Wednesday, October 31, 2018

2019 is approaching!


Pagi ni dapat calendar 2019 dari purchasing department, Edy. Saje tulis nama dia. Takut nanti2 lupa. Lol.

Cantik kalender 2019. But its only 2 month left before 2019. Apa yang sudah dicapai pada 2018???

Kadang-kadang kita tak plan pun apa yang terjadi pada 2018 ni. Not kadang-kadang, but most of them. Sebab, ye lah kan, kita hanya merancang, Allah lah pemilik segala kekuasaan.

For me, not expect pun pada akhir tahun 2018 ini, we still did not have child. Padahal masa sebelum kahwin lagi, itulah impian yang paling besar dan yang paling kite mahu. But again, Allah yang memiliki segala kekuasaan.

Even though tiada lagi rezeki zuriat, Alhamdulillah banyaaaakkkk sangat nikmat-nikmat yang Allah sudah kurnia kepada keluarga kecil kami. Untuk diri kite yang kerdil ini, bersyukur sangat punya suami yang sangaaaaat awesome. Yang mengejutkan setiap Subuh kite, yang mengimamkan setiap solat kite, yang mengajak menuju ke majlis ilmu, yang sentiasa memberi semangat dan yang segalanya terbaik buat dia. Dialah suami terbaik. Alhamdulillah.

Juga punya mak abah yang sentiasa menanti kepulangan kite. Dan juga ayah & mek (mentua) yang menjadikan kite sebagai anak sendiri. Alhamdulillah Ya Allah. Tak semua punya nikmat sebegini.

Memang, rezeki kita berbeza. Selalu kite ingatkan pada diri supaya mensyukuri rezeki yang Allah bagi. Jangan bandingkan rezeki orang yang dapat lebih tapi bandinglah dengan orang yang kekurangan rezeki dari kita. Insyaallah  syukur akan menyusuri.

Nikmat paling besar yang Alhamdulillah kite sangat syukuri adalah Allah detikkan hati ini untuk memperlihatkan aurat hanya untuk suami. Kite sentiasa berdoa agar orang yang kite sayang, orang yang kite kenali dikurniakan hidayah yang sama. Amiin.

Juga, nikmat kesihatan yang tak dapat disangkal lagi. Alhamdulillah, mampu menjalani ibadah dengan sempurna fizikal.


Ok, untuk memori, what I'd achieve sepanjang 2018 (berbaki 2 bulan) :
1) Membaiki silaturrahim
2) Bercuti ke utara dengan family (impian abah & mak)
3) Buat surprise untuk husband's birthday
4) Berkongsi ilmu dengan tuition students
5) Anjurkan Family Day The Othman's
6) ........ Apa entah lagi. Macam sikit je yang dicapaiπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Dan what I want to achieve for 2019 (bergantung kepada keadaan semasa. Mungkin berubah-ubah. Hoho)
1) Berikhtiar untuk zuriat (sentiasa)
2) Usha tempat untuk sambung belajar
3) Simpan duit untuk umrah (yes, not yet menyimpan πŸ˜” )
4) Bawa family mertua bercuti
5) Menjadi isteri yang lebih solehah
6) Deco rumah tema pink putih!
7) Buat mini garden


Dannnnnn kite harap sangat dapat happykan lagi banyakkk hati.




No comments:

Post a Comment