Wednesday, October 10, 2018

Resepi Mashed Potato bersama Gravy Sauce





Malam tadi kite dinner mashed potato jekkk. Tengok kakak ipar kite share resepi mashed potato, macam sedap. Dah pernah buat dah sebelum ni. Tapi macam tak berapa berkenan. Tapi kali ni memang berkenan 😂😂

So kite akan bagi tips sekali memandangkan kite buat pun ikut naluri je. Sampai tak bagi laki masuk dapur, takut susah nak buat adjustment  nanti dia banyak soal. Haha

Ok. Let's start! Resepi ni untuk 2 orang makan ya.

Resepi Mashed Potato

Bahan:
1) 5-6 biji kentang saiz sederhana
2) 2 sudu mentega / butter
3) 1 sudu teh lada hitam
4) 1 sudu teh lada sulah
5) Secubit garam
6) Susu kotak/susu cayaq

Cara:

1) Rebus kentang sampai empuk. Dalam 15 minit gitu.



Dah siap rebus, toskan. 
Tips #1 for beginner - untuk memastikan kentang betul-betul kering, selepas tos & dah buang air daripada dalam periuk tu, masukkan balik kentang & sangai. Sangai kejap je untuk make sure kentang tu betul-betul kering. 

2) Masukkan mentega/butter & boleh la dilenyek-lenyek manja kentang tu sehingga terpenyek habis semua.

3) Masukkan garam. Sikit je taw. Masukkan juga lada hitam & lada sulah. Kemudian masukkan susu.

Tips #2 for beginner - Susu ni function dia untuk bagi texture yang extra lemboowwttt. Juga for make sure lada hitam & lada sulah tu evenly distributed gitu. Kalau susu kotak / susu cayaq takde, guna je susu tepung anak-anak tu. Bancuh sikit. Bolehh jehhh. Kite pernah buat sebelum ni guna susu omega. Hoho

Tips #3 for beginner - Tak perlu terlalu ikut sukatan. Depends on you all. Kalau rasa texture kentang tu keras, tambah susu. Kalau rasa nak pedas, tambah lagi lada sulah & lada hitam.

4) Tadaa!! Siap dah untuk kentang! 



Resepi Gravy Sauce 

Bahan:
1) 1 sudu mentega/butter
2) Separuh bawang holland (kalau banyak kuah jd terlebih manis) 
3) 2 sudu tepung jagung
4) 1 cawan air
3) Separuh kiub ayam
4) Lada sulah
5) Lada hitam

Cara:

1) Cairkan butter


2) Masukkan bawang holland. Goreng sampai warna bertukar cam caramel. Tapi bukan hangus. 

Tips #4 for beginner - Api perlu sederhana ya kawan2. Nanti hangit pulak bawang tu ha. Sesungguhnya sabar itu indah.

Baru letak

Selepas bertukar warna

3) Masukkan tepung. Kacau jangan bagi berketul. 


4) Kemudian masukkan air. Masuk sikit. Jangan panik. Mula2 texture dia memang tak menarik. Tambah je air kalau masih lagi pekat. 

Tips #5 for beginner - Kuantiti air sebenarnya tiada amount yang fix. Kalau korang rasa pekat, masukkan je lagi air sampai korang dapat kepekatan yang korang nak. Sebab dia depends jenis tepung. Ada tepung jagung yang letak sikit dah likat. Ada yang perlu banyak. 

5) Lepastu, blender mixture tu. 

Tips #6 for beginners - Macam kite, buat sikit je sos ni. Untuk korang yang buat sikit jugak, dan nampak macam tak bergerak mana mixture tu, tambah je lagi air. Takde masalah. Tapi jangan banyak sangat. Agak-agak mixture tu boleh berpusing dengan elok. Sebab kite nak hancurkan bawang & haluskan texture dia. 

6) Masukkan kembali dalam kuali. Letakkan lada sulah, lada hitam & stok ayam. Tak perlu garam ya. Stok ayam dah masin. 

Texture dia akan cun macam ni selepas keluar blender. 

Kite guna bende alah pengacau ni masa nak sebatikan lada sulah semua tu. 

Tara! Dah siap! 

Kesimpulannya, mudah je. Puas hati jugak. Tapi kalau sos tu tak berapa menawan hati, jangan putus asa. Cuba lagi. Sebab Kalau buat untuk budak2, kurangkan lah lada hitam ya. Bon appetite! 






No comments:

Post a Comment