Friday, October 19, 2018
Cerpen - Sweet ke Annoying? - Bahagian 5
Semua krew sedang bersiap untuk pergi ke rumah Pak Manap. Ada jemputan untuk mereka makan makan di sana. Mereka bergerak selepas usai menunaikan solat Maghrib.
Hidung Azza sudah gatal-gatal. Matanya mula panas. Bersin entah kali ke berapa. Dia memakai kardigan walaupun cuaca malam itu tidaklah begitu sejuk.
Sementara di rumah Pak Manap, Taha sibuk membantu ibunya menyediakan juadah makan malam. Mak Mah dan Pak Manap sendiri rasa pelik, tidak pernah Taha menolong di dapur. Kena rasuk hantu selut kah?
Mereka semua menikmati hidangan nasi ayam hasil air tangan Mak Mah dengan berselera. Semua memuji kesedapannya.
Taha dari tadi memerhatikan Azza. Azza tidak begitu menyuap nasi ayam buatan ibunya itu tetapi lebih banyak berborak. Bahkan, suaranya pun lain dari siang tadi.
Usai makan, Azza dan Fiya menolong Mak Mah membasuh pinggan. Ketika itu, Taha meminta izin ayahnya untuk keluar.
"Nok gi mane. Orang rama ni."
"Betta je ayoh. Lime belah minit kito dok balik, ayah tepong bombe."
"Ngarut mung ni," Taha ketawa.
Taha pulang membawa barang yang dibelinya lalu terus menuju ke dapur untuk mencari ibunya. Dia meletakkan plastik itu di meja makan dan mendekati ibunya dan membisikkan sesuatu. Mak Mah hanya mengangguk. Kemudia Taha ke ruang tamu untuk berborak bersama tetamunya.
Tidak lama selepas itu, Norman meminta izin untuk pulang.
"Ya lah, Pok Manap pong nok gi ronde doh ni. Kalu ado telo nati Pok Manap hallo ke Norman."
"Orang penak doh tanam bakau siang sakni, yoh. Bagi rehak la malang ni." Taha memotong perbualan mereka. "Bape hari lagi sini, boh?"
"Dua hari lagi. Luso gerok gi Kuale Teganu"
'Kejap bena,' getus hati Taha langsung memandang Azza. Mata mereka bertaut. Segera Azza mengalihkan pendangannya. Azza dilihat tidak bermaya. Mana mungkin dia larat untuk mengutip telur penyu jika ada penyu yang bertelur malam ini. Azza perlu rehat.
Mereka semua bersalaman sebelum pulang ke chalet. Azza menuju ke arah Mak Mah untuk bersalam.
"Azza dok sihat ke? Ni ade ubat ngang air badok. Makan deh." Mak Mah menghulurkan plastik itu kepada Azza. Azza kenal plastik itu, dia nampak Taha menjinjitnya tadi. "Malang ni kalu dok sihat mane, doksoh gi patta. Bimbang makin teruk." Azza terus memeluk Mak Mah, terharu. Rindu akan ibunya yang sudah lama tidak berjumpa kerana tugas sebagai seorang pelajar.
Azza tahu Taha sedang memerhatikannya. Sekilas matanya memandang Taha. Taha sedang tersenyum ke arahnya. Jantungnya seperti berhenti berdetak.
Sampai sahaja di chalet, Azza terus baring dan berselimut.
"Kau dah makan ubat belum? Mak mentua bagi tu. Makan." Azza menjegilkan mata. Melissa terus masuk ke bilik air sambil ketawa.
Azza mencapai plastik yang diberikan oleh Mak Mah tadi. Dia mengeluarkan air badak, panadol dan strepsil. Tak sangka Taha yang memberikan dia semua ini. Terbayang dia susuk Taha yang senyum ke arahnya tadi. Taha bukanlah persis model, tapi ada kemanisan di wajahnya ditambah dengan tahi lalat di pipi kananya.
'Eh, ada buku?'
Azza mengeluarkan sebuah buku nota bersaiz kecil lalu menyelaknya.
~Maaf. Semoga cepat sembuh. Jangan paksa diri.~
Azza membaca nota itu berulang kali. Darahnya seperti mengalir pantai di segenap urat saraf. Dalam masa yang sama, kedengaran Melissa keluar daripada bilik air. Cepat-cepat Azza meletakkan nota itu ke dalam beg peribadinya.
"Kau dah kenapa macam panik?" Segera Azza menggeleng laju.
Taha duduk berseorangan di pantai yang gelap bertemankan cahaya bulan yang hampir penuh. Dia baru sahaja melakukan rondaan tetapi tiada lagi penyu yang mendarat. Fikirannya lantas memikirkan Azza. Dia nekad untuk tidak memaklumkan ayahnya jika ada penyu bertelur pada malam itu supaya Azza dapat berehat. Jatuh cintakah dia dengan Azza?
"Dok kang due hari mung doh suko die. Mudoh bena. Bukang main suke-suke nok suke orang," Taha menggeleng.
"Gile doh aku bebel sorang. Dok penoh lagi gini." Ketawa. "Tapi, jangok la die. Bakpe la aku ngusik ye mareng. Kalu dok, takdok masaaloh doh." Taha mengeluh pula.
"Semuge cepat sembuh, sayang". Taha membayangkan wajah cantik Azza.
"Gelenya mung, Taha. Sayang pulok." Taha tergelak sendiri. Sah angau!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment