Thursday, October 4, 2018

Cerpen - Sweet ke Annoying? - Bahagian 1

Cerpen pertama kite yang published. Alhamdulillah. Suami banyak beri dorongan untuk menulis. Lekeh je cerita ni tapi perasaan terpilih untuk published xtaw nak kata la ceq.

This cerpen dedicated to my guidance angels masa duduk dekat Setiu dulu, arwah Pak Manap & Mokcik. Sangat baik. Gambaran mengenai mereka di dalam cerpen ini adalah gambaran sebenar diri mereka. Semoga Allah tempatkan arwah Pak Manap dibtempat yang indah & sentiasa melindungi Mokcik. Amiin.



SWEET KE ANNOYING?




"Jauh lagi ke Tajul?" Azza memecah kesunyian. Krew yang lain hanya tidur sejak setengah jam memulakan perjalanan. Kini sudah hampir lima jam. Penat dia asyik tidur sahaja.
"Mungkin dalam dua jam lagi. Kau tidur lah dulu. Dah nak sampai aku beritahu".
"Aku dah tak larat tidur dah ni. Lapar pun ya juga ni."
"Aku pun lapar!" kedengaran suara Bob daripada tempat duduk belakang.
"Kalau begitu, kita berhenti makan dulu. Tajul, depan sana ada kedai makan tepi pantai. Kau berhenti saja dekat mana-mana kedai." Arah Norman selaku ketua projek yang merupakan anak kelahiran Terengganu. Pantai Kelulut memang meriah menjelang petang. Hidangan wajib di Terengganu adalah makanan laut bergoreng yang bersalut tepung.
Mereka semua datang ke Terengganu bagi menyiapkan mini projek mereka sebagai pelajar fakulti perfileman. Ia mempengaruhi separuh markah daripada pointer keseluruhan mereka.


Mereka semua selamat tiba di Setiu lebih kurang pukul 9 malam. Keletihan perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Terengganu amat dirasai di seluruh urat saraf. Setelah menguruskan penginapan di chalet milik rakannya, Norman membahagikan bilik kepada semua krew.
"Norman, tempat ni memang sunyi ke?" tanya Azza.
"Ya, sebab Setiu bukan bandar. Hanya ada beberapa buah kedai. Pekannya pun kecil dan jauh dari sini".
"Chalet ni macam sesuatu je. Macam..."
"Jangan merepek, Azza. Baik kau tidur. Malam memang lah kau tak nampak keindahan chalet ni. Esok aku pasti kau suka. Di sebelah sana ada pantai." Jelas Norman sambil menunjuk ke arah pantai.
Azza akur lalu meminta diri ke biliknya.


Melihat Melissa dan Tajul baru sahaja pulang daripada membeli sarapan, Azza segera mendapatkan Melissa.
"Mel, cantik kan chalet ni!" Celoteh Azza itu membuatkan mereka berdua tersenyum. Semalam cakap chalet ni semacam, pagi ini teruja pula.
"Norman cakap dah memang cantik. Kau je fikir pelik-pelik." Azza tersenyum. "Jom makan. Baik punya nasi lemak aku beli.
Semua krew menikmati juadah pagi bersama-sama di gazebo.
"Man, memang sambal nasi lemak dekat sini tak pedas ke? Macam gula tumpah je," kata Bob seraya ketawa kecil. Yang lain juga turut mengiakan.
"Betul tu. Sambalnya pun letak ikan tongkol pula tu, bukan ikan bilis." Nanie menambah.
"Macam inilah rasa makanan di sini. Lain tempat lain rasa. Bersyukur dan hormatilah makanan masyarakat setempat."
Semua terdiam. Menikam. Pagi-pagi dah kena tarbiah sentap dengan Encik Ketua. Padan muka!



Selesai makan, mereka berbincang mengenai pengambaran yang akan dilakukan pada hari itu. Sebelum memulakan taklimat mengenai pengambaran, Norman telah memberi penerangan mengenai Setiu telebih dahulu.
Daerah Setiu adalah salah satu daerah di Terengganu yang mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri walaupun jauh daripada kota dan tiada sebarang mercu tanda. Salah satu keistimewaannya yang tidak ramai orang tahu adalah pemuliharaan penyu.
"Wow, penyu! Menarik! Jadi kita akan cari penyu la?" Tanya Azhar dengan teruja. Krew yang lain juga ikut teruja.
Norman tersenyum seraya berkata, "kita tak boleh cari penyu tapi kita perlu tunggu penyu." Semua terdiam menunggu penjelasan seterusnya daripada Norman.
"Penyu hanya akan mendarat di pantai untuk bertelur pada waku malam. Hanya pada masa itulah kita berpeluang untuk melihat penyu. Bergantung pada nasib, mungkin dapat tengok, mungkin tidak." Semua mengangguk. Ada riak kecewa di wajah mereka.
"Selain itu, kita juga akan melawat ke kawasan bakau," sambung Norman. Semua krew mengangguk. "Untuk perjalanan rakaman hari ini, saya serahkan kepada Melissa."
Melissa mencapai 'planner' miliknya bagi menerangkan jadual pada hari itu.


No comments:

Post a Comment