Friday, October 5, 2018

#TriptoUtagha - Part 4




Ok, gais. Terima kasih kepada sesiapa yang dah baca bebenang mengenai lawatan sambil belajar kami sekeluarga. Ada daripada part 1 ya. Yang masih baru, terima kasih sudi singgah ♥️


Day 3 - Jumaat

Ok, part 4 & 5 rasanya banyak cerita mengenai our stay at Langkawi. Part 3 kite cerita sampai naik feri.

Ok, keadaan dalam feri tak begitu luas & tak begitu sempit. Boleh la. Sesiapa yang mabuk laut tu, tidur jelah. Perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi ambil masa 1 jam 40 min lebih kurang. Kalau daripada jeti Kuala Perlia lagi cepat.

Feri masa pergi agak panas. Masa balik sejuk, selesa. Air cond tak kuat sangat mungkin. Tapi kitorang memang eksaited la naik feri se family kan. Alhamdulillah  dipermudah








Sebelah kite tu mula-mula kosong lepastu ada sorang kakak ni duduk. So, kite pun buat2 lah ramah tamah. Baik kakak ni. Orang kedah ni memang baik2 lahπŸ˜…

Dia bagitahu, dulu feri ni boleh jalan-jalan ke luar feri tapi sekarang dah tak boleh. Faktor keselamatan kot. Kakak ni jugak dulu dia jadi cam stewardess dalam feri ni. Jual makanan semua. Tapi sekarang takde dah. Faktor kebersihan kot.
Dia tanya, kitorang parking kereta dekat mana. Kite cakap la, parking dekat sebelah jeti tu & bagitau harga. Dia terkejut dengan harga tu youalls. Mahal katanya. Lagipun tempat tu kalau air pasang, memang naik air. Dan kami mampu redha jela. πŸ˜…
Dia cadangkan lain kali parking dekat satu kawasan sekolah ni. Berdekatan jeti jugak. Ada Pak Guard sekolah jaga. Harga berpatutan & duit sewaan parking tu disalurkan kepada PIBG sekolah. Ok, next time. Hehe

Kakak ni siap kongsi lagi cara nak buat kuah laksa penang yang sedap. Dia cakap, masa rebus ikan ka  kite letak asam keping kan kan  as well as dalam kuab pun kite letak asam keping. Haa, asam keping tu, ada yang ada macam biji kat tengah tu kan. Haa, buang yang itu. Dia cakap biji tu sebabkan kuah jadi pahit sikit. Hoho. Boleb la kalau nak apply. Hehe.

Itulah serba sesikit cerita dalam feri.

Korang jangan lupa bawa air naik feri. Sebab takde pun jual2 dalam feri tu ha. Bawa sekali jajan takut lapar. Kakak ni siap bawa pizza lagi kalau naik dengan anak2 πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Kitorang sampai tu dalam pukul 5 jugak. Ya Allah, excited nya lah sorang. Kite last datang masa field trip tahun 2010 kot. Laki kite pun ada masa tu. So, we are soooo excited sebab konon2 macam down memory lane. Padahal masa tu bukan bercinta lagi pun. Lol.




Ini gambar dari jeti ke main buiding dia


Adik memang jadi kaki gambar lah. Ni dekat satu site sebelum masuk main building



Main building nya selesanya la hai. Kuat ekon. Kitorang tunggu dekat ruang menunggu. Sedara abah nama Pak Ngah Li mai amek. Dia yang arrange kereta sewa & homestay. So kitorang dapat rate yang agak murah lah. Nak recommend dekat korang pun tak tahu sebab takde contact. Jadi bergambar dulu lah sebelum Pak Ngah Li tu sampai. 











Lewat sampai homestay sebab homestay 1st yang kitorang gi tu tak available. So kitorang menginap dekat area Sungai Menghulu. Depan homestay tu ada kuala. Nice la view dia. Tapi tak berjalan pun. Penattt.
Duduk homestay sampai malam. Kitorang dinner dekat rumah Pak Ngah Li. Lepas dinner, pergi ekspo. Dekat area mana tah. Nak dijadikan cerita, jumpa pulak coursemate kitorang, Fendi. Fendi ni kerja dekat Underwaterworld Langkawi tapi tengah cuti nak balik Perak. Tapi ada rezeki pulak terjumpa sebelum dia balik kampung.





Ok, takat tu jeeee... Next part lagiii banyakk. Haha.

Ok, bai!

No comments:

Post a Comment