Marilah bersama bergigih ketika membaca posting yang agak panjang ini.
Ok, Trip Kedah! Lama dah berlalu, setengah tahun lepas 😅😅😅
Trip ke Kedah ni adalah trip yang ditunggu oleh abah kite. Abah kite berasal dari Kedah but almost 20 years tak balik sana. Tapi Atok kite kat Johor. Dekat Kedah tu tinggal sedara mara abah. Abah memang dah lama nak balik. Cuma dia tunggu ada rezeki lebih sikit. Well, nak balik sana bukan sikit2 pakai duit. Kite bukan orang ada-ada.
Ok, ceritanya camni. Kitorang berjalan daripada hari Rabu-Isnin.
Day 1 - Rabu
Lepas Zohor, abah, mak, abang ijat & adik kite datang rumah kite di Pekan, Pahang. Petang kite balik kerja pukul 5.30ptg, kite terus masak mi hoon goreng untuk bekal. Gigih kan. Masa tu, ikutkan laki kite kena gi kursus tapi Alhamdulillah dibatalkan.
We all gerak dalam pukul 6.35 gitu. Selepas laki kite baca doa bermusafir, kitorang pun gerak. Maklong Paklong pun datang nak babai 😅😅😅
Singgah dekat RnR Gambang. Makan mihoon & solat jamak takhir.
Selepas itu, terus memulakan perjalanan. Masa ni kitorang bawa 2 kereta. Kereta adik kite, dia & abah ganti drive (tapi adik kite yang byk drive) dan juga kereta abah, laki kite drive. Kite tak bawa pun kereta. Laki kite suruh teman dia je. Walaupun hakikatnya last2 kite pon tewas. Lol
Laki kite minum red bull sampai kepagi tak boleh tidur 😂
Memang lalu highway la 100%. Minyak dengan tol abah payung. Pe de hal. Haha
Day 2 - Khamis
Kitorang Subuh dekat RnR Gurun. Timing memang kena.
Exit je Gurun tu, mata disajikan dengan bendang-bendang. Luas sangat. Di mana-mana ada bendang.
Tak ambil banyak pula gambar homestay. Tapi homestay ni memang tepi bendang, dekat Kampung Sanglang which dekat je dengan kampung abah kite. Namanya Rozita's Homestay. Ni nombor telefonnya 012-575 3007. Makcik homestay ni sangat lah baik. Orang kedah memang baik2. Ramah sangat. Siap tunjuk jalan nak gi kampung abah kite sebab abah kite lupe jalan nak gi kampung dia 😅. Kite tak ingat lah berapa sewanya. Rasanya RM200. Korang boleh contact semula makcik ni. Ada 2 bilik tidur, connecting bathroom. Ada lagi satu bilik air. Belah luar ada ruang tamu & perabut then dekat satu ruang ada lagi satu katil queen.
Tapi untuk family yang nak masak, not recommended sangat. Sebab barang memasak very limited. But overall ok untuk kami yang bersinggahan je ni.
Ni screenshot dari pak gogel. Rumah kami sewa hak depan sekali. |
Abah breakfast dekat luar homestay. Sambil cerita dulu dia dok main dekat tali air camtu. Hehe |
Ok, rasa takat sini dulu. Takut muntah hijo baca banyak2.
Yang benar,
Leia Zalyanna
No comments:
Post a Comment