Tuesday, October 23, 2018

Cerpen - Sweet ke Annoying? - Bahagian 6 (Akhir)



Seawal tujuh pagi Norman telah pergi ke rumah Pak Manap. Terkejut suami isteri itu menerima kunjungan awal daripada Norman. Norman menyatakan hasratnya untuk mengajak Taha ke Lata Cangkah, kawasan sungai yang tidak jauh dari situ kerana dia sudah tidak ingat jalan ke sana. Mereka mahu melakukan pengambaran di sana.

"Taha kadang gi gok sane ngang saing die. Kang, bang?"

"Ye doh tu. Nok gi maso bile? Tido lagi tu." Pak Manap tersenyum. Norman lega dengan persetujuan mereka suami isteri.

"Pukul sembilang sabboh doh."

"Bawok makanang mende gi sane?" Tanya Mak Mah.

"Kite racang singgah beli ja mokcik."

Setelah berbincang, Mak Mah bersetuju untuk menyediakan makanan untuk mereka. Dia akan menyediakan nasi lemak dan ayam yang diperap untuk dibakar.
Begitulah Pak Manap dan Mak Mah. Tidak pernah lokek berkongsi rezeki mereka.



Lata Cangkah terletak kira-kira 45 minit perjalanan daripada Chalet Pandan Laut. Tempatnya tidak sesak seperti Lata Tembakah. Ianya jauh dari kota dan amat menenangkan. Mereka semua meyusuri trek untuk menuju ke sudut yang agak privasi. Sesudah sampai, mereka meyusun atur makanan dan menghidupkan api untuk membakar ayam.
Selepas menjamah kuih yang dibeli, mereka semua terjun ke sungai kecuali Bob dan Azhar . Mereka tidak melepaskan peluang untuk merakam kegembiraan mereka bermain air sambil membakar ayam. Bermula dari mereka sampai tadi, rakaman telah dimulakan. Mereka juga telah merakam Azza yang memeberi penerangan ringkas mengenai Lata Cangkah tadi.

"Hoi, aku nak mandi pula! Ganti la bakar ayam ni!" Semua memandang ke arah Bob seperti tidak mahu melepaskan kegembiraan mereka bermain air.

"Biar aku jaga lah." Azza menawarkan diri. Nanie hendak menemani Azza tetapi bahunya dicuit oleh Taha yang mengisyaratkan dia yang akan menemani Azza. Nanie mengangguk setuju sambil tersenyum.

Azza mendekati ke arah ayam di atas pemannggang.

"Jaga ayam elok-elok. Jangan buat benda lain pula." Kata Azhar sebelum masuk ke gigi air. Azza malas ambil pusing.

"Tahu ke nok wak?" Azza terkejut mendengar suara itu.

"Buat apa dekat sini?" tanya Azza spontan.

"Sajo mari nulong."

Azza terdiam. Cuba menghadam apa yang dituturkan oleh Taha.

"Baik doh demang?" Azza hanya mengangguk.

Lidahnya mahu mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan tetapi bibirnya terkunci rapat. Taha tersenyum. Dia tahu Azza masih marah.

"Kito mitok maah pasa mareng. Memang saloh kite. Maah deh." Azza melihat muka Taha sekilas. Ada kejujuran dimata itu. Lama Azza berdiam.

"Baiklah. Kemaafan diterima." Azza tersenyum. Alahai, manisnya.

"Time kasih, Cik Azza. Bulih kito jadi saing Cik Azza leni?"

"Saing?" Azza tidak mengerti.

"Saing. Saing tu kawang."

"Oh, boleh! Jangan panggil Cik lah. Azza cukup."

"Kite kena kang diri kito dulu gitu. Name kite Azzad Talhah bin Abdullah. Kite pernoh blajo kat Penang. Leni kije ronde patta kutip telo penyu. Awok?"

"Nama saya Azza Aisyah binti Muhammad Sekarang tahun akhir di IIUM jurusan komusikasi." Mereka berdua senyum.

"Jauhnya nama Talhah jadi Taha." Azza tergelak.

"Nama sebenar Pak Manap, Abdullah ya? Pun jauh beza." Taha juga tersenyum.

"Orang sini manggil name ikut suke jah. Pok Manap tu bukang ayoh kandung kite. Kite dok kena mok pok kandung kite. Kite anok akat. Senang citte anok pungut. Ayoh nga mok pungut pahtu jage lagu anok diri." Jelas Taha. Riaknya tidak berubah. Terus mati tawa Azza.

"Bakpe diam? Takmboh kawang nga kite ke pah tau kite anak pungut? Kite sedo..."

"Bukan! Bukan. Saya cuma rasa bersalah sebab tanya soalan tak patut. Maaf. Saya tak kisah siapa kawan saya."

Taha tersenyum senang.

"Belajar dekat Penang, dekat mana?"

"USM. Ingak nok teruh sambung Master. Nok jadi cite, mok kene minor strok. Kita tingga blake, jage mok. Mok pong sihak doh. Carik doh kije, tapi takdok rezeki lagi. Tu yang tulong ayoh kutip telo.
'Baiknya dia'



"Time kasih Taha. Malang ni ado telo royak deyh." Norman menyalami Taha.

"Bereh, boh". Taha memberi salam dan berlalu pergi menaiki motosikalnya. Sempat dia senyum ke arah azza. Berbunga hatinya apabila melihat Azza membalas senyumannya.



Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi.
Semua krew menuju ke arah Pak Manap. Taha yang memandu arah mereka daripada chalet ke pantai itu.

"Penyu ada lagi ke Pak Manap?" Tanya Azza.

"Lari doh. Mari kite kutip telo,"

'Penyu boleh lari?' Azza keliru.

Pak Manap mengajar mereka mengorek lubang yang telah ditimbus oleh ibu penyu dan cara yang betul mengeluarkan telur penyu. Ia harus dikeluarkan dengan berhati-hati. Azza dan Taha telah mengeluarkan telur-telur itu daripada lubang, Fiya pula mengira bilangan telur dan Melissa dan Nanie meletakkan telur-telur itu di dalam baldi kecil yang telah berisi pasir. 109 biji telur kesemuanya. Telur-telur itu kemudiannya dihantar oleh Pak Manap ke hatcheri.



Mereka semua berjalan menuju ke kenderaan yang diparkir jauh daripada kawasan pantai. Azza berjalan beriringan dengan Taha.

"Esok balik doh la?"

"Tak balik terus. Buat rakaman di Kuala Terengganu."

"Dok mari sini doh la?" Azza menggeleng. Ada hati yang sedang bersedih kerana pertemuan singkat ini yang bakal berakhir dengan perpisahan.



Pak Manap sekeluarga berada di Chalet Pandan Laut.

"Time kasih banyok Pok Manap, mokcik, Taha. Banyok duk tulong kami sini. Dok tahu la gane kalu takdok sape tulong. Time kasih bagi kami makang sedak-sedak. Jaso deme kami kenang sapa bile-bile."

"Same-same. Takdop mende pong. Mari sini lagi deh." Norman dan Pak Manap berpelukan. Mak Mah mendapatkan Azza lalu dipeluknya.

"Mari sini lagi deh. Nati mokcik wak lagi Puteri Ayu hok Azza suke," Azza sudah mula sebak. Dia hanya mampu mengangguk.

Setelah bersalaman dengan semua krew lelaki, Taha mendapatkan Azza.

"Nok mintok tulong sikek bulih?"

"Apa?" Taha menghulurkan telefonnya.

"Masukkan nombor ayoh awok."

"Untuk?" Azza kaget.

"Kito nok mitok kebenarang nok kawang ngang anok dio," Azza tesenyum. Terserlah keikhlasan Taha.

Azza menghulurkan kembali telefon milik Taha setelah memasukkan nombor ayahnya. Taha menyeluk poketnya lalu menghulurkan kotak kecil kepada Azza.

"Bukok kekgi deh. Semoga Allah temukang kite lagi." Taha terus berlalu.



Satu jam perjalanan ke Kuala Terengganu sudah berlalu. Azza mengambil kotak pemberian Taha daripada begnya. Dibuka kotak bewarna merah jambu itu. Azza terpegun. Isinya adalah seutas gelang tangan daripada kulit siput yang cantik.
~Saya buat sendiri tau. Hehe. Selamat jalan. Semoga Allah pertemukan kita kembali.
Azzad Talhah@Taha
013-2996419~

Azza tidak dapat sembunyikan lagi senyumannya.

'InshaAllah'



-TAMAT-

No comments:

Post a Comment