Ok, kita sambung Part 2. Sebelum ni punya cerita, sampai la kitorang dah sampai homestay.
Day 2 - Khamis
Dlm pkl 10-11 pagi kitorang gerak gi rumah sepupu abah. Rumah ni adalah rumah peninggalan adik kepada Atok yang kitorang panggil Tok Wa. Dah arwah dah.
Abah tak balik lebih 20 tahun. Dia memang tak kenal mana se rumah dah. Kite pernah balik masa tahun 2010 tak silap, ikut Paklong & Maklong. Kite memang ingat rumah arwah Tokwa tu tapi kite tidur. Haha. Memang sekangkang kera je dari homestay ke Kampung Sanglang abah tu tapi ngantuk tak hengat weh. 2 kali uturn. Dah la jalan sempit. Jalan kampung yang kiri kanan sawah.
Kite tunjuk kat abah rumahnya, abah boleh pulak tak caya. Dia pergi tanya orang kampung. Apalah tak harap ke anak sendiri 😅😅😅
Sampai2 rumah sedara abah tu, ramai tak kenai. Yelah, abah dulu bukan main muda lagi. Balik kali ni dah siap ada menantu.
Paksu Omaq tu ingat lagi kite pernah balik Kedah sebelum ni dengan Paklong tapi takdelah 'besaq' lagu ni dia cakap. Halah3. Nasib baik orang tua 😅😅😅
Paksu Omaq yang duduk sebelah mak tu. Yang lagi sorang sebelah abah tu Pak Mat. Dia ni cam bomoh, selalu bagi air tawar kat orang tapi dia pun tak kiat lutut dah. Kesian pulak.
Kitorang lunch dekat sini. Lauk simple je. Sambal telur, ikan goreng, sambal belacan, sayur lemak tapi Ya Rabbi sedapnya rasa. Haha. Semua berselera makan.
Update - Cik Nab tu hidang air. Air minum dengan air basuh tangan duduk sebelah-sebelah. Sekali dua orang adik kite minum air guna air basuh tangan. Halah3 🤣🤣🤣🤣🤣
Dari kiri-Aniq, Pak Mat, Laki kite, Abg Ijat Taf, Paksu Omaq, Adik comel ke, Tok Ndah Ah, Abah. Yang duduk dilantai dari kiri - Halimatun, Mak, Cik Nab, Nadirah |
Kongsi sikit gambar dekat sana. Masa ni bukan musim padi. So takdelah menghijau sangat.
Last jumpa depa ni 8 tahun lepas. sama2 pusing bendang. besaq dah. Aniq malu2 lagi cam dulu. |
Tudung selebet dont care |
Ok, setel bergambar kami bergerak ke Perlis. Konon nak pi Padang Besaq. Agak confusing sebenarnya. Silap jalan boleh termasuk ke Thailand. lol. Dia kena masuk kat satu kawasan ni, belah belakang baru jumpa Padang Besaq. Kita punya la bayang Padang Besaq is padang yang jual macam2 macam pasar malam gitu.
Bila dah tiba, rupanya macam Pasar Payang. Agak luas la. Tapi tak beli banyak pun sebab tak tahu nak beli apa. Kita beli handsocks dengan su glasses jek. Tu pon bro ijat belanja.
Mak kite bergerak guna kerusi roda. Takde masalah nak jalan2 dekat sini. Laluannya luas. Mak Abah pun tak berbelanja sangat sebab dah aim nak shopping sakan dekat Langkawi. Lol
Alang2 sampai Perlis, abah cari kedai laksa yang abah selalu pergi dulu tapi seperti biasa lah, dia tak hengat dah. 😅
Last2 kitorang makan dekat Kedai Laksa Perlis. I dont know exact location dia dekat mana. Gambar pun tak sempat ambil. Tapi Ya Tohannn. Sedap yangmat laksa diaaaa. Autentik gila rasa diaaaaa....
Sampai sekarang tak boleh move on. Kedai tu dah nak tutup tapi Alhamdulillah ada rezeki jugak. Masa tu nak Maghrib dah. Mungkin kedai tu buka dari pagi.
Disebabkan makan laksa sorang semangkuk je, mana lah kenyang kannnnn. Abah singgah pulak kedai mi udang. Tapi hidangan dia agak tak masuk dengan tekak kite.
Sampai homestay dalam pukul 8 lebih jugak lah. Malam ni adik lelaki kite ajak keluar beli nasi goreng. Kite lapar tapi kite takley blah dah mengantuk.
Masuk tidur awal malam tu.
Ok! Banyak lagi part ni. Harap tabah 😂😂😂
Yang Benar,
Leia Zalyanna
No comments:
Post a Comment