Ok gais. Part 3 ni agak panjang. Sekali lagi, mohon tabah.
Day 3 - Jumaat
Pagi tu, kitorang gerak awal tapi takdelah awal nau. Keluar daripada homestay, menuju ke Kuala Kedah. Kitorang singgah makan dulu dekat macam kedai mamak. Ada roti canai, nasi kandar. Kitorang ni makan roti canai jek tapi laki kite & bro ijat selaku driver bertauliah, makan nasi kandar. Kemain lagi. Dah lah kite yang sponsor sarapan. Dengan abahnya siap amek kari kambing cicah deengan roti canai 😂😂😂 Sabo jelahh. Total untuk makan sarapan 6 orang, macam makan tengah hari. I is redhooooo.
Selepas itu, kami menuju terus ke Kuala Kedah. Tapi sebelum sampai jambatan nak ke Kuala Kedah tu, kitorang berhenti dekat pasar. Wehh, murah gile ikan-ikan semua dekat situuu. Abah dengan laki kite memang menahan diri. Abah beli lala/remis untuk masak dekat rumah Toksu dekat Kuala Kedah tu.
Lepastu abah beli tembakau dekat Tokwan. Tembakau dekat sini timbang kilo youolllsssss. Dah la muka pakcik ni macam Tokbak (ayah kepada Mak)
Then meneruskan perjalanan.
Inilah jambatan nak ke Kuala Kedah. Panjang & tinggi |
Dengan Tokcik Syam. I is confuse sebenarnya TokCik ke TokCu. Apa2 lah ek. Haha. Muka Tokcik Syam ni macam muka Makjang. |
Dengan family Toksu Dan. Kebesaran saya jelas menenggelamkan orang lain. Haihh. |
Selepas Solat Jumaat kami gerak ke jeti Kuala Kedah. Dekat pukul 3 jugak rasa.
Ok, nak share pengalaman naik feri dekat Jeti Kuala Kedah.
=Parking kereta=
Parking memang banyak. Korang boleh pilih, yang dekat, yang jauh. 'Ulat-ulat' parking memang ramai. Korang kalau turun jambatan, ramai dah ulat parking akan raih perhatian korang untuk park kereta dekat kawasan diorang. Diorang naik motor je. Siap ketuk tingkap suruh ikut diorang. Agak creepy sebenarnya dan kite tak suka. Macam memaksa pun ada. So untuk parking abah decide bersebelahan dengan jeti. Agak mahal tapi abah nak jugak. Plus, pakai duit abah kan. Biarlahhh. Lol.
=Tiket feri=
Actually, korang boleh terus beli tiket dekat kaunter tiket. Available je rasanya. Cuma kite takut in case tiket sold out ke apa, I go digital. Beli online jekk. 2 minggu awal rasanya.
Kite guna website ni. Itu rate dia. RM23.00 seorang one-way. Kite beli terus tiket pergi balik. Kalau korang nak beli, kena siap2 dapatkan IC penumpang. Sebab dia nak sorang2 IC. Lepas setel payment, korang akan dapat emel macam ni.
Tapi sebenarnya bahaya juga booking online ni. Sebabnya, gini. Kitorang feri ke Langkawi pukul 4.00 petang. Tapi kebetulan laki kite gi tanya Pak Guard kat situ, sekali dia cakap takde feri pukul 4!
Then Pak Guard tu bawa laki kite gi kaunter beli tiket. Orang kaunter tu Alhamdulillah ok. Dia cakap naik je feri pukul 3.30 petang. Mungkin laman web tu tak update ke apa. Masalahnya, kitorang dah refer dah tiket print tu dekat kaunter pertanyaan Takde pulak cakap masalah apa2.
Pak Guard tu siap escort kitorang ke feri & cakap dekat orang yang check tiket tu kes kitorang.
Alhamdulillah selamat aboard. Tempat kitorang duduk tu memang takde orang.
Mak nak naik feri pun mudah. Pakcik check tiket tu tolong. Alhamdulillah.
Ok, takat dalam feri dulu. Macam banyak beno dah ni 😂😂😂
Kite sambung next entry ek. Banyak lagi cerita pasal feri ni 😅😅😅
Yang benar,
Leia Zalyanna
No comments:
Post a Comment