa pentingnya surah ini sebagai pelindung kepada fitnah Dajjal. πΊ
π *Masih lagi ragu-ragu tentang kemunculan Dajjal? Atau confident iman tak berubah?* π

Friday, October 19, 2018
Cerpen - Sweet ke Annoying? - Bahagian 5
Semua krew sedang bersiap untuk pergi ke rumah Pak Manap. Ada jemputan untuk mereka makan makan di sana. Mereka bergerak selepas usai menunaikan solat Maghrib.
Hidung Azza sudah gatal-gatal. Matanya mula panas. Bersin entah kali ke berapa. Dia memakai kardigan walaupun cuaca malam itu tidaklah begitu sejuk.
Sementara di rumah Pak Manap, Taha sibuk membantu ibunya menyediakan juadah makan malam. Mak Mah dan Pak Manap sendiri rasa pelik, tidak pernah Taha menolong di dapur. Kena rasuk hantu selut kah?
Mereka semua menikmati hidangan nasi ayam hasil air tangan Mak Mah dengan berselera. Semua memuji kesedapannya.
Taha dari tadi memerhatikan Azza. Azza tidak begitu menyuap nasi ayam buatan ibunya itu tetapi lebih banyak berborak. Bahkan, suaranya pun lain dari siang tadi.
Usai makan, Azza dan Fiya menolong Mak Mah membasuh pinggan. Ketika itu, Taha meminta izin ayahnya untuk keluar.
"Nok gi mane. Orang rama ni."
"Betta je ayoh. Lime belah minit kito dok balik, ayah tepong bombe."
"Ngarut mung ni," Taha ketawa.
Taha pulang membawa barang yang dibelinya lalu terus menuju ke dapur untuk mencari ibunya. Dia meletakkan plastik itu di meja makan dan mendekati ibunya dan membisikkan sesuatu. Mak Mah hanya mengangguk. Kemudia Taha ke ruang tamu untuk berborak bersama tetamunya.
Tidak lama selepas itu, Norman meminta izin untuk pulang.
"Ya lah, Pok Manap pong nok gi ronde doh ni. Kalu ado telo nati Pok Manap hallo ke Norman."
"Orang penak doh tanam bakau siang sakni, yoh. Bagi rehak la malang ni." Taha memotong perbualan mereka. "Bape hari lagi sini, boh?"
"Dua hari lagi. Luso gerok gi Kuale Teganu"
'Kejap bena,' getus hati Taha langsung memandang Azza. Mata mereka bertaut. Segera Azza mengalihkan pendangannya. Azza dilihat tidak bermaya. Mana mungkin dia larat untuk mengutip telur penyu jika ada penyu yang bertelur malam ini. Azza perlu rehat.
Mereka semua bersalaman sebelum pulang ke chalet. Azza menuju ke arah Mak Mah untuk bersalam.
"Azza dok sihat ke? Ni ade ubat ngang air badok. Makan deh." Mak Mah menghulurkan plastik itu kepada Azza. Azza kenal plastik itu, dia nampak Taha menjinjitnya tadi. "Malang ni kalu dok sihat mane, doksoh gi patta. Bimbang makin teruk." Azza terus memeluk Mak Mah, terharu. Rindu akan ibunya yang sudah lama tidak berjumpa kerana tugas sebagai seorang pelajar.
Azza tahu Taha sedang memerhatikannya. Sekilas matanya memandang Taha. Taha sedang tersenyum ke arahnya. Jantungnya seperti berhenti berdetak.
Sampai sahaja di chalet, Azza terus baring dan berselimut.
"Kau dah makan ubat belum? Mak mentua bagi tu. Makan." Azza menjegilkan mata. Melissa terus masuk ke bilik air sambil ketawa.
Azza mencapai plastik yang diberikan oleh Mak Mah tadi. Dia mengeluarkan air badak, panadol dan strepsil. Tak sangka Taha yang memberikan dia semua ini. Terbayang dia susuk Taha yang senyum ke arahnya tadi. Taha bukanlah persis model, tapi ada kemanisan di wajahnya ditambah dengan tahi lalat di pipi kananya.
'Eh, ada buku?'
Azza mengeluarkan sebuah buku nota bersaiz kecil lalu menyelaknya.
~Maaf. Semoga cepat sembuh. Jangan paksa diri.~
Azza membaca nota itu berulang kali. Darahnya seperti mengalir pantai di segenap urat saraf. Dalam masa yang sama, kedengaran Melissa keluar daripada bilik air. Cepat-cepat Azza meletakkan nota itu ke dalam beg peribadinya.
"Kau dah kenapa macam panik?" Segera Azza menggeleng laju.
Taha duduk berseorangan di pantai yang gelap bertemankan cahaya bulan yang hampir penuh. Dia baru sahaja melakukan rondaan tetapi tiada lagi penyu yang mendarat. Fikirannya lantas memikirkan Azza. Dia nekad untuk tidak memaklumkan ayahnya jika ada penyu bertelur pada malam itu supaya Azza dapat berehat. Jatuh cintakah dia dengan Azza?
"Dok kang due hari mung doh suko die. Mudoh bena. Bukang main suke-suke nok suke orang," Taha menggeleng.
"Gile doh aku bebel sorang. Dok penoh lagi gini." Ketawa. "Tapi, jangok la die. Bakpe la aku ngusik ye mareng. Kalu dok, takdok masaaloh doh." Taha mengeluh pula.
"Semuge cepat sembuh, sayang". Taha membayangkan wajah cantik Azza.
"Gelenya mung, Taha. Sayang pulok." Taha tergelak sendiri. Sah angau!
Wednesday, October 17, 2018
#TriptoUtagha - Bahagian 5 (Akhir)
Ok, yang ni last. Jenuh jugak rasa nak tulis ni π
π
π
Let's start. Pagi tu kitorang keluar agak awal. Ferry pukul 9.30 pagi rasanya.kite dah tanya awal2 dekta kaunter tiket semalamnya pasal jadual feri ni. So takdelah berlaku lagi peristiwa dekat Kuala Kedah haritu.
Sarapan masa tu kuih2 je. Sebab abah takut lambat. Masa ni abab dah siap bahagi2 kain batik dah. Memang memborong. Borong banyak sangat. Lepastu takut kena tahan dengan kastam π π π
Mak kata, babai Langkawi. π
Sampai tanah besar tak ingat pukul berapa. Sebab abah tak puas makan laksa kedah, abah cari lagi laksa. Siap tanya orang dekat mana yang sedap. Sorang pakcik ni cadangkan Zakaria Laksa Kechai. Memang famous pun kalau google. Tapi tak buka lagi. Rasanya kitorang sampai dalam pukul 11 lebih. Kedai tu buka pukul 2 ptg. Aisehh terlepas peluang.
So kitorang main singgah je dekat mana2 kedai laksa. Makan banyak la jugak (read as: 2 mangkuk sorang).
Teruskan perjalanan.
Singgah Alor Staq. Pekan Rabu, Ukir Mall, Jalan Badlishah.
Not bad la tempat ni. Kitorang beli kerepek, ikan pekasam, belacan etc. Dia macam pasar payang.
Teruskan perjalanan.
Bro Ijat nak jeruk pak ali. Tapi Penang Ya Rabbi jem nya. Tengok jambatan pun rasa tak sanggup.
Teruskan perjalanan.
Tayar kereta Bro Ijat pancit kat highway. Sape pulak letak paku. Keluar highway, masuk pekan Kuala Kangsar. Masa tu ahad. Jenuh nak cari bengkel.
Then kite google foreman bergerak. Banyak kali jugak pass2, baru foreman yang available datang. Tapi salute la. Hujan lebat sangat masa tu. Betulkan dekat stesen minyak. Basah2 dia keluarkan brg2 dia.
Singgah makan dulu sebelum masuk highway. Masuk highway pun dah gelap.
Teruskan perjalanan.
Jem yamaaaaaatttt. Yang tak tahu sebab. Nak kata eksiden tak jumpa pun.
Teruskan perjalanan. Singgah di beberapa rnr untuk toilet & makan & solat.
Teruskan perjalanan.
Sampai rumah pukul 4.30 pagi youollllsssss. Dak kami laki bini kerja esoknyaaa. Sampai2 tu kite tak larat dah terus masuk bilik tidur. Laki kite yang angkat barang π π π
Kesimpulan : Taknak naik kereta dah gi utara. Naik flight je senang. Jenuh nak sampaaiiiiii. Sampai boleh mengamuk la sebab lambat sangat sampai.
Ok! Thanks for reading!

Nampak tak laki beg yang laki kite tolak tu. Yang atas aekali warna hitam tu, beg abah dgn mak. Abah mula2 nak angkat sendiri beg dia sambil tolak kerusi roda mak sebab nanti kastam tak tahan & check beg. Kirenya nak bagi kastam tu kesian π€£π€£π€£π€£π€£
Tapi ok je ha kastam tu. Mungkin sebab pagi lagi, dia tak check langsung. Gambar atas ni dekat tempat menunggu. Selesa sangaaattttt. Ekon kuat.
Ni angle lain ruang menunggu. Kitorang tengah tunggu feri datang. Nanti diia akan jerit2 panggil penumpang. Contoh : Kuala Kedah 9.30 pagi. Haa giteww.
Sampai tanah besar tak ingat pukul berapa. Sebab abah tak puas makan laksa kedah, abah cari lagi laksa. Siap tanya orang dekat mana yang sedap. Sorang pakcik ni cadangkan Zakaria Laksa Kechai. Memang famous pun kalau google. Tapi tak buka lagi. Rasanya kitorang sampai dalam pukul 11 lebih. Kedai tu buka pukul 2 ptg. Aisehh terlepas peluang.
So kitorang main singgah je dekat mana2 kedai laksa. Makan banyak la jugak (read as: 2 mangkuk sorang).
Teruskan perjalanan.
Singgah Alor Staq. Pekan Rabu, Ukir Mall, Jalan Badlishah.
Not bad la tempat ni. Kitorang beli kerepek, ikan pekasam, belacan etc. Dia macam pasar payang.
Teruskan perjalanan.
Bro Ijat nak jeruk pak ali. Tapi Penang Ya Rabbi jem nya. Tengok jambatan pun rasa tak sanggup.
Teruskan perjalanan.
Tayar kereta Bro Ijat pancit kat highway. Sape pulak letak paku. Keluar highway, masuk pekan Kuala Kangsar. Masa tu ahad. Jenuh nak cari bengkel.
Then kite google foreman bergerak. Banyak kali jugak pass2, baru foreman yang available datang. Tapi salute la. Hujan lebat sangat masa tu. Betulkan dekat stesen minyak. Basah2 dia keluarkan brg2 dia.
Singgah makan dulu sebelum masuk highway. Masuk highway pun dah gelap.
Teruskan perjalanan.
Jem yamaaaaaatttt. Yang tak tahu sebab. Nak kata eksiden tak jumpa pun.
Teruskan perjalanan. Singgah di beberapa rnr untuk toilet & makan & solat.
Teruskan perjalanan.
Sampai rumah pukul 4.30 pagi youollllsssss. Dak kami laki bini kerja esoknyaaa. Sampai2 tu kite tak larat dah terus masuk bilik tidur. Laki kite yang angkat barang π π π
Kesimpulan : Taknak naik kereta dah gi utara. Naik flight je senang. Jenuh nak sampaaiiiiii. Sampai boleh mengamuk la sebab lambat sangat sampai.
Ok! Thanks for reading!
TamTam was gone....
He left us.
Bangun pagi ni lepas Subuh laki kite tengok, dia dah tak bernyawa. Seminggu sahaja sempat kami jaga.
Semalam pun dah tak nak minum susu.
Laki kite terus tanam pagi tadi.
Rest in peace TamTam.
Tolong tarik kami ke syurga.
π’π’π’

Sunday, October 14, 2018
Cerpen - Sweet ke Annoying?? - Bahagian 4
"Kuih apa ni, makcik?" Taha memandang ke arah pemilik suara itu. Macam kenal. Memang sengaja Azza bersuara agar Taha tahu orang yang dikenakannya tadi ada di dalam rumahnya. Riak muka Taha agak terkejut tetapi cuba disembunyikan.
'Janganglah dio kabo ke ayoh. Abih aku!'
"Puteri Ayu. Makang lah. Wak diri ni.
Azza dan yang lain menyuap kuih Puteri Ayu.
"Sedap!" Kata Azza sambil tersenyum. Taha pula sudah tidak senang duduk!
Norman mengajak Pak Manap berbincang mengenai kedatangan mereka ke Setiu. Dia menjelaskan yang mereka adalah pelajar dari kolej tempatan yang membuat rakaman sebagai tugasan semester akhir mereka. Mereka berhasrat untuk mengikut Pak Manap meronda pantai dan mengutip telur penyu.
"Pok Manap takdok bende tapi patutnye dokleh rama kalu nok ronde patta ni. Senang cite, kalu bising pahtu rama orang, penyu takmboh naik patta. Lagipung, penyu ni dokleh silau etek. Patta tepak Pak Manap nga Taha ronde tu gelap. Lapu pecet pong kite gune wat isyarat jah."
Norman mengangguk. Dia sedar, pemuliharaan penyu juga harus dititikberatkan dalam projek mereka ini.
"Pok Manap cadang gini, deme wak rakamang maso kutip telo jah. Care nok kutip telo hok beto. Maknanye, bile ade telo, baru Pok Manap tepong ke Norman." Norman bersetuju. Rakaman mengutip telur penyu pun sudah jadi bonus bagi mereka semua.
Taha hanya berdiam diri sedari tadi. Sesekali dia memandang Azza yang memandang tajam ke arahnya. Ada rasa bersalah bersarang dalam hatinya.
"Pahni nok gi mane lagi boh?" Taha bersuara.
Berharap mereka segera meninggalkan Setiu.
"Esok kito gi Setiu Wetland. Tepak tanam bakau nung. Wak rakamang pasa tanam bakau ngang cari lokang."
"Moleh ah gitu. Taha kena rapat ngang Ayahku, orang kuat Setiu Wetland. Kalu nok mudoh, bawok ye skali. Carik lokang pong die panda."
"Mende ayoh ni," Taha tidak setuju di dalam hati. Melissa dapat menangkap maksud perbualan mereka.
"Taha kenal Ayahku ke? Kalau kenal, boleh la ikut sekali. Senang kami nak berurusan dengan Ayahku. Lagipun, Norman saja yang pandai cari lokan. Kalau Taha ada, boleh juga tolong-tolong.
'Jangan berani-berani kau setuju!' Azza hanya mampu berkata di dalam hati dan memandang Taha dengan pandangan tajam.
"Gi jela, Taha. Mu bukang wak nape pong. Kate nok masok tibi. Kire dio setuju jah. Malu-malu kucing pulok," Mak Mah bersuara. Yang lain hanya tersenyum. Nafas Taha semakin sesak.
Keesokan harinya, mereka sampai di nurseri pokok bakau dan nipah di Setiu Wetland. Mereka duduk di pondok berdekatan dan berborak di situ bersama dua orang veteran yang bertanggungjawab menjaga kawasan ini, Ayahku dan Pak Mi.
Mereka ini nampak sahaja berpenampilan orang kampung tetapi minda mereka sangat terbuka untuk menyelamatkan kawasan bakau. Azza dan Norman yang banyak bertanya soalan. Sesekali Bob dan Azhar merakam perbualan mereka.
Taha yang turut serta cuba mengelak daripada bertembung dengan Azza. Setelah berbual, mereka mengangkat beberapa anak-anak pokok bakau dan nipah yang masih di dalam polibeg untuk ditanam semula di kawasan bakau. Taha juga turut membantu.
Mereka semua perlu memasuki tanah berselut untuk menanam pokok itu. Bob dan Azhar memulakan rakaman sejak anak pokok diangkat diikuti penerangan ringkas daripada Azza. Taha terpengun melihat kepetahan Azza bercakap di depan kamera. Penerangan yang disulami senyuman itu menjadikan fakta menjadi menarik.
'Kalu aku, jadi mende la'
Semua krew mula memasuki kawasan berselut termasuk Taha. Azza berjalan paling belakang. Dia menghadapi kesukaran berjalan di kawasan itu. Semua krew sudah berada di depan.
"Azza, cepat la. Nak rakam tanam pokok ni."
Melissa menjerit dari jauh. Azza cuba berjalan lebih cepat malangnya dia telah terjatuh. Separuh badannya diliputi selut.
"Mel!"
"Azza! Kau jatuh ke?"
Taha yang paling dekat dengan Azza menoleh ke belakang. Dia meletakkan anak pokok yang di pegangnya lalu mendekati Azza. Muka Azza seperti hendak menangis. Dia cuba untuk bangkit tetapi sukar kerana kakinya terbenam ke dalam selut.
"Wak mari tangang mung." Azza menoleh. Kerana ego, Azza menggeleng. Dia cuba juga untuk bangun sendiri.
"Mu bulih ke nok bangung diri? Nok aku dukung ke guane?" Azza segera mencapai lengan Taha ketika melihat Taha seperti ingin mendukungnya. Taha pula tersenyum. Dia tidaklah gila hendak mendukung anak dara orang sesuka hati. Dia masih tahu batas-batas.
Lengan Taha yang berlapik baju lengan panjang itu segera dilepaskan setelah Azza mampu berdiri.
Tanpa berterima kasih, Azza ingin terus melangkah laju menuju ke arah krew yang lain. Malangnya, Azza hilang imbangan, mujur Taha sempat mencapai lengannya. Azza menjeling manakala Taha tidak beriak. Cepat-cepat dia melepaskan lengan Azza.
"Azza, cepatlah! Jangan buat drama Korea pulak dekat Setiu ni!" Melissa tersengih dari jauh, begitu juga krew yang lain. Taha menghulurkan lengannya kepada Azza.
"Saing mung tunggu lame doh tu. Lekah la."
Azza seperti tiada pilihan. Dia memegang lengan Taha dan mereka berjalan ke arah krew.
Azza tetap mengadakan rakaman walaupun separuh badannya dipenuhi lumpur. Dia menerangkan cara yang betul untuk menanam semula anak pokok bakau dan nipah diikuti dengan cara mencari lokan.
Selesai mencari lokan, mereka semua menyalakan api dan membakar lokan-lokan tersebut. Taha kerap mencuri pandang Azza. Terasa ada hati yang telah jatuh. Jangan berkecai sudah.
"Panasnya. Aku cop bilik air dulu,"
"Pergilah, kau pun seronok main selut aku tengok."
Melissa memgangkat kening berulang kali seperti ada maksud tersirat yang cuba disampaikan. Tetapi tidak dilayan oleh Azza.
"Aku rasa Taha syok dekat kau," Azza buat tak dengar lalu terus menuju ke bilik air. Dia dengar Melissa ketawa daripada luar. Saja nak mengenakan dirinya.
'Apa sebenarnya yang aku rasa? Bukan aku benci dia ke? Tapi kenapa aku rasa berdebar-debar?'
Saturday, October 13, 2018
Little creature called TamTam
Ahad lepas, balik dari kampung, bising sangat dengan bunyi anak kucing melalak. Tapi sayup2 je. Jauh agaknya. Lepastu hari isnin, bunyi dari rumah jiran. Kitorang takut2 juga nak tengok sebab laki kite cakap anak kucing tu ada dekat betul2 depan rumah jiran sebelah.
Then selasa petang, hujan lebat nau2. Kite tengok, jiran sebelah takde. So, laki kite pun ambil letak dalam cage. Cuba untuk pujuk mak dia console anak kucing ni tapi mak dia tokse. Mak dia reject dia. Huhu
Laki kite pun mandikan anak kucing ni dengan air suam sebab hujan, takut dia sejuk. Busuk sangat bau dia, hancing. Lepastu kebetulan ada lagi susu kambing, kitorang bagi susu kambing. For first two days, dia tak pandai jilat. Tapi sekarang, Alhamdulillah pandai dah.
Letak dekat bilik belakang. Sebab laki kite pun ada masalah sinus. So tak boleh attach sangat dengan kucing.
Tapi budak ni kalau dengar suara laki kite, mesti mengiau seperti didera. Lol.
Mata dah boleh buka. 2 hari lepas tak boleh sebab banyak nanah. Tapi laki kite hari2 basuh mata dia. Baik kan laki kite ♥️
Ni la gambarnya. Kite panggil dia TamTam. Sebab hitammm sajeee.. Tapi laki kite cakap bulu dia lebat. Tu yang menutup mata π π π
Inilah TamTam....

Friday, October 12, 2018
Berkebun mode on!
Ya Allah. Teringinnya nak berkebun balik. Tapi rumah penuh ayam jiran, kambing jiran, lembu jiran, kucing jiran, itik jiran, angsa jiran, monyet jalanan. πππ
Haritu balik Besut, lupa nak ambil jaring untuk buat pagar. Sebenarnya kite ingat tapi kite segan nak cakap kat laki kite suruh minta dekat Ayah. Macam meminta-minta pulak. Sekali dah dekat tengah jalan laki kite cakap tu jaring dia punya masa dia bela itik dulu π
π
π
. Sorry lah abang!
Teringin sangat nak ada pokok macam kat bawah ni ha. Style sangat. Best sangat. Cantik kan.
Dulu masa duduk Kota Tinggi kite ada tanam. Kite tanam lada kecik, lada solok, salad, sawi, labu air, pokok 7 jarum, pandan, serai.
Banyak. Dulu memang rajin sebab suri rumah kan. Kebosanan. So berkebun lah. Laki kite sediakan semua kelengkapan. Cangkul comel, bekas menyiram tu, baja2, bekas semaian. Last2 sekarang jadi tukun π
Tapi sekarang kite nak start baliiikkkk. Bestnya berkebun.
Kalau macam konsep gambar atas tu kite nak tanam :
π·Daun sup
π·Daun ketumbar
π·Italian herbs
π·Daun bawang
Lepastu dekat pasu yang macam tin2 tu, kite nak tanam :
πΉSawi
πΉSalad
πΉKailan
πΉLada
Kite ada tengok dekat FB, masa mula2 semai tu, dia letak dekat dalam telur. Telur yang dah gune tu, dia lubangkan belah atas je. Then letak tanah. Lepastu label. Alahai, comelnyaa.. ππππ
Kite tengah hasut laki kite untuk menanam balik ni. So nak suruh dia buat pagar dulu first thing first.
Lepastu berangan jugak nak tanam pokok bungaaa.. Comeellll.. Mode berkebun onnnnn.
Rasa boleh start dah kot kan guna telur tu. Chaiyok2 Leia!
Sabar itu Indah
Semalam berkesempatan membaca kalam Allah.
Tertancap dengan ayat terakhir di muka terakhir yang kite baca. Surah Al-Imran:200.
Ayat ini diberi oleh seorang sahabat yang kite dah anggap macam kak sendiri. Ayat ini diberi ketika kesabaran diri ini diuji sehingga meruntun air mata ini mengalir hampir setiap hari.
Selepas lama merenung ayat itu, kite masuk bilik tidur dan berdiam diri. Suami memang akan perasan jika ada perubahan emosi diri ini.
Sebagai seorang wanita. Pemikiran tak macam lelaki. Kalau lelaki, dia senyap tu kadang2 dia berada dalam 'kotak nothingness' tapi wanita kalau senyap, dia mengaitkan semua 'kotak'
What I thinking yesterday was, Allah gave me many kinds of test. My kerja, family, zuriat etc. Until I nearly gave up.
But my husband said, I am a strong woman. Dia cakap, dia pun tak tahu boleh jadi sekuat as I am ke tak.
And I think again.
Yes, memang banyak ujian that had been through even until now. But, I managed to handle it.
And I realised, Allah has giving a lot of colors after He gave me a test. Syukran Ya Allah.
Kawan2 boleh amalkan ayat di atas. It really change you. Do not trust me, but trust The One who create it. Dialah pemilik segala kemuliaan.
Your weak servant,
Leia Zalyanna

Thursday, October 11, 2018
#TriptoUtagha - Bahagian 5
Lama pulak tak update #TriptoUtagha π π π
Ok.,terus update la tanpa melengahkan masa. I not expect pun orang akan baca secara bersungguh. In case ada yang cakap kite macam menulis syok sendiri. Tapi perkongsian ke Utagha ni lebih kepada berkongsi pengalaman & mudah bagi kami nak recall balik moments sepanjang di sana. π
Sabtu - Day 4
Pagi ni kami sarapan di rumah je. Tapi of course la beli. Tak kuasa lah nak masak. Keluar sikit ke jalan besar daripada Sungai Menghulu tu ada banyak gerai. Kitorang beli nasi lemak rasanya. Lepastu kuih & roti canai. Roti canai memang lama sangat menunggu nya. Sampai abah cakap kitorang beli dekat Endau π
Ni view luar homestay. Sebelah sana tu sungai. |
Dekat pukul 10 rasa keluar untuk pergi ke Underwaterworld Langkawi. Below, gambar depan Underwaterworld Langkawi.
Below, rate for entrance fee. Google jekk.
Tapi kitorang dapat less sebab ada kawan kerja dekat sini. Dalam RM20 lebih rasa. Alhamdulillah. π
Kalau korang nak murah, boleh try search dekat fave.com.my. Kadang2 ada juga promotion.
Ada Marrybrown dalam UWL ni. Lepak kejap. |
Penguin feeding timee. Tomeyyy. |
Antara creatures yang ada. |
Dekat tingkat atas ada section lain. Section natural disaster, time tunnel & pvr. Kalau tak silap lah π
Lepas tu, kami pergi beli minyak gamat di Nusantara Jaya Sdn Bhd. Banyak pilihan. Takde gambar. π
Then, kami menuju ke Haji Ismail Group Mall Jalan Panarak. Besar sangat weh. Dan selesa. Depan HIG Mall ni ada food court. So kami lunch kat sini. Not bad. Banyak pilihan. Pasembor, makanan panas, sup, laksa.
Lepas Zohor, baru kitorang masuk HIG Mall. Shopping toksah cakap la mak abah. Kain batik semua toksah cakap la.
After that, kitorang ke Wildlife Park. Agak jauh la dari sini.
Ihsan google |
Antara animals there |
Bagi menambah keceriaan, laki kite masuk contest. Hadiahnya gelang π . Bagi la yang ok sikit. Tshirt pun takpe dah ππ |
Abah takut tu sebenarnya. Kahkah |
Adik yang takut burung. Cover muka cuak tu sebenarnya. |
Tapi tak takut ular. Semua orang lari masa ni. Tapi dia sorang yang berani. Benda apalah π
π
π
|
Dalam kandang arnab |
Lepastu, kami pergi Dataran Helang. Memang wajib singgah kalau datang sini. Tapi Mak penat sangat dah. So Mak duduk dalam kereta je dengan abah.
Kite dengan adek naik bot burung tu. Kena kayuh. Mula-mula excited. Laju je kayuh. Laki dengan adik lelaki kite tunggu. Diorang siap bertaruh lagi, tapi tak pakai duit la,duration kitorang main benda ni.
Cepat penat lahhh. Hahaha. RM30 rasa main benda ni. Ada dekat pintu masuk nak ke Dataran Helang.
Selesai ambil gambar, semua dah penat. Singgah pasar malam je beli dinner. Abah beli nasi arab. Sedaapppp.
Itu jelah untuk part ni. Next part is the last part.
Thanks for reading!
Subscribe to:
Posts (Atom)